Monday 26 August 2024

Selepas 6 Bulan Di Sekolah Baru

 18.07.2024 | Khamis

Harini hari yang ke-176 aku di SKBB atau shortname nya SeHeBat.. semakin hari semakin faham suasana dan situasi di stesen kerja baru. Banyak jugak benda baru yang aku follow di sini. Alhamdulillah.. 

Bila imbas balik, ibarat gugurnya jantung bila nama aku naik utk redep ke sekolah lain walaupun sekolah tu tepi jamban rumah aku sendiri. 😁😁😁.. Kemurungan hanya Allah SWT saja yang tahu.. Rasa down.. Rasa sedey.. Rasa nak benamkan kepala org yg pilih nama aku tu dalam sos black pepper chicken grill.. Rasa selera nak makan pun hilang [tp la ni asyik nak makan sesaja].. dan macam² lagi perasaan.. Aku selalu bertanya.. "Kenapa aku?"

Tapi.. siapalah aku utk menidakkan perancangan Allah SWT.. siapalah aku nak mempertikaikan kehendak Allah SWT.. Aku cuba belajar berdamai dengan takdir walaupun menerima dalam keterpaksaan.

Semoga hari² esok, lusa, bulan depan dan 140 hari yang mendatang lebih baik untuk aku dan anda semua yang membaca cerpen aku ni. Mudah²an..

#mystory




No comments: