Friday, 19 June 2026

Sudah 25 Tahun di akar Umbi Pendidikan

18.06.2026 | Khamis

Harini.. 18.06.2026.. Cukup2 25 tahun aku sebagai penjawat awam. Bertugas sebagai guru KPM seawal usia 21 tahun. Bagi aku, 25 tahun ni perjalanan yang cukup panjang. Sejak diawal perkhidmatan, ramai yg kata aku boleh pi jauh.. Malah masa di maktab perguruan lagi, kawan2 nak lobi aku calon YDP Perwakilan Pelajar tapi aku memang taknak.

Jadi, harini.. Lepas 25 tahun, masih bertugas sebagai guru biasa walaupun berpeluang untuk naik pangkat sebagai pentadbir. Aku terus pilih bertugas sebagai GAB (Guru Akademik Biasa). Lebih tenang.. Cuma sesekali datang jugak serabut nya tapi bukan lah selalu. Rutin biasa yang akan dilalui oleh semua guru. 

Landskap pendidikan dlm masa 25 tahun ni boleh nampak perubahan. Paling ketara bila UPSR dimansuhkan. Pelajar harini datang ke sekolah tanpa ada misi untuk mencapai sesuatu. Cuma datang ke sekolah sebagai syarat seorang pelajar saja dan kurangnya keikhlasan didada untuk menuntut ilmu. Ini realiti. Bukan sekadar keperluan data sahaja. Ibaratnya, seperti permainan bola sepak yang tiada tiang golnya. 

Bercakap soal disiplin pula, memang berbeza juga dengan 20-25 tahun dahulu. Harini, murid datang lewat pun tak boleh didenda. Apatah lagi nak merotan ditangan untuk pengajaran dan peringatan, memang jauh sekali la. Jadi, amalan datang lewat sudah menjadi rutin sebab disiplin tidak dapat dibentuk melalui denda atau amaran keras. Malah selalu kedengaran.. "Walaupun lewat, tapi dia datang sekolah.." Semata2 untuk cantik rekod peratusan kehadiran. 

Budaya guru pun dah tak sama. Dulu sambutan Hari Guru dijalankan tanpa tema2 yang bukan2. Majlis tetap berlangsung dengan meriah. Tapi harini, bagi pandangan peribadi aku lah, tak perlu tema yang digunakan hanya sekadar syok sendiri. Murid tak kisah pun apa pakaian guru sebenarnya tapi sampai berhabis duit membeli atau menyewa, seperti tak berbaloi. Kebanyakan guru harini suka ikut mengikut. Sekolah tu ke sini, kita nak ke sini.. Sekolah tu buat itu, sekolah kita nak buat itu jugak. Sesekali boleh nampak di media sosial, kelihatan sampai jatuhnya maruah seorang guru yg terkinja2 depan murid2 hanya kerana istilah "sporting" sekali setahun. Sebenarnya sambutlah Hari Guru dengan bersederhana sebagai memperingati tugas2 kita sebagai guru. Berbaliklah kepada yang asal. 

Sebagai guru yang baru 25 tahun berkhidmat, apa cadangan aku untuk pendidikan di Malaysia ialah:

1.Kembalikan peperiksaan awam di peringkat rendah, menengah rendah dan menengah atas. Kena terima hakikat, penilaian paling baik adalah melalui peperiksaan awam. 

2.Hapuskan terus PBD yang majoriti guru terpaksa buat untuk melengkapkan kehendak pihak atasan.. Penilaian yang terpaksa dilakukan dan tak ada indikator yang benar2 telus untuk mengukur 45 org murid dalam setiap kelas selain ujian bertulis. 

3.Perlu terima hakikat, tiada manusia yang sempurna. Nobody perfect. Tak perlu terlalu "holistik" kerana azalinya manusia kita mempunyai kecenderungan yang berbeza. Kalau kamu memang handal main bola sepak, bidang akademik kamu akan ada kekurangan. Begitulah sebaliknya.

4.Bagi peluang guru mendidik anak2. Bagi peluang guru rotan, tarik side burn, jentik telinga untuk tujuan mendidik supaya guru seiring dapat mengajar dan mendidik. Jangan terlalu bagi muka pada ibubapa untuk buka peluang melalui SISPA yang kurang relevan.

5.Kurangkan program di sekolah. Kurangkan gimik2 melampau yang menyusahkan guru nak buat. Kurangkan kerja bukan mengajar bagi guru. 

Percayalah.. Fokuskan yang asas dalam pendidikan dalam guru mendidik dan mengajar pelajar perlu terus dimartabatkan dan diutamakan supaya pelajar yang bakal dibentuk akan cemerlang gemilang.  

No comments: