Monday, 10 August 2026

Proton e.Mas5 Di Mata Teman

10.08.2026 | Isnin

Dah banyak showroom kereta dah aku masuk sejak 2-3 bulan kebelakangan ni. Toyota, Honda, Perodua, Proton, dan Proton e.Mas.. Dalam banyak2 showroom yang aku masuk, jiwa dan hati tetap pada Proton. Perodua paling takdak jiwa. Harga kereta Perodua x setimpal dengan apa yang kita dapat. Kereta paling laris di Malaysia, Bezza, memang tak rasa nak beli. Seat nipis, panel pintu nipis, harga tebal. Full spec harga RM50K++.. Macam tak berbaloi. Lagi satu aku tak berkenan, kereta test drive Perodua semua pasang bodykit Gear Up. Sedangkan advance specs tak termasuk Gear Up yang ada pada kereta test drive. So, nampak gayanya, Perodua kurang berikan aku tarikan untuk next step (wpun tak ada pun sangat plan nak tukar kereta baru 😬😁)

Honda dan Toyota kalau beli, yang sedan biasa pun monthly installment +-RM950-RM1000. Agak keras jugak dan kurang minat dengan kedua2 jenama Honda ni sebab aku rasa dengan harga hampir RM100K, features masih ketinggalan compare dengan kereta China. So, buat masa ni, kurang terpikat dengan dua jenama gergasi Jepun, Honda dan Toyota.

Proton.. Macam2 peminat kereta kutuk Proton tapi, bagi aku, Proton tetap ada keistimewaannya sendiri. Ada orang taknak jenama Proton sebab rasa rendah diri dan malu. Lebih rela ambik ambik jenama P2 semata2 malu nak pandu jenama Proton. Terpulang pada individu. 

e.Mas5.. Kereta elektrik yang comel dan nampak elegan. Harga bermula RM56,800 untuk spec Prime (225km WLTP) dan harga RM69,800 utk spec Premium (325km WLTP) sangat efisien dan lebih sesuai untuk pemanduan bandar. Jalan jauh pun tak ada masalah. Menggantikan petrol, dengan caj di rumah, RM20+- utk 100% charge (325km) sangat2 berbaloi berbanding kereta petrol. Kalau kereta Almera aku, 325km tu isi petrol RM60. Berbaloi la kan..

Dengan hadir bersama ADAS 2, sistem keselamatan yang canggih, menjadikan pilihan utama aku untuk beli. Skrin 14 inci dan skrin kecik meter menampakkan keserlahan premiumnya Proton e.Mas5. Harga cuma mahal RM7K-8K kalau compare dengan Myvi advance, menjadikan e.Mas5 model kereta EV yang bukan berharga kayangan untuk dimiliki.

Penjimatan service juga dapat jimatkan kos. Setahun hanya 1x service dengan anggaran RM200 sekali service memang betul2 jimat selain jimat tanpa isian petrol. 

Moh beli Proton e.Mas5. 😁😁 (walaupun aku pun x beli lagi)

#mynameisanuar 

No comments: