Tuesday 28 June 2022

Membesar Sebagai Johan

Ramai org kata, anak tunggal ni untung.. kesayangan mak ayah.. 😄😄😄


Anak aku, memang lah tunggal tp bukan semua benda boleh dimanjakan.. ada part okey, boleh layankan.. ada part yg x okey, dia kena akur dan patuh.. aku kali ni nak story hal princess aku yg sorang ni.. bermula dari sekolah rendah..

Sekolah Rendah
Mcm kawan² guru lain jugak, aku bawak Dina ke sekolah aku sb mama Dina bukanlah seorang guru walaupun minat yg mendalam jadi cikgu dan SPM lagi bagus pada aku, namun bukan rezeki mama Dina utk jadi cikgu.. Tak apa lah..

Mem aku, awai² dah pesan dengan Dina.. dirumah, abah is abah.. tp di sekolah, abah tu Cikgu utk org² lain.. mem aku bab ni memang straight wooo.. hahahaha.. Jadi, Dina memang kurang la kelebihan pada murid² lain yg mak ayah bukan cikgu sb memang dia akan jadi murid yg bukan ayahnya ada di sekolah tu. Sebagai contoh:
1. Aku x benarkan Dina utk makan dengan aku di kantin (kawasan makan guru). Nak makan, pi makan kat tempat murid lain makan.

2. Sebelum pi sek, make sure bawak duit, bekal dan apa² lah peralatan sek. Pernah satu hari, mem aku lupa bagi duit makan. Dina x mai cari aku wpun aku ada saja di sekolah.. dia pi pinjam duit kawan dia. Memang dia akur arahan mama dia.. kesian jugak bila la ni aku pikiaq.. tp ok laa.. berdikari kan..

3. Tak pernah gunakan kelebihan aku sebagai cikgu Maths utk meminta² hin soalan periksa. Pernah sekali aku saja nak test dia.. Dina nak tgk soalan Maths tak? Dia dengan jujur TAKNAK katanya.. Tp kesian dia, bila dpt result Maths bagus, kawan² kata "Ko ok laa.. ayah ko yang buat soalan.." See.. hurmm

Sedikit kelebihan yg gunakan oleh Dina ialah, bila waktu balik.. aku bagi la duduk meja aku di Bilik Guri sebelum aku balik..

Alhamdulillah.. Sepanjang disekolah rendah, belajar akademik bagus.. agama bagus.. cuma anak aku ni kurang la sikit hal ko-kurikulum.. biasala.. Nobody perfect.. "Kalau A pandai main bola, dia x semestinya pandai semua hal akademik.." Akhirnya, UPSR 2016, Dina 1st kohort KSSR (new silibus) yang keputusan staight A's hanya 1% daripada calon UPSR seluruh negara. Di SKDJ, hanya 7 org saja dapat straight A's (6A). Semuanya kawan² Dina. Alhamdulillah.. Walaupun 6A x boleh bawak ke universiti, tp kepuasan bagi yang berusaha bersungguh².


Sekolah Menengah
Dengan keputusan 6A UPSR 2016, Dina dpt tawaran ke Kolej Tunku Kurshiah.. Disebabkan anak sorang dan rasa masih budak² nak hantar dia berdikari ke asrama, lepas meeting, tak jadi hantar ke TKC.. Ramai org keliling aku mcm marah la jugak sebab x bagi Dina ke TKC.. Tp aku tetap percaya walaupun sekolah harian, kalau usaha bersungguh², pasti menemui kejayaan. Bahkan lebih membanggakan kalau sekolah harian boleh cemerlang SPM sb kita boleh faham mcm mana SBP/MRSM akan perah budak² dia supaya cemerlang SPM berbanding sekolah harian yg mana budak tu sendiri ke triple usaha kalau nak sama kejayaan dengan budak SBP.


Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, berkat usaha yang bersungguh² Dina disamping ajaran guru² sekolah, dijelmakan PT3 dengan 7A3B. Keputusan yang agak tidak memuaskan hati Dina. Tp aku kata takpa.. PT3 dinilai oleh guru sendiri. Aspek "bias" sedikit sebanyak mesti muncul. Takpa.. SPM lah misi terakhir.

16.06.22 yg lepas, sekali lagi.. Allah SWT izinkan Dina genggam 11A (semua A). Syukur alhamdulillah.. Dina calon tunggal Sains Tulen + Agama yang dapat straight A's di SMKDC. Dalam suasana pandemik Covid19 ditambah pulak 2 tahun sekolah on off on off.. memang menyulitkan..


Kelahiran 2004 jugak 1st kohort KSSM yang silibus sangat² mencabar.. semuanya sangat² struggle utk calon² ni yg perlukan kekuatan mental & fizikal dalam menghadapi SPM..

Kesimpulan:
Belajarlah dimana² saja sekolah, sama ada sekolah harian atau sekolah berasrama penuh atau MRSM, asalkan ada daya usaha yang bersungguh², insyaAllah akan dapat kecemerlangan yang hebat.

No comments: