Wednesday, 5 August 2026

Program Luar Sekolah

05.08.2026 | Rabu

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos.. Kejap betul la masa berlalu.. 

Harini saja aku belek2 video lama dalam Tiktok. Seronok bila buat video dan upload dalam media sosial sebab akan datang boleh tengok balik. Dalam belek2 tu, terjumpa video Prog Kem Kepimpinan Pemimpin Muda masa Tahun 2025. Aku sebagai Penyelaras Program masa tu.

Majlis Penutup di Bagan Lalang

Bukan mudah nak hasilkan program yang perjalanannya lancar dan berjaya. Bagi aku, sangat berjaya. Aku bukan jenis buat kerja cincai2. No no no.. Itu bukan aku. Banyak benda kena fikir, rancang dan decide untuk hasilkan program yang berkualiti. 

Orang tak tahu betapa susahkan aku.. Betapa sukarnya aku nak dapatkan tempat penginapan, harga pakej dan tarikh yang sesuai. Adakalanya tempat dah memang selesa, tapi harganya mahal. Adakalanya harga nya dan tempat dah OK, tapi tarikh nya tak kena. Macam2 cabaran yang perlu dilalui sebelum dapat present kan program yang berkualiti tinggi. 

Paling utama ialah site visit. Apapun, mesti kena buat site visit. Kalau setakat survey kot Google atau chatgpt, cornfirm tak akan dapat macam keadaan yang sebenar. Jadi, site visit ni akan buatkan kita dapat tengok depan mata, dapat sentuh, dapat hidu, dapat pijak kawasan, dapat tengok 360 darjah apa yang ada kat tempat yang jadi pilihan kita. 

So, kesimpulannya.. Untuk aku, tak pandai nak buat kerja cincai2 asalkan ada. Asalkan jadi. Kesian budak2 sebab semua program diluar melibatkan bayaran yang mahal. Takkan nak bagi tido tempat yang tak bagus dengan alasan "kem" namanya. No no no.. Itu bukan aku. Itu ambik kesempatan namanya.

Sama jugak kalau aku buat lawatan sambil belajar. Aku mesti akan buat site visit. Utk ketetapan masa, kualiti bilik penginapan, makan minum budak dan cikgu. Aku tak akan lepaskan senang2 untuk "third party" kata semuanya OK. Aku takkan percaya. Mungkin itulah beza nya aku dengan orang lain.

Yang penting, apapun usaha, nawaita lillahitaala.. Sebab orang lain mungkin tak akan nampak dibelakang tabir apa yang kita lalui, apa yang kita korbankan untuk jadikan setiap program yang dibuat itu berjalan dengan lancar dan sempurna.

Wallahualam..

Klik 👇👇👇 

Program Kem Kepimpinan Di Bagan Lalang

No comments: