Friday 24 June 2022

SPM : Permulaan atau Pengakhiran?

 Ketika anak aku (batch kelahiran 2004) baru menjejak kaki ke Tingkatan 4, dunia dikejutkan dengan kemunculan virus yg kita pun x pasti betapa dasyatnya penangan Coronavirus ni. Amat² dasyat.. Sampai ke la ni pun masih ada kes +ve Covid19 walaupun dah 2 tahun lebih menapak.

Cukup lah intro pasai Covid19 sb semua org diseluruh dunia dah tau. Aku nak cerita hal keputusan SPM2021 yg diumumkan Khamis lepas. Anak aku salah sorang calonnya 😁 .

Apa kaitan Covid muncul dan SPM2021?

Kaitannya, proses persekolahan bersemuka tersekat sepanjang 2 tahun Covid19 menyerang dunia. Bermula Mac 2020, sekolah ditutup lama. Kemudian bukak sekejap.. Tutup balik.. bukak sekejap.. Tutup balik.. Begitulah sampai dipenghujung 2021. 

Anda² diluar sana patut tau la betapa struggle nya anak² SPM2021 ni sebab?

1. SPM 1st kohort utk KSSM yang mana kebanyakan format peperiksaan berubah dan silibus yang tinggi.

2. Tidak bersekolah secara berterusan selama hampir 2 tahun. 

Jadi, secara teorinya.. kita lihat betapa dasyatnya cikgu² sekolah yg berusaha berikan maksima mungkin secara online & budak² yg taknak tercicir dlm SPM, berusaha tuisyen secara online. Sebab apa depa usaha? Sebab nak berjaya dalam SPM sebagai permulaan kehidupan dalam fasa yg baharu okey.. tp bukan pengakhiran sebenarnya.. 

Namun, lepas result SPM2021 keluar minggu lepas, menjadi trending pulak.. antaranya.. 

"Biar x berjaya dlm SPM, janji jaga solat dan agama" 

"Aku berjaya hafaz Al-Quran wpun kurang berjaya dalam SPM" 

"Tak payah straight A's pun no problem, sebab akang dtg, ada yg gagal SPM tp jadi boss" 

"Pelajar cemerlang SPM x patut diraikan sebab yg gagal akan terguris hati dan peraaaan" 

Ok. Yg ni hanya sebahagian kecik la jadi trending.. Kat sini, sebenarnya yg menjadi trending begini adalah sebab.. 

Parent calon SPM2021 yg mana anak dia x cemerlang.. atau tak dpt A langsung dalam SPM sebenarnya hati dah sentap, kecewa.. sedih dengan pencapaian anak depa. Apa yg aku ckp ni, kenalah akui.. 

Cuba fikir.. kalau lah anak dia atau calon SPM tu sendiri dapat straight A's, ada ke dia nak keluarkan statement² yang meraban? Semestinya takkan.. 

Penulis bersama princess penulis 

Dalam FB baru ni, aku terperasan, ada seorang parent ni, meluahkan rasa mcm bunyinya.. 

"Walaupun anakku tak cemerlang dalam SPM, ibu tahu kamu anak yang baik.. x tinggal solat.. mendengar cakap ibu.. biar lah x dpt straight A's, tak apa.. asalkan bla..bla..bla.." 

Apa yg ibu tu luahkan sebenarnya meluahkan kekecewaan sebab anak dia x dpt straight A's.. ditunekan la kata anak dia bagus sikap dan itu ini.. cuba kita reverse balik kalau anak dia straight A's.. ada ke dia nak keluarkan statement tu? Semestinya takkan.. 

Aku yakin, budak² yg straight A's SPM ni bukanlah nak kutuk, kecam dan memerli kawan² yg keputusan kurang bagus. Budak² yg bijak ni depa pemikiran beberapa langkah ke depan dan mentaliti depa sedikit maju dari org lain. Jadi, bila depa peroleh 9A, 10A, 11A mahupun 12A, biarkanlah kat depa.. itulah kejayaan depa setelah penat lelah berusaha. Apa salahnya kan?

Kepada yg dok kata mcm² tu, fikirkanlah.. takkan lah budak straight A ni x solat.. takkan la budak straight A ni x hormat ibubapa atau org yg lebih tua.. takkan la budak² straight A ni x pandai mengaji Al-Quran. Ada jugak yg mengandaikan.. yg berjaya, kerja besar², gaji besar², mak ayah pun xnak peduli. Alamak.. dangkalnya pemikiran.. 

Tak semua mcm tu. Ada anak² yang hebat tahap pendidikannya x pernah abaikan keluarganya.. dan tak jugak dinafikan, anak² yg rosak pendidikannya bukan semuanya pasti akan jaga org tuanya dengan sempurna. Semuanya adalah terpulang pada didikan keluarganya / mak ayahnya.. 

 "Ko tak pandai, ko pasti akan jaga mak ayah bila mak ayah tua nanti.."

"Ko pulak pandai SPM.. Belajar universiti pandai².. bila ko keje besar, mesti ko x akan jaga mak ayah kan?"

Anda² tau tak betapa susahnya depa ni berusaha.. dikala org lain tidur, depa berjaga.. dikala org lain pi tgk wayang, depa masuk kelas online.. dikala org lain enjoy, depa tak putus study dan sentiasa solat sunat tahajjud supaya diberikan kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Ada juga yg berusaha bersungguh², tp rezekinya tertulis setakat itu saja.. kena lah redha.. tp secara lazimnya, kalau yg kurang berjaya tu anda² pun dah tahu bagaimana tahap usaha mereka kan? 

Kesimpulannya.. wajar lah mereka² yg berjaya dalam SPM diraikan.. diupkan.. sebab teruk depa berusaha untuk mencapai kejayaan tu. Jangan pulak tak raikan dek sebabkan nanti yang kurang berjaya tu sedih. Habis tu? Sapa pulak nak fikirkan perasaan mereka² yang terlalu excellent ni? Asyik nak memikir kepada yang tak cemerlang pulak. Tak patut la trend mcm ni diamalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. 

Penutup: Aku ucapkan TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!! kepada anda² semua calon² SPM2021 yang cemerlang tak kisah lah 7A / 8A/ 9A /10A/ 11A / 12A.. ANDA MEMANG HEBAT!!! 

Kepada yang kurang berjaya, anda jangan risau.. byk peluang sambung belajar yang disediakan oleh pihak kerajaan utk membantu anda terutamanya bumiputera.. mohon la selagi boleh. 


Nota: Artikel ini ditulis ketika aku berkuarantin dirumah akibat Covid19 Gelombang Baru (25 Jun 2022)

No comments: