Monday, 9 February 2026

Kuarters Jabatan Perikanan, Gelugor

09.02.2026 | Isnin

Rumah kuarters Jabatan Perikanan di Gelugor tempat aku hadir selepas dilahirkan. Rumah yang hanya ada 1 bilik tapi kami dibesarkan dengan cukup baik oleh arwah mak dan bapak. 

Tak silap aku masa ni minggu Hari Raya.. Dengan Abg Chik anak Mak Uda aku

Aku masih ingat lagi.. Rumah kuarters ni No. 1, Blok I, Kuarters Jabatan Perikanan, Gelugor.. Kini dah dirobohkan utk pembangunan. Rumah aku ni ditambah belah ruang belakang dengan naikkan dinding dapur tu guna zink saja. Pintu dapur pulak kalau bukak tutup memang dengar bunyi serekan zink..

Ruang depan pulak ditambah buat ala2 bilik. Maksudnya bilik dan ada sebelahnya ruang tamu. Ruang tamu asal yg kecik sgt tu diletakkan katil untuk aku tidur. Begitulah keadaan rumah kuarters yang kami sekeluarga duduk ketika zaman 80an-90an sebelum pindah ke Batu Maung.

Dapat merasakan kesusahan ketika tinggal di Gelugor ni walaupun aku masih sekolah rendah, aku tetap faham akan makna kesusahan mak dan bapak aku. Selain bapak aku bekerja, mak aku ambik upah menyiang ikan di Warung Mak Minah (betui2 sebelah rumah aku). Selain tu, mak aku pun buat kuih seri muka dan lepat liat (dlm ada inti kelapa) dan Pak Brahim akan ambik kuih mak aku setiap petang. Adakalanya pulak mak aku goreng kacang botak dan dipaketkan kecik2 dan diletakkan di kedai mana aku pun tak ingat.

Boleh gambarkan kesusahan keluarga aku ketika itu. Iya lah.. Zaman budak sekolah rendah lagi aku masa tu, nak tolong macam mana kan.. Kadang2 sesekali datang kenangan akan lalu diruang mata aku dan ada kalanya, bergenang jugak air mata aku kenangkan kehidupan dulu2. 

#mynameisanuar 

No comments: