Wednesday, 10 September 2025

Mengopi Petang² Dengan Isteri

Bila tinggal berdua.. petang² lepas mama Dina balik kerja, mesti kami mencari idea untuk ngetea, ngopi atau healing² petang. Teringin nak makan cucur udang, goreng pisang atau lepak² dan kadang² terus saja makan malam diwaktu sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tu.

Lempeng panas² cicah kari 😋

Mungkin masa dan ketika nya dah sampai untuk aku dan Mama Dina buat aktiviti macam ni. Sebenarnya, bukan nak minum sangat pun. Kalau nak sebut minum tea, kat rumah pun ada tea, ada gula, ada susu yang boleh dibancuh. Tapi selebihnya nak berborak² suami isteri sambil menghirup tea dan cicah roti jala bersama kari ayam. Bila mula ngetea, macam² lah cerita apa yg berlaku di tempat kerja, apa plan esok lusa, apa nak buat weekend, sembang² hal anak. Itu lah sebenarnya walaupun boleh sembang dirumah, tapi nak jugak healing di kedai makan. Kedai yg nak ngetea pun kena tengok jugak. Tak boleh duduk rileks kedai yg ramai org, so, biasaanya aku akan ke Beranang sebab ada satu port yg memang best untuk ngopi ngetea 😁😁

Begitulah rutin yang mungkin bagi anda yang anak dah besar.. anak dah keluar belajar.. anak yang dah berumahtangga dan yang penting dah tamat tanggungjawab ambik anak balik sekolah. Kalau masih ada anak yg masih bersekolah, nak healing² ni memang tak ada masa dan kesempatan. Maaf ya!! 😁😁

Jenis macam aku pulak, bila menuju ke usia 50an, aktiviti aku lebih kepada aktiviti keluarga sendiri atau sanak saudara sahaja. Nak merancang aktiviti dengan bukan ahli keluarga memang tak berlaku lagi sebab mungkin juga, semasa aku diusia 20an-30an, aku dah puas buat semua tu.

Port lepas aku

Nak ride dengan motor besar, 20 tahun lalu dah puas aku melenjan bersama Yamaha TZM 150cc aku. Ulang alik KL - Bagan Serai.. Nak kata aktiviti luar dengan kawan², dah selalu aku balik rumah jam 1-2am masa zaman anak kecik dulu. Merata² aku dah berkawan sebelum ni. Tapi semuanya kisah hidup aku. Setiap orang, kepuasan hidup berbeza² la kan.

Jadi, bila dah usia begini, aku memang hanya fokus kepada kehidupan bersama keluarga aku sahaja. Jadi, moh ler kiter ngetea healing² petang² yer.

#mystory

No comments: