Tuesday 24 October 2023

Jilid 1: Bab 5 [Bermulanya Kerjaya Seorang Guru]

"Cerita Saya: Sekeping Hati, Seutas Memori"

Bermula kehidupan sebagai seorang "Cikgu Anuar"

Kadang² tak percaya aku ni dah jadi cikgu..

18.06.2001, tarikh aku melapor diri sebagai seorang guru betul² ataupun org panggil cikgu [sebelum ni guru pelatih / cikgu praktikum.. 🀭] ataupun ketika tu masih lg boleh dapat title pendidik di SK Puchong Jaya, Selangor. Dari Pulau Pinang, buat pertama kalinya aku akhirnya akur dengan ketentuan Tuhan bahawa tak selamanya aku boleh terus berada di negeri kelahiran aku, Pulau Pinang. Ketika tu rasa lega jugak sebab kakak aku mengajar di area Balakong dan menetap di kawasan Taming Jaya. Tapi langit ada kalanya tak selalunya cerah. Kakak aku pula dapat berpindah ke negeri Perak dan tempat bertugas baru di Teluk Intan. Tarikh aku melapor diri di Puchong sama pulak tu dengan tarikh kakak aku melapor diri di Teluk Intan. Memang kakak aku mintak utk masuk ke negeri Perak sb dah 5 - 6 tahun di Lembah Klang kalau tak silap aku. Maka, lupakan lah tempat berpaut.. Melepas la teman!! 

Kat signboard SK Puchong Jaya tu lah bilik aku- gambar kredit Google

Seingat aku, seminggu sebelum lapor diri, kami sekeluarga dah turun ke Puchong. Mak aku bapak aku semua mai ke Puchong nak tengok sekolah dan sempat jumpa dengan Guru Besar ketika tu, Cikgu Abdul Rahman Ngalih. Pertama sekali jumpa GB, dia pesan dengan aku.. Jangan main politik.. hihihi.. GB memang setiap hari akan pangkah tarikh di kalendar sb ketika tu, hanya lebih kurang 3-4 bulan dia nak bersara. So far, nampak GB okey dan baik orangnya. Alhamdulillah.. ada juga perbincangan dengan GB tentang tempat tinggal aku termasuklah GB offer aku untuk menginap di sekolah sebab memang ada 1 bilik di sekolah ni, seorang guru yang nama dia pun Anuar yang akan berpindah ke Pahang. Cikgu Anuar tu dah 5 tahun tinggal di salah satu bilik kecil di SK Puchong Jaya. Aku pun respon dengan GB, jika aku tak ada tempat lain, aku akan menginap di situ. Saiz bilik x kecik sangat. Boleh lah nak berlari² anak dalam tu.. 😁😁😁. GB pun ada tanya Cikgu Asaari utk aku tinggal situ dengan Cikgu Asaari. Cuma Cikgu Asaari ni walaupun bujang, tp semua bilik rumah dia dijadikan bilik untuk tempat tuisyen. Jadi, aku taknak lah ganggu urusan depa. 


Bertolak dari Penang ke Lembah Klang

[17.06.2001 | Ahad | 8.00am]

Harini aku bertolak ke Puchong dengan naik motor Honda EX5 PDD8814 secara solo. Jarak 350km dengan naik Honda EX5 bersama beg luggage termasuk radio sebagai teman hiburan dibawa bersama ke Puchong. Tapi sebelum meneruskan perjalanan ke Klang Valley, aku sempat singgah dulu di Permatang Pauh berjumpa dengan kekasih hati sebelum meninggalkan Pulau Pinang 😍😍😍 dan berlakulah drama air mata.. lalu hero pun menghidupkan enjin EX5 segera berlalu untuk elakkan kesedihan berpanjangan.. 😁😁😁

Sejam selepas tu lebih kurang, bergerak lah aku ke Puchong. Bila solo ride ni, memang agak bosan tapi aku tak kisah sangat sebab aku boleh saja nak berhenti dimana² tempat yang aku perlu berhenti sambil rehatkan badan. Perjalanan aku lebih kurang hampir 9 jam termasuklah berenti rehat, solat dan makan. Sampai di Sungai Buloh, aku ikut laluan Lebuhraya Damansara Puchong [LDP] untuk ke Puchong Jaya.

Flat Puchong Permai - kredit ehsan gambar dari Google

Lebih kurang lewat petang aku sampai di Puchong Permai. Seperti tak mahu tinggal di sekolah, memang mak aku ada bincang dengan sepupu aku, Faizah yang masa tu menetap di Puchong Permai untuk aku menumpang rumah Faizah buat sementara waktu. Faizah ketika tu ada 2 atau 3 orang anak yang masih kecik ketika tu, dengan kehadiran aku mungkin menimbulkan ketidakselesaan sebab Faizah ketika tu tinggal di flat Puchong Permai yang memiliki 2 bilik tidur kalau tak silap aku. Memang tak patut sangat lah aku menumpang rumah Faizah. Walaubagaimanapun, aku hanya 3 malam menumpang rumah Faizah sebab rasa mengganggu privasi Faizah dan keluarganya. Jadi, aku ambik keputusan untuk tinggal di bilik sekolah aku yang sebelum ni 5 tahun Cikgu Anuar tu duduk sebelum dia pindah ke Pahang. Maksudnya, Anuar keluar dan Anuar masuk ke SK Puchong Jaya. Urusan pindah, terpaksa mintak tolong Faizah dan abg Fadil bantu aku menghantar barang² aku ke SK Puchong Jaya. Tinggal lah aku seorang diri di SK Puchong Jaya dengan bertemankan radio buruk yang aku bawa dari Pulau Pinang 😁😁. Ketika 2001 tu, penggunaan gajet sangatlah tak meluas lagi, ada handphone tapi semata² untuk telefon dan mesej text selain dari tu kalau pakai Nokia, ada game ular. Setiap malam, sambil dengar radio, perlahan² mata aku terlelap sambil radio aku juga secara bersama² aku terpadam begitu sahaja. Macam pelik, tp itulah realitinya.

Security sekolah utk shif siang waktu tu namanya Pak Din. Pak Din ni dalam urusan nak bawak keluarga dia tinggal jugak kat sekolah sebab Pak Din ni orang susah. Aku okey la bila ada jugak jiran bermalam aku di sekolah. Pengawal malam aku memang tak kenal. Kalau Pak Din, memang okey sangat sebab peramah.

Guru Besar memang bagi aku 1 set kunci pagar utama sekolah. Hari pertama aku bermalam, lepas balik dari makan malam, bukak pintu pagar utama sekolah. Untuk makluman, di pintu pagar tu ada sebuah pokok yang merendang sangat. Bukak pagar pun tangan boleh tahan getarannya. Bukan lah takut, cuma takut "benda²" pelik yang tak takut dengan aku. Sebaik dah bukak kunci, meluncurlah motosikal Ex5 aku ke kawasan dataran perhimpunan sekolah. Tiba - tiba..... kelihatan satu makhluk berdiri tegak tak bergerak². Cemas jugak la aku. Bercakap pun tidak, menegur pun tidak. Aku pun terus introduce diri aku kat pakcik tu. Tapi dia sepatah kata pun tidak. Cuma nampak macam mengangguk² kefahaman. Aku terus berjalan pantas naik ke tingkat atas sekali bilik aku. Kepala masih berfikir, siapakah gerangan pakcik tu. Keesokkannya baru dapat tahu, pakcik tu rupanya pengawal keselamatan waktu malam cuma dia memang jenis pendiam.

Hari kedua tinggal di sekolah, rakan sekerja, Cikgu Khairuddin lah yang banyak tolong aku. Tolong bawak aku pi beli tilam single, beli almari zip dan barang² keperluan awal untuk aku duduk disekolah. Cikgu Khairuddin ni memang baik orang walaupun muka garang jugak. Waktu tu dia Setiausaha PIBG sekolah, secara tak official lantik aku sebagai Penolong SU PIBG sekolah tahun pertama aku bertugas di SKPJP.

Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak - gambar ehsan Google

Aku hanya mampu bertahan menetap di sekolah lebih kurang 3 bulan. Dalam 3 bulan tu, aku juga menumpang tidur di rumah sepupu aku juga, arwah Abg Zul di rumah flat Sri Melaka, Bandar Tun Razak, Cheras. Ni kiranya deal mcm mana pun aku dah tak ingat. Mungkin arwah mak aku mai KL, bawak pi rumah Abg Zul di Cheras tu, terus bukak cerita yang aku duduk di sekolah. Jadi, abg Zul pun offer la aku duduk rumah dia. Tapi Abg Zul memang anak jati KL. Siap pesan dengan aku, kalau sapa² kacau, bgtau dia.. Wahh.. Aku rasa macam berjalan dalam kekebalan waktu tu 😁😁. 

Bercerita ttg ulang-alik ke Bdr Tun Razak, habis sekolah petang, aku mandi semua siap², makan malam siap², dari Puchong Jaya terus aku pederas jentera EX5 aku ke Cheras untuk bermalam. Aku memang rasa selesa duduk di rumah abg Zul, sebab abg Zul dan Kak Izzah belum dikurniakan anak. Jadi, agak selesa lah. Esok paginya, awal lagi, abg Zul dan Kak Izzah akan pi beli buah sebab depa meniaga buah potong di depan sekolah area Pandan. Jadi, aku bangun tidur, memang takdak sapa dah kat rumah. Jam 10am aku gerak ke Puchong Jaya. Sebelum balik ke Puchong Jaya, kak Izzah akan disediakan sarapan untuk aku. Betapa baiknya layanan depa kat aku. Alhamdulillah..

Sehingga episod di atas, kebanyakkan nama yang aku nyatakan, telah kembali ke rahmatullah. Terima kasih banyak² aku mampu zahirkan kepada semua watak yang pernah membantu aku seawal aku berkhidmat di SK Puchong Jaya.

Al-Fatihah [dibaca] untuk arwah:

Ayahanda & Bonda tercinta

Cikgu Abdul Rahmah Ngalih - GB SK Puchong Jaya

Cikgu Asaari - meninggal dunia waktu aku masih di SKPJP

Cikgu Khairuddin - baru meninggal dunia tahun 2022

Abg Zul [Bdr Tun Razak] 


Salam Takziah..

No comments: