Salam 04 Ramadan 1447H
1.Selepas Subuh, sambil rehat2 skroll2 apa yg sepatutnya.. Terkenang kisah2 lama zaman muda remaja dulu.. Tentang nilai wang.. Betapa bernilainya setiap nilai wang yang dimilikinya pada satu2 situasi. Mungkin pada seseorang yang kaya, nilai RM10 tiada apa baginya tetapi utk orang susah, RM10 sangat bernilai bagi diri mereka.
2.Aku teringat pada zaman pakai kereta Proton Iswara Sedan 1.3 buatan 1993. Pada ketika tu, nilai RM9.50 sangat bernilai bagi aku dan keluarga. Kenapa aku kata begitu. Setiap kali balik ke kampung mama Dina di felda, aku jarang ikut highway PLUS yang bermula dari Toll Jalan Duta (ketika tu aku tinggal di Seri Petaling). Kami akan ikut jalan Selayang - Rawang - Serendah - Kuala Kubu Bharu - Kalumpang - Kerling - Tanjong Malim - Behrang dan akhirnya Felda Soeharto. Kalau harini aku kenang balik, padahal nilai toll tu cuma RM9.50 sahaja. Tetapi mungkin ketika tahun 2004-2007 tu, nilai RM9.50 sangat berharga bagi aku dan keluarga aku. Mungkin lah kan.
3.Selepas aku kahwin tahun 2002, aku menyewa di rumah flat kawasan Seri Petaling (Castlefield) yang mana dekat sangat dengan Pekan Sungai Besi. Sewa rumah flat ketika tu RM450 sebulan. Owner nya, CK Chong sangat baik.. Ada used car di Jalan Klang Lama. Lepas 3 tahun duduk disitu, ada plan nak pindah ke Seri Petaling jugak tapi side belah kiri Lebuhraya KL - Seremban arah ke KL (rumah flat yg disewa belah kanan). Rumah baru yg nak disewa ni RM500 sebulan. Beza cuma RM50. Tapi untuk aku dan mama Dina buat keputusan, jenuh mengakaun 😁😁. Disini aku cuma share lah betapa besarnya nilai wang yang kecil bagi sesetengah orang tp sangat bernilai tinggi bagi sesetengH orang pula.
4.Kesimpulannya, dalam kehidupan kita ni, tak perlulah kita menghakimi nilai wang itu kerana setiap kita datang dari latarbelakang yang berbeza. Jika hari ini, aku tertanya2, kesusahan apakah aku 20 tahun yang lalu sehingga RM9.50 toll pun aku cuma berjimat dibandingkan dengan kehidupan harini.
Bersyukurlah kita dengan apa saja kurniaan dan rezeki yang Allah telah aturkan untuk kita sekeluarga dalam perjalanan kehidupan.
#mynameisanuar


No comments:
Post a Comment