26.10.2024 | Sabtu
Sepatutnya nak berehat rileks² ke Melaka celebrate buzzday mama Dina. Tapi atas request mama Dina, nak rileks di rumah kami di Tronoh, Perak. Katanya duduk hotel pun mahal sekarang ni. Nak booked hotel yang biasa² memang ada, tapi faham² la mcm mana keadaan. Daripada bayar hotel RM250 utk 1 malam, lebih baik la balik Tronoh, rileks healing² rumah sendiri. Nak check in atau check out jam berapa pun tak kisah 😁😁😁.
Begitulah rutin aku dan famili kecik aku sekarang. Bila boring di Nilai, Jumaat atau Sabtu, balik ke Tronoh. Berehat. Bukan nak kata la, feel nak balik ke Tronoh tu sentiasa ada. Mungkinlah sebab suasana dan keadaan di area Perak Tengah ni lebih santai dan tak kalut mcm di Nilai. Kami la ni memang jarang sangat nak duduk di mana² hotel. Kalau dulu, memang selalu check in sana sini. Cuma kalau betul² nak duduk hotel, biarlah percutian yang terancang. Lebih membahagiakan aku rasa. Alhamdulilllah lah.. Allah bagi pinjamkan sebuah rumah lagi yang selesa di Perak untuk aku menginap atau menyinggah. Ada jugak cadangan utk aku buat homestay... Mula² ok jugak, tapi lama² memikir, macam tak ada privacy bila aku balik Tronoh. Tengok keadaan perabot, bilik tidur dan lain² area rumah, dah ramai org gunakan. Bagi pandangan aku la. Mungkin tak ada masalah bagi orang lain. Kang bertompok sana sini bilik aku. Tak mahu ler.. 😁😁😁
Sempena dah balik ke Perak date buzzday mem yang aku sayang ni, aku dan Dina buatlah simple surprise di Hayyi Cafe. Sesesesesesekali kannn bagi terkejut sikit mama Dina ni. Alhamdulillah usia menambah lagi 1 angka. Semakin cepat tambah, semakin cepat rasanya aku nak pindah ke Tronoh ni. Jiwa aku kadang² nak saja segera duduk di Perak sebab tempoh 24 tahun di KL / Nilai tu terlalu lama. Tambahan di Nilai sekarang ni pun dah sesak setiap hari.
Hayyi Cafe, Seri Iskandar |
Anyway, happy buzzday "Sayang".. Semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan sihat untuk buat amal ibadat.. diberikan kehidupan yang bahagia dan hidup dalam kasih sayang sejati. Insyaallah..
Merenung masa..... |
Merumput ler teman... |
Hai rumah Tronoh.. Kita jumpa lagi di lain masa. Planning bulan Disember.. Tapi aku rasa November ni akan sampai semula ke Tronoh ni. 🤣🤣🤣🤣
No comments:
Post a Comment