Tuesday, 20 June 2023

Kesesakan Hospital Kerajaan

 20.06.2023 | Selasa

Keadaan parkir di kiri kana jalan Hospital Serdang

Tengah hari tadi, dari Nilai aku ke Hospital Sultan Abdul Aziz Shah [dulunya dikenali sebagai Hospital Pengajar UPM] sebab ada appointment dengan doktor. Sudah menjadi rutin aku dan mem aku setiap 5 atau 6 bulan ke HPUPM untuk pemeriksaan kesihatan berkala.

Bila nak ke HPUPM, mestilah kena lalu ikut Hospital Serdang.. setiap kali lalu, tak dpt aku nak gambarkan keadaan kenderaan kiri kanan bahu jalan bermula di flyover hala ke Hospital Serdang sampai lah ke lampu isyarat nak masuk hospital, punyalah sesak dengan kereta. Bukan sampai lampu isyarat saja, malahan lepas lampu isyarat sampai lah ke lagi satu lampu isyarat [nak ke MAEPS] kiri kanan bahu jalan penuh dengan kereta pesakit mungkin, atau waris pesakit atau yang ada temujanji hospital. Apa yg cuba aku share ni tentang kesesakan di luar hospital dan semestinya didalam hospital pun cornfirmlah sesak sangat. Aku yakin, bukan hanya di Hospital Serdang ni saja sesak dengan tetamu, tapi semua hospital diseluruh negara lebih² lagi di bandar besar.

Aku pernah dengar luahan seorang kawan yang mana ada temujanji kali pertama di Hospital Serdang [Pusat Kardiologi Hospital Serdang] atau hospital jantung yang baru beroperasi dalam 2-3 bulan kebelakangan ni.. Kawan aku tu datang dari Rembau sebelum Subuh sebab beranggapan nak dapat giliran antara yang terawal. Sampai di hospital jam 6.30am mcm tu.. dia terkejut bila tengok barisan dah melingkar orang menunggu giliran. Siap bawak bangku mudah alih lagi. Kalau yang datang dengan anak, ok la sikit sb anak boleh la beratur ambik giliran, cuba bayangkan kalau dah berusia, kena beratur awal pagi mcm tu.. Kan mcm susahkan diri.. Tapi kadang² dah jadi keperluan, terpaksa lah datang juga ke hospital. Kawan bgtau lagi, dia selesai keluar pintu Hospital jantung tu jam 4pm.. Cuba lah kita bayangkan.. Punya lah lama berurusan di situ sebab apa? Mestilah sebab ramai sangat pesakit yang perlukan rawatan jantung.

Kerajaan Madani melalui KKM aku rasa dah cuba yang terbaik utk penuhi aspirasi kesihatan rakyat. Tp iya la, sakit bukanlah "dijemput".. Bila² pun boleh sakit. Istilah mencegah itu lebih baik daripada merawat aku rasa sangat baik utk mula diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat rakyat Malaysia. Sepatutnya penjagaan makanan dan aktiviti senaman boleh membantu mengurangkan risiko terima pelbagai penyakit. Aku ulang.. "mengurangkan risiko".. bukanlah jaminan 100%.. 😁😁setidak²nya bila rakyat tahu dan berusaha menjaga kesihatan diri melalui kawalan penjagaan makanan seharian dan melakukan aktiviti senaman secara berkala, mungkin akan dapat membantu mengurangkan kesesakan pesakit di hospital dan secara tak langsung, membantu diri sendiri kekal sihat dalam melakukan pelbagai aktiviti seharian.Dengan cara begini, dengan kadar 80-90% rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat, semestinya dapat mengurangkan risiko penyakit. 

