21.09.2025 | Ahad
Aku masih terbayang² macam mana aku boleh beli rumah di Perak dan masa belum dapat kunci rumah dulu. Kadang², pembaca posting aku mesti rasa aku asyik mengulang benda yang sama iaitu bercerita tentang rumah di Tronoh. Bukan apa, cuma rasa happy, teruja, enjoy sangat dengan rezeki Allah izinkan keluarga aku beli rumah di Tronoh ni.
![]() |
Inilah text pertama aku tanya rumah Tronoh |
Sebelum ni pun 2 kali beli rumah. Rumah yang pertama di Nilai, memang teruja sangat sebab nak duduk rumah sendiri dan ketika tu usia pun baru 26 tahun. Rumah kedua pun teruja cuma tak rasa sangat sebab memang plan untuk disewakan. Beli rumah ketiga ni memang diluar jangkaan. Lepas tu dah isi barang² rumah. Yang banyak bermodal isikan barang² rumah ni ialah isteri aku 😘😘😘 .. Happy bukan apa, selalu balik jumpa adik beradik, kena tumpang tidur rumah depa. Segan sebenarnya kalau selalu ganggu privasi depa lebih² lagi anak² buah aku semuanya dah remaja belaka. Aku sebenarnya tak dapat nak gambarkan macam mana suka nya aku dan famili aku.. bersyukurnya aku dan famili aku dengan rumah di Tronoh ni. Bila teringat nak jumpa kakak² aku, atau adik aku, cuma 1 jam 30 min drive dari rumah ni ke Nibong Tebal, Penang. Jumpa adik beradik, borak², makan², balik lah rumah sendiri untuk tidur. Tak dak lah mengganggu sangat. Cuma sesekali nak bermalam tak apa lah macam baru ni. Event Sabtu anak buah bertunang, Ahad ada kenduri kahwin pulak, so bermalam lah 1 malam rumah kakak aku.
Teringat dulu².. lepas sain SPA rumah, boleh dikatakan kurang² 2 bulan sekali mesti datang Tronoh / Seri Iskandar sebab nak tengok progress rumah. Kalau memang nak jalan² ke Penang, wajib lah singgah. Tapi kalau dari Nilai ke Tronoh, kadang² aku akan menginap di D Hotel, Seri Iskandar. D'Hotel Seri Iskandar ni antara hotel yang bertaraf berbintang² sikit la sebab antara hotel yang bangunan tertinggi di Seri Iskandar. Not bad la duduk sini dengan harga dalam RM150+-/malam termasuk sarapan.
![]() |
D'Hotel, Seri Iskandar, Perak. |
Tapi kadang², nak ubah selera, aku stay di Symphony Suites & Hotel di Ipoh. Kat sini pun dalam 3x aku menginap rasanya sampai boss nya belanja aku voucher meal sb promo hotel nya dalam Tiktok. Kadang² jugak, aku buat daytrip saja Nilai ~ Tronoh/Seri Iskandar.
![]() |
Symphony Suites Ipoh |
Aku masih ingat bila kali pertama nak view rumah contoh. Aku dah booked 1 hotel di kawasan Kampar. Dalam gambar bukan main elok tapi bila sampai, memang tak boleh nak duduk. Terus aku check-out. Terpinga² reception. Aku tak marah pun, cuma keadaan bilik tu memang aku tak boleh nak bagi anak dan wife aku tidur untuk malam tu. Memang lepas aku view rumah contoh, terus balik ke Nilai.
Semuanya kisah yang dah berlalu hampir 4 tahun yang lalu. Apapun yang berlaku, aku bersyukur kepada Allah SWT kerana berikan aku peluang untuk memiliki sebuah rumah yang selesa dan semakin hampir aku dengan keluarga, sanak saudara aku sebelah Perak dan Penang. Semua rahsia ini ada aturan dari Allah SWT. Aku turut doakan kpd yang belum memiliki kediaman sendiri, akan memilikinya pada masa akan datang. Insyaallah.
#mystory #mynameisanuar
No comments:
Post a Comment