Wednesday 4 September 2024

Pak Njang Kembali Ke Rahmatullah

 04.09.2024 | Rabu 

Semalam terima lagi satu perkhabaran duka bila dimaklumkan dalam group wasap Keluarga Tok Wan yang mana Pak Njang [adik kepada arwah bapak aku] telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.00pm lebih kurang di Hospital Sungai Petani. Arwah Pak Njang dah kembali sihat sebenarnya pada hari Sabtu Ahad semalam dan mungkin akan discaj hospital dalam masa terdekat. Tapi Allah lebih sayangkan Pak Njang. Semoga Allahyarham Pak Njang ditempatkan dikalangan orang² beriman & beramal soleh. 

Al-Fatihah untuk arwah Pak Njang

Bulan lepas 16.07.2024, Mak Ngah Esah [juga adik kepada arwah bapak aku] juga meninggal dunia di Kampung Badang, Kulim. Raya baru ni sempat juga ziarah arwah Mak Ngah. Tapi Allah lebih sayangkan arwah Mak Ngah Esah. Semoga Allahyarhamah Mak Ngah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman & beramal soleh. 

Al-Fatihah untuk arwah Mak Ngah


Sesungguhnya kematian, ajal maut tidak akan cepat atau lewat sesaat. 

Bilamana ketika usia sudah memasuki pertengahan 40an, bila berlaku kematian saudara begini, memang rasa teringin nak ziarah semasa majlis pengebumian. Tetapi apakan daya, jarak lokasi yang jauh sangat menyekat keinginan aku untuk ziarah buat kali terakhir arwah Pak Njang aku semalam. Jarak 460km tu agak jauh jugak dimana semestinya tak sempat untuk tatap wajah arwah Pak Njang buat kali terakhir. 

Masa arwah mak dan bapak meninggal dunia, pun agak kelewatan sampai di kampung sebab jarak yang jauh. Arwah mak, aku sempat juga mandikan sebelum dikafankan tapi arwah bapak hanya sempat jumpa jenazah di masjid. Semuanya tunggu aku sampai. Sedih sangat perasaan ketika tu. Itulah bila jarak jauh lokasi tempat tinggal kita dan kampung yang akan memakan masa untuk sampai jika berlaku kecemasan atau kematian. 

Aku berharap dan sentiasa mendoakan agar anak aku ditempatkan penempatan di kawasan yang dekat dengan rumah kami di Seri Iskandar suatu hari nanti. Kita berdoa kepada Allah.. selebihnya, berserah dan tawakal. Insyaallah.

#mystory






No comments: