Saturday 7 October 2023

Bekerjasamalah kita ibu dan ayah

 06.10.2023 | Jumaat

Salam Jumaat penuh barakah. Harini terbaca satu artikel seorang doktor tertinggal bayinya yang belum sampai usia 1 tahun selama 10 jam didalam kereta sehingga meninggal dunia. Pelbagai spekulasi sehingga mengatakan ibu itu cuai dan sebagainya. Ibu bayi itu seorang doktor, mungkin terlalu memikirkan hal urusan kerja sehingga terlupa bayinya didalam kereta. Al-Fatihah dan salam takziah untuk keluarga mangsa.

Kadang², aku terpikir la.. mungkin byk sangat urusan si ibu ni kadang membuatkan berlaku kecuaian tanpa diduga. Sama ada rutin atau tak rutin, aku sendiri pun adakalanya boleh terlupa sesuatu kalau terlalu memikirkan hal lain.

Kesinambungan kisah sedih ibu tadi, aku storykan sikit kisah rutin harian yang aku nampak selalu. Seminggu 3x aku dan mem aku briskwalking didalam taman perumahan aku. Setiap kali aku bersenam, aku mesti akan melalui sebuah taska [aku namakan Taska M]. Disebabkan kebiasaannya hari bekerja, aku akan briskwalk waktu petang la. Jadi aku selalu nampak proses ibubapa ambik anak di taska tu. Apa yang aku nak katakan, kelihatan ibubapa yang mengambil anak, kalau 10 kereta yang datang, 9 daripadanya kaum ibu. Hanya 1 atau 2 orang sahaja kaum bapa yang datang ambil anak depa. Inilah realitinya.

Aku terus berjalan utk pusingan kedua briskwalk, setiap pusingan ambik masa dalam 20minit yang bermaksud selang 20 minit, kelihatan lagi 6-7 kereta yang ambik anak mereka, pun sama.. majoritinya kaum ibu yang ambil anak mereka. Aku selalu cakap dengan mem aku.. kenapa asal ambik anak saja, mesti ibu²? Mana pergi ayahnya? Aku sebagai seorang suami dan ayah, simpati dengan kaum² ibu ni sebab ambik hantar anak pun depa kena buat sedangkan boleh saja arrangement suami utk ambik atau hantar anak ke taska. 

Semua kita tahu, jika seorang ibu yang berkerjaya, mereka sangat penat menjalani kehidupan seharian. Sudahlah mereka keluar mencari rezeki membantu suami dan keluarga, hal² anak dan rumah juga mahu diuruskan. Cuba bayangkan, tugas mereka:

1.Bekerja pagi ~ petang

2.Mengemas rumah

3.Basuh kain, sidai kain, lipat kain

4.Memasak

5.Menguruskan anak² utk ke sekolah

6.Menghantar anak ke taska

7.Mengambil anak di taska

8.Memikