Wednesday 22 June 2022

Kisah Perkhidmatan Perunding Takaful

Assalamualaikum wbt..

Setelah bertahun aku x berblog, tiba pulak aku menulis harini.. 😁😁

Aku nak story ttg service ejen takaful.. untuk info, ada 2 senario okey..

Senario 1: (AIA Takaful)
Polisi ni aku ambik utk plan medical card anak dan wife aku. Ambik melalui online saja.. wasap pi wasap mai, agen tu dpt closing sales. Agen melayu perempuan. So far ok la.. kalau tanya cepat jawab dan kiranya memudahcara kita la.. tp malangnya, lepas setahun ambik polisi, dia dah berenti sb tukar syarikat..

Nak buat mcm mana.. tp yg x bestnya, dia dok pulak suruh aku tukar polisi dengan dia melalui company insurans yg dia masuk. Dia kata better than AIA (yg dulu dia kata AIA is the best takaful operator).. Kesan dia kalau aku tukar syarikat, cooling period medical card wife dan anak aku automatik akan bermula baru. So, dengan AIA dah lama habis cooling period, takkan nak ikut cakap dia pulak. Kalau ikut dia, dah tentu ambik lagi masa menunggu utk cooling period. Pastu, x lama pulak, dia "lompat parti" lagi..  Hangpa tau ka apa tu cooling period tu? 🤭🤭 .. Google ja lah okey..

Agen bangsa cina

Jadi, disebabkan dia stop dengan AIA, automatik polisi medical card wife dan anak aku dikawal oleh manager agen tu seoorang perempuan berbangsa cina. Baru ni aku ada buat penukaran kaedah pembayaran dengan tukar kad kredit. Dia bagus monitor bantu aku. Akhirnya selesai dalam tempoh yang singkat saja.

Senario 2 (Great Eastern Takaful)
Yang ni polisi hibah utk aku. Agennya lelaki melayu. Sebelum aku ambik polisi ni, dia punya layan pertanyaan kita, punyala laju.. akhirnya aku setuju la ambik polisi takaful hibah plan dengan agen melayu ni.

Baru² ni, kad debit aku rosak. Tukar baru. Automatik potongan bulanan aku utk bayaran polisi aku terhenti sb no.kad debit dah bertukar.. so, aku pun wasap la agen ni yg aku harapkan boleh uruskan hibah bila aku dah tiada nanti. Tp malangnya..

Agen bangsa melayu

Jam 2pm aku wasap, malam baru reply.. tu pun sebab malam tu aku yang wasap tanya lagi.. sampai ke harini dia langsung tak update dengan aku.. utk rekod, aku wasap dia 15hb Jun 2022, harini aku menulis dah 24hb Jun 2022 (diedit) maksudnya dah 10 hari tanpa khabar. So, mcm mana pulak potongan bulan depan? Akhirnya, terpaksalah aku bayar la direct online..

Conclusion:
Boleh nampak beza takaful consultant melayu & cina? Bukan sengaja aku nak compare.. tp semuanya based on situasi yg berlaku kat aku dlm masa yg terdekat ni. Namun, aku percaya, bukan semua agen takaful berbangsa melayu mcm ni punya sikap, tp ada segelintir mungkin.

Akhir kata.. zaman la ni dah canggih, kita buat lah apa yg kita rasa boleh buat sendiri.





1 comment:

Anonymous said...

Test komen