Kadang² di zaman sekarang ni, aku tengok mcm² makanan dan minuman viral yang kelihatan mengiurkan selera kita macam desert² merecik, yang secara tak langsung gunakan bancuhan kadar gula yang tinggi dan campuran bahan² yang kurang berkhasiat utk badan dijual dimerata² tempat. Makanan dan minuman pelik² ala-ala hipster ni patutnya dihentikan supaya tidak memudaratkan badan kita. Contoh paling senang, dulu² kita beli pisang goreng biasa saja. Zaman sekarang, pisang goreng disalut & dikisar dengan cheese tabur kat atas pisang goreng.. memang la sedap tp paham² lah.. aku pun kadang² belasah jugak la, tp 2-3 bulan sekali pun payah. Pisang goreng tu sendiri pun sebenarnya dah terlalu banyak kolestrol bila digoreng dalam minyak yang banyak. Inikan pulak di add-on dengan cheese.. Itu lah antara penyebab risiko pelbagai penyakit jika amalan ini diteruskan. Teringin nak makan tu boleh, tapi bukanlah menjadi tabiat. Sekali sekala tak ada masalah utk menikmati makanan begitu. [Teringat pulak kat goreng pisang cheese 🀣🀣]. 

Berbalik pada asal rencana aku ni, faktor kesihatan diri perlu ditingkatkan penjagaannya jika pada masa depan, kita berhajat untuk kurangkan kesesakan "tetamu" yang hadir ke hospital² kerajaan mahupun hospital swasta.

Semoga sedikit sebanyak artikel ringkas dapat bantu memburu impian kita untuk jaga kesihatan diri dan keluarga. Insyaallah..

p/s: Artikel ringkas ini adalah pandangan peribadi penulis. 




Thursday, 8 June 2023

Keputusan SPM calon 2022

 08.06.2023 | Khamis

Insan hebat, my princess

Harini keluar keputusan SPM bagi calon² SPM2022.. Bila saat mcm ni, automatik rasa sebak terkenangkan kenangan ambik result SPM Dina tahun lepas. Orang lain mungkin byk kali boleh ambik result SPM anak, tp kami ni lah sekali 😁😁😁

Alhamdulillah.. berkat usaha yg gigih Dina.. siang malam pagi petang.. buku sentiasa menemani.. diadun dengan tahajjud dan mengaji Al-Quran setiap malam, menghasilkan keputusan cemerlang gemilang sebab aku sendiri masa sekolah dulu bukan kategori pelajar cemerlang.. Dina dapat 11A.. Straight A.. Bukan pencapaian yang mudah sebab 2 tahun on off sekolah akibat Covid19.. dan ditambah pulak Dina ambik aliran pure Sains + Agama.. dan hanya sekolah harian biasa walaupun pernah dipanggil oleh TKC by call masa Tahun 2016 dulu.. Syukur kepada Allah SWT kerana walaupun sebutir puteri yang kami ada, Allah hadirkan pakej luar biasa kepada Dina.. Terima kasih Allah..

Kepada calon² SPM 2022 yang ambik result tadi, TAHNIAH kepada yang cemerlang.. Tahniah jugak kepada yang kurang cemerlang.. Laluan perjalanan masih panjang.. Kepada yang cemerlang, anda mempunyai pelbagai laluan utk masa depan utk memilih Asasi, Matrikulasi, Kolej Mara, IPG atau mana² yang sesuai.. tak kurang jugak kepada yang kurang cemerlang, masih byk ruang TVET dan kemahiran yang disediakan oleh agensi kerajaan utk sambung belajar di peringkat sijil dan diploma.

All The Best semua !!!

Sunday, 4 June 2023

Cuti Khas Kpd Kumpulan Ini

 03.06.2023 | Sabtu


Selalu kita dengar, kerajaan melalui kementerian berkaitan terutamanya mengusulkan pelbagai kemudahan untuk wanita dan keluarga. Di antaranya dulu ialah kemudahan cuti bersalin dilanjutkan ke 90 hari dan lain² keistimewaan kepada penjawat awam atau kakitangan wanita. Jika diperhalusi lagi, cuti² khas ini diberikan kesinambungan pulak jika anak² dijangkiti penyakit berjangkit dimana ibu atau bapa akan diberikan cuti kuarantin khas selama 5 hari untuk setiap anak. 

Aku tidak langsung menafikan kebaikan kerajaan untuk menambahbaik keistimewaan kepada kakitangan awam yang terlibat terutama dalam urusan melahirkan anak dan jugak cuti² khas kuarantin anak sakit ini sebab memang secara langsung memberikan kebaikan kepada keluarga.

Tetapi, adakah pihak kerajaan lupa kepada dua golongan ini? Siapakah itu??

Mereka ialah kumpulan kakitangan awam yang tidak berkahwin sehingga lanjut usia dan satu kumpulan lagi ialah pasangan yang berkahwin tetapi tidak mempunya zuriat

Adalah tidak adil jika pihak kerajaan langsung tidak memandang kepada insan² ini yang juga patut sekali diberikan sedikit ganjaran kepada mereka. Ada juga sampai ke bersara masih tidak dianugerahkan zuriat oleh Allah SWT. Mereka ini bukan tak mahu anak, tapi sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui. Bila tiada anak, bermaksud TIADA CUTI BERSALIN 90 hari & TIADA LAH CUTI KUARANTIN anak tak sihat.

Kumpulan lagi 1 adalah kakitangan wanita yang bujang atau tidak berkahwin sehinggalah mereka lanjut usia. Mereka ini bukan tak mahu berkahwin, tp jodoh mungkin belum tiba. Kumpulan mereka ini TIADA CUTI BERKAHWIN + TIADA CUTI BERSALIN + TIADA CUTI KUARANTIN.

Jom kita buat kiraan kasar:

Cuti bersalin 90 hari x 3 org anak = 270 hari sepanjang perkhidmatan.. Cuti kuarantin tu tak perlu lah kira sebab bukan semua orang anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit. Namun jika ambik cuti kuarantin, sepanjang perkhidmatan mungkin akan ambil dalam 50 hari ambik lumpsum.. Jadi, total cuti bersalin + cuti kuarantin = 320 hari sepanjang perkhidmatan. Dari segi angka, memang kelihatan sanagt besar cuti yanh diperuntukkan itu.

Jadi, kadang² aku rasakan kerajaan perlu wujudkan atau ambik peduli sedikit supaya diberikan sedikit keistimewaan kepada kumpulan mereka ini dengan sesuatu yang mengubat hati mereka. Sebagai contoh, kerajaan boleh memberikan "Cuti Khas Gantian" kepada mereka yang tidak berkahwin dan mereka yang tidak mempunyai anak.

Cuti Khas ini diberikan secara bersasar lah. Kalau dah berkahwin 10 tahun dan tidak ada zuriat, tahun ke 11 perkahwinan, diberikan cuti tambahan 2 hari untuk pasangan tu pergi bercuti atau sebagainya. Kalau 20 tahun berkhidmat selepas 10 tahun berkahwin, barulah 40 hari jumlah cuti yang diberikan. Apalah sangat jika dibandingkan dengan keistimewaan kepada mereka yang dimurahkan rezeki dengan zuriat sejumlah 300 hari.

Cuti Khas ini jugak patut diberikan kepada kakitangan yang tak berkahwin [pegawai² kanan fikir lah term & conditon].

Nampak lebih adil kan? 

Aku harap idea dan pandangan aku ni dapat diperhalusi oleh pihak kerajaan supaya rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih adil dan saksama dibawah pentadbiran kerajaan yang sangat cemerlang

Wallahualam...

Mohd Anuar Saed

Nilai, Negeri Sembilan.



Wednesday, 31 May 2023

Cabaran calon SPM 2020, 2021 dan 2022 [sebab Covid19]

 31.05.2023 | Rabu

Aku menulis sempena musim keputusan SPM nak diumumkan minggu depan. Kenangan ambik keputusan SPM 2021 iaitu anak aku Nurul Nabilla Irdina salah sorang calon masih segar dalam ingatan kami as a parent.. Alhamdulillah Dina berjaya dapat straight A [11A] dalam aliran Sains Agama.

This is my lovely daughter.. 😍😍😍

Minggu depan 08.06.2023 hari yg berdebar bagi calon² SPM 2022 sebab akan terima keputusan SPM masing². Seperti biasa, aku sebagai parent juga dah melalui fasa debaran masa SPM 2021 tahun lepas sebab anak aku salah sorang calon SPM 2021. Bila dikenang²kan semula, bukanlah nak cakap cabaran calon SPM 2021 lebih dasyat sebab anak aku, tapi sebab jika dibandingkan calon² SPM 2020, SPM 2021 dan SPM 2022, ada perbezaan disitu disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Jom kita buat sedikit perbandingan supaya kita nampak hal ini bukan auta, tapi berdasarkan fakta.

Calon SPM 2020 [kelahiran 2003]
- Terlibat dengan PT3 [mudah agihan aliran ke Form 4]
- Bersekolah penuh ketika Tingkatan 4 [2019]✅️
- Bersekolah on off ketika Tingkatan 5 [2020]❌️
- Ambik SPM 2020 pada Mac 2021

Calon SPM 2021 [kelahiran 2004]
- Terlibat dengan PT3 [mudah agihan aliran ke Form 4]
- Bersekolah on off ketika Tingkatan 4 [2020]❌️
- Bersekolah on off ketika Tingkatan 5 [2021]❌️
- Ambik SPM 2021 pada Mac 2022

Calon SPM 2022 [kelahiran 2005]
- TIADA PT3 [sb masa 2020 Covid19 agak kronik]
- Bersekolah on off ketika Tingkatan 4 [2021]❌️
- Bersekolah penuh ketika Tingkatan 5 [2022]✅️
- Ambik SPM 2022 pada Mac 2023

Berdasarkan fakta πŸ‘†, bolehlah dilihat SPM batch mana yang sangat² struggle prepararation sebelum menduduki peperiksaan SPM. Semestinya batch 2004.

Sebagai throwback balik atau sejarah tercatat, batch 2004 ni lah yang bagi kejutan diseluruh negara sebab keputusan UPSR 2016 merosot kepada hanya 1% sahaja daripada 400,000+- calon UPSR ketika tu yang dapat 6A. Mereka ni 1st kohort yang menggunakan silibus baru dari KBSR ke KSSR. Alhamdulillah.. anak aku salah sorang yg termasuk dalam 1% tu.. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Jadi, semoga keputusan SPM 2022 tahun ni mencatatkan kecemerlangan berterusan kepada calon² nya serta depa ni dapat lah melanjutkan pengajian dimana² IPT yang ada di Malaysia atau luar negara. Jika keputusan SPM kurang cemerlang, jangan putus asa.. Byk ruang dan peluang utk meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran seperti di Kolej Profesional Mara [KPM], dan lain² agensi kerajaan yang banyak menyediakan peluang untuk sambung belajar.

Selamat maju jaya

p/s: Penulisan ikhlas penulis berdasarkan fakta dan pandangan peribadi.

Sunday, 28 May 2023

Selamat Maju Jaya Calon² SPM2022-2023

 28.05.2023 | Ahad

Kemungkinan besar, keputusan SPM 2022 akan diumumkan Khamis ni [08.06.2023]. Semakin berdebo lah yer calon² SPM 2022. Insyaallah.. kalau dah berusaha level dewa, akan dapat lah hasil yang lumayan nanti. Tapi, kalau usaha tu biasa² ja, dapat keputusan kurang baik, jangan pulak salahkan orang lain yer.. 😁😁😁

Anak² biasanya OK. Kalau dapat cemerlang, happy gila laa.. dan kalau kurang baik, sedih sekejap.. boleh usaha ke arah bidang² yang tertentu.. Tapi.. yang kadang² aku perasan tiap² tahun bila lepas keluar result SPM, apa dia tau? Mak mak yang over.. hahahaha.. tp bukan la semua mak mak.. ada la sesetengahnya mcm tu.. Contoh:

Kak Rahmah: Anak dia SPM dapat 2A dan ada subjek yang gagal. Lalu dia pun keluarlah status dalam wasap / FB / IG / Tiktok.. yang berbunyi.. "Takpe lah bang, ko dapat result biasa² pun takpe, asalkan ibu tahu, ko boleh jaga ibu satu hari nanti.. ko boleh mengaji Al-Quran dengan baik dan lancar.. tak perlu pandai sangat tp perangai tak boleh diharapkan...:

Ha.. itu lah antara lebih kurang status mak mak bila anak depa kurang cemerlang dalam SPM. Hihihi.. Mak mak.. kenapa la cakap mcm tu.. Kenapa ada perasaan begitu.. Nak sendiri terasa kenapa ye? Padahal org yang berjaya ni, selalu support kawan² yang kurang berjaya dan rasanya jarang sekali nak menghina kan..

Takkan lah budak² yang cemerlang, yang bagus dalam SPM ni berperangai buruk sampai bila dah dewasa tak mahu jaga mak ayahnya.. takkan la pulak anak² yang sukses ni tak reti baca Al-Quran dan tak amalkan bacaan Al-Quran.. tak baik la mcm tu mak mak.. jangan lah kita nak menutupi kesedihan sebab anak kita kurang cemerlang dalam SPM sehingga menghina orang lain. Tak baik tau..

Apapun, aku mendoakan calon² SPM 2022 dapat keputusan SPM yang baik, yang cemerlang, yang hebat setanding dengan usaha kalian disamping SPM ini adalah antara jambatan untuk laluan kerjaya anda semua.

All the best

Saturday, 27 May 2023

Teknik Sifir 8

 27.05.2023 | Sabtu

Hafal sifir agak sukar zaman sekarang bagi pelajar sekolah rendah. Dulu kalau zaman aku sekolah rendah, xboleh baca sifir, mau kena denda bukan².. rotan.. halau keluar kelas pun selalu kena.. 

So, harini aku share teknik mudah selain hafal utk Sifir 8. Tp, yang terbaik, tetap kena hafal.

Selamat mencuba



Monday, 17 April 2023

Balik Kampung Raya

 17.04.2023 | 26 Ramadan 1444H | Isnin

Minggu ni, ramai warga kota beransur² akan start enjin kereta, motor, ETS, kapal terbang nak balik ke kampung untuk beraya. Sebenarnya ada nikmat yang tersirat disebalik jem berejam² sebab nak balik kampung. 😁😁😁. Ada jugak kawan² yang balik ke Pantai Timur (Kelantan) terutamanya bgtau kdg² peak hour sampai 15-16 jam KL - Kota Bharu.. Hadoii.. Penat.. πŸ˜„πŸ˜„

Raya 2022 dulu

Bagu aku sendiri, dah 22 tahun keluar daripada Pulau Pinang.. utk tahun 2023 ni, merantau di luar dah mengatasi kehidupan di Penang.. Lahir di Penang sampai habis belajar semuanya di Penang selama 21 tahun.. tp skrg ni di KL N9 dah 22 tahun.. Maksudnya +- 22x la balik ke kampung untuk beraya.. Walaupun harini dah semakin berusia (semakin tua la senang 😁) dan dah tak ada mak ayah dikampung, tp still balik jugak ke Penang sebab ada lagi adik beradik saudara mara belah Penang. Tak balik Penang kalau, hilang nikmat Hari Raya.. 🀣🀣🀣 sebab celah mana pun aku kena jugak caj bateri misi mencari nasi kandaq.. hahaha

Walaupun jem, bukan semua org dapat merasa aura balik kg nak beraya. Lebih² lagi kampung yang jauh perjalanan 4-5 jam ke atas.. Lebih surrr.. Hahahaha.. walaupun kaki keras tekan break & pedal minyak, tp bila dengaw lagu raya Allahyarham Sudirman Haji Arsyad kot radio, menitik air peluh kalau tak bukak aircond kereta. Tu cerita muda² la.. semangat!! πŸ˜„πŸ˜„

Tapi la ni dah tua² ni, penat sungguh rasa balik kampung di musim perayaan. Tambah² la ni nak naik ke utara, boleh kata pantang cuti panjang sikit, highway jem boleh tahan. Ke utara atau selatan, kadang² sama saja jem nya. Rakyat Malaysia pantang weekend atau cuti sambung sikit, memang suka ke sana sini..

Untuk Tahun 2023 ni, mcm biasa lah.. Balik lah dulu beraya di Felda Soeharto.. lepas tu naik ke Penang sat sebelum balik ke Nilai. Kalau jalan lama² ni, nak jugak balik tidoq di rumah yang pasti lebih enak dan nyaman serta syahdu tak dapat dinikmati dimana² resort.. 🀭🀭

Kepada yang balik ke kampung tak kisah lah dekat atau jauh, hati² dijalan raya.. Jangan pentingkan diri sendiri, ingat insan yang tersayang..

#mystory