20.09.2025 | Sabtu
Cuti sekolah 13 hingga 21 September 2025
![]() |
Menunggu Dina datang dari KL dengan ETS |
1. Alhamdulillah.. Semalam [19/9], hari Jumaat dah selamat pulang ke Nilai selepas 8 hari 7 malam di luar kawasan. Bercuti lama sebab cuti sekolah selama seminggu. Terima kasih Mama Dina sb turut ambik cuti tambahan selama 3 hari untuk sama² menikmati hari cuti bersama keluarga.
2. Jumaat minggu lepas lagi, lepas mama Dina balik kerja, kami mulakan journey cuti balik ke Felda Soeharto. Balik sekejap ziarah mak mentua aku di kampung. Masa balik, intai² jugak pokok durian belakang rumah mentua aku, tapi belum nampak bunganya. Mungkin lambat lagi lah nak merasa buah durian.
3. Hari Sabtu, aku gerak ke Tronoh dari Felda Soeharto. Kali ni saja ikut jalan belakang (jalan ke Sungai Besar) sebab dah selalu ikut laluan depan (Slim River ke Kampar). Ikut jalan belakang memang rileks sikit sebab tak banyak kereta. Sambil santai² memandu, singgah breakfast di Bagan Terap. Pekena roti canai bubuh ikan sardin sekor. Boleh tahan sedapnya 😁😁.
4. Teruskan perjalanan ikut WCE dari Hutan Melintang. Terus sampai ke simpang Felcra Seberang Perak. Map tunjuk laluan Felcra Seberang Perak - Lambor - Bota sebab lebih dekat berbanding ikut WCE ke exit Changkat Cermin. Alhamdulillah selamat sampai rumah kami di Tronoh. Walaupun tiap² bulan balik ke Tronoh, tp bukan setiap kali balik aku potong rumput. Jadi nampak rumput dan pokok² liar tumbuh agak tinggi. Memandangkan tak ada urusan harini, petang tu aku mula lah operasi pembersihan rumput dan pokok² kecik termasuk pokok semalu yang banyak menjalar. Bila guna mesin rumput bateri, tak boleh la lama. Sebab 1 bateri boleh tahan lebih kurang 12 minit. Bila ada 3 bijik bateri, lebih kurang 30-40 minit bateri dah habia. Ambik la masa pulak mengecas nya. So, esok pulak lah menyambung kojenyer.
![]() |
Tinggi pokok apa ntah ler.. |
![]() |
Jenuh jugak nak mesin ni |
![]() |
Selesai sikit dulu.. |
![]() |
Ni dah clear.. alhamdulillah.. |
5. Bila duduk rumah sendiri ni, Allah saja yang tahu nikmatnya. Boleh la buat apa saja yang rasa nak buat. Keesokkannya aku ke paso Batu Gajah cari lauk simple² sikit untuk masak. Dah 3-4x aku ke pasar Batu Gajah, memang aku rasa harga lauk mentah agak mahal. Jarang sangat sotong saiz besar sikit sampai RM64/kg. Memang mahal betul. Balik ke rumah, aku berdua laki bini sama² sibuk di dapur ler kome sebab masak. Dina masa ni belum dtg ke Tronoh sb ada urusan lain.
![]() |
Paso Batu Gajah |
6. Menjelang petang Ahad, aku meronda² ke arah Kellie Castle dan Gopeng sebab nak cari kedai makan budak² aku untuk trip ke Perak nanti. Dapat jugak la jumpa 4-5 kedai makan untuk dishortlistkan. Aku akan deal semula nanti. Dah kebetulan di Gopeng, teman lajak lah meronda² ke Ipoh. 😁😁.
7. Hari Isnin, masak awal pagi utk bekal sebelum masuk ke Hat Yai, Thailand. Jam 11.15am Dina sampai KTM Batu Gajah, aku pickup Dina dan terus gerak ke Bukit Kayu Hitam sebab akan masuk ke Hat Yai harini. Jam 5.00pm tepat siap cop di Imigresen Malaysia. Tapi malang sungguh untuk.ke border Sadao, Thailand, aku sangkut 2 jam 45 minit. Jam 7.45pm waktu Malaysia baru boleh selesai urusan di border. Alhamdulillah. Berjaya masuk ke Thailand. Lebih kurang jam 9.30pm, aku sampai lah hotel di Hat Yai. Check in dulu kemudian pi la dinner di kedai makan area hotel.
8. Lepas 3 hari 2 malam di Hat Yai, balik la aku ke Malaysia. Bila masuk Malaysia di border Padang Besar, alhamdulillah syukur. Pi lah mana² pun, Malaysia jugak tetap dihatiku 😘😘.Sengaja pilih exit Padang Besar sebab aku dah lama tak pi Perlis. Boleh la singgah Tasik Timah Tasoh, arked Padang Besar, dan pekena Laksa Mak Su di Kuala Perlis.
9. Balik dari Perlis, sempat jumpa dengan kakak² aku dan adik aku di Nibong Tebal, Penang. Jadi lah dapat jumpa 2 jam lebih kurang, dapatlah sembang macam². Dalam jam 9.30pm aku gerak balik ke Tronoh. Bila ada rumah sendiri di Perak ni, syukur sangat. Walaupun adik beradik ajak bermalam dirumah depa, tapi bila ada pilihan rumah sendiri, seronok lagi balik tidoq rumah sendiri. Memang sebelum beli rumah di Tronoh, selalu jugak aku tidoq rumah kakak² aku. Cuma la ni dah tak perlu sangat lah sebab cuma 1 jam 30 min lebih kurang untuk aku drive dari Nibong Tebal ke rumah kami di Tronoh. Alhamdulillah lebih kurang jam 11mlm lebih sikit, sampai lah rumah.
10. Berbaki 2 malam di Tronoh lepas keluar dari Hat Yai. Stay dulu. Rehatkan badan sambil menikmati baki cuti yang ada. Hari Jumaat, kami pun balik lah ke rumah kami di Nilai. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT kerana diberikan ruang dan peluang untuk menikmati kehidupan dan merasai kebesaran Allah SWT. Semoga ada rezeki, teman akan kembali ke rumah singgah kami di Tronoh. Insyaallah.
#mystory
#myjourney
#mynameisanuar
No comments:
Post a Comment