Monday 23 October 2023

Pekena Ikan Bakar Bagan Lalang

21.10.2023 | Sabtu

Salam Sabtu salam hujung minggu.. 😁😁 Semoga hangpa semua sihat² belaker..

01. Harini Dina aktiviti memandu kereta dengan jarak yang lebih jauh supaya jumlah jam semakin meningkat 😁😁. Dari Pajam aku suruh dia bawak ke Mitsui dan seterusnya ke Pantai Bagan Lalang anggaran jarak perjalanan 60km. Laluan Pajam ke Mitsui OK jugak tp dari Mitsui ke Bagan Lalang tu agak mencabar lebih² lagi dari Mitsui nak masuk ke bulatan Masjid KLIA. Susah nak masuk bulatan tu sebenarnya, aku sendiri pun kdg² ambik masa tp alhamdulillah berjaya lepas. πŸ˜πŸ˜πŸ‘πŸ‘




Hasil belian utk customer hampir RM600

02. Nak ke Mitsui ada 2 tujuan. Tujuan pertama aku suruh Dina lekatkan hasil bisnes dia dengan satu barang. Tujuan kedua pulak, bila orangnya otak bisnes, cepat saja dia ON kan telegram utk keuntungan. Hari Sabtu pagi tu Dina dah open order as a "Personal Shopper" Bath & Bodywork dalam group Telegram sebab tengah ada promotion. Hasil pancingan, dapat lah 16 item customer order. Memang murah barangnya. Biasa bodymist RM99, bila ada promo mcm ni dapat RM36. Jauh beno, bezanya harga. So, ambik la masa dalam 1 jam utk customer add-on order. So, job ptg tu dpt lah RM80/=. Ok laa.  


Tokey busat belanjer.. 😘😘πŸ₯°πŸ₯°

03. Lepas pusing Mitsui, gerak ke Bagan Lalang. Dina masih terus bawak kereta.. So far, nak ke Bagan Lalang jalan ok. Trafik tak la jem sangat. Lepas 30min, alhamdulillah.. sampailah ke Restoran Ikan Bakar Wak Sehab ataupun Restoran Senandung Malam.

04. Aku penuhi hajat Dina nak belanja mama dan abah ikan bakar selain dia pun lama x pekena ikan bakar di Bagan Lalang. Hasil business Dina agak lumayan masa dia cuti semester 1 minggu baru ni, cecah 4 angka jugak. Tahniah & alhamdulillah.. bukan senang nak membina keyakinan customer yang beli bukan dari platform Shopee atau Lazada atau TIKTOK. Tapi pengalaman berbisnes kecik² sejak usia 10 tahun, digunakan utk dapatkan keyakinan customer. Barang apa yang Dina jual?? Next chapter la story OK. Tp apapun, study tetap No.1.. biz ni part time saja.

05. Harini order macam biasa.. aku selalu jugak la mai kedai makan ni sejak 1-2 yang lalu. Sebelum² ni, dok pi Restoran Bayu Malam.. pun ok dan sedap.. cuma bagi aku, lebih selesa mai bukan weekend.. macam hari Jumaat malam ka, lebih OK sb tak ramai sangat pelanggan macam malam ni.. Malam ni sampai berdiri la tunggu meja..  Menu malam ni:

Nasi putih x3

Ikan siakap bakar 

Ikan pari bakar 

Sotong goreng tepung

Sotong masak sambal

Sup sayur

Ais kosong x4


Total bill = RM95/=

Alhamdulillah.. kenyang.. rezeki Allah SWT. Harap² pada masa akan datang, Dina teruihkan la amalan mcm ni jika ada rezeki lebih.. 😁😁😁.

Selesai makan, balik ler rumah..

#cheguanuarmenulis


1 comment:

Anonymous said...

Nampak sedap ikan bakar nyer