Friday, 25 October 2024

Puaskanlah Hati Sendiri

25.10.2024 | Jumaat

Buatlah apa yang dirasakan nak dibuat selagi tak menyalahi undang²

 Bila aku ada kelapangan, aku selalu akan "selak²" semula akaun media sosial aku.. FB, IG, TikTok, Youtube, termasuklah Blogspot aku yang masih lagi bertahan sampai ke hari ini. Selak² kisah lama adakalanya mencuit hati jugak. Lebih² lagi bila nampak gambar aku dan keluarga 10-15 tahun yang sudah. 

Tengah selak², aku baru perasan.. Aku sangat jarang nak post story tentang isi kandungan kerjaya aku. Aku masih bercerita tentang aktiviti aku di sekolah, tapi terlalu sedikit. Aku lebih suka bercerita tentang kehidupan, realiti yang berlaku dan semestinya kehidupan keluarga aku sejak aku zaman kanak-kanak sampailah zaman aku dah semakin berusia ni (makin tua lah senang 😁😁) 

Waktu kerja, aku kerja dengan bersungguh²😁

Aku kalau sebut hal kerja ni, sebaik aku keluar dari sekolah, aku "sangkut" beg aku kat pagar sekolah dan akan ambik semula beg yang aku sangkut tu esok pagi. Kadang² memang lah ada jugak terpaksa bawak balik tp dalam 1 tahun, boleh dikira dengan jari. Bagi aku, kerja tu habis setakat tamat aku punch out saja. Jadi, bukan lah menjadi keutamaan aku utk "share" apa aktiviti aku di sekolah. Itu bagi aku lah.. Maybe orang lain tak macam aku. Terpulang lah 😁😁 

Penutup kisah.. Tak salah kita nak upkan apa² kisah kehidupan kita di media sosial tapi bergantunglah pada penerimaan si pembaca. Kita hampir pasti tidak mampu memuaskan hati semua orang, jadi hati siapa yang kita nak puaskan? Semestinya lah hati sendiri. 

#mystory

#1bulan1post


No comments: