Monday, 2 February 2026

Jarak Rumah Tronoh

02.02.2026 | Isnin (Cuti Hari Thaipusam)

Myhouse Perak 😍

Semalam baru balik dari Tronoh.. Singgah Felda Soeharto sat jenguk mak mentua aku. Dalam perjalanan balik ke Nilai lepas Maghrib semalam, teringat pulak sejarah beli rumah di Tronoh sambil aku berkongsi cerita dengan anak aku tentang ketentuan Allah bila mana beli rumah di Tronoh. Kenapa?


Aku berkongsi dengan Dina tentang ketentuan jarak perjalanan diantara 4 point penting. Rumah kami di Nilai, rumah mak mentua aku di Felda Soeharto, rumah kami di Tronoh dan rumah adik beradik aku di Nibong Tebal, Penang. Secara kebetulan atau sudah suratannya begitu aku pun tak pasti. Keempat-empat lokasi ni mempunyai jarak yang lebih kurang sama kilometernya.

Rumah Nilai ke Rumah Felda Soeharto

136km


Rumah Felda Soeharto ke Rumah Tronoh

132km


Rumah Tronoh ke Nibong Tebal

141km


Yang bermaksud, pembelian rumah di Tronoh tu ada titik keadilan sebab kalau dari Tronoh ke Felda Soeharto dan dari Tronoh untuk jumpa adik beradik aku di Nibong Tebal jaraknya sama. Sementara masih duduk di Nilai, Soeharto boleh jadi transit untuk berehat dan jenguk mak mentua aku kalau dari Nilai sebelum sambung perjalanan ke Tronoh. Begitulah jugak sebaliknya kalau dari Tronoh nak ke Nilai, boleh la jenguk sekejap mentua aku di Felda Soeharto.

Segala2 penentuan jarak sebegini sebenarnya Allah yang tentukan dan kadangkalanya tak ada perancangan pun. Diizinkan pula oleh Allah beli rumah di Tronoh yang zahirkan jarak titik tengah antara mentua aku dan adik beradik aku satu keputusan yang unik yang dilorongkan oleh Allah SWT. Terima kasih Allah atas percaturan ini yang sangat gembirakan kami sekeluarga.

By the way, dapat bermalam 3H2M di Tronoh semalam ni pun okey sangat bila mana dapatlah rileks2 dengan keluarga kecil aku dirumah kami yang selesa di Tronoh. Sejak dulu lagi, keluarga adalah keutamaan aku.. Inikan pula dah semakin tua, offcoz lah keluarga kekal jadi keutamaan aku. Pergilah ke mana2 pun, pasti bersama2 keluarga. ❤️❤️

#mynameisanuar 

No comments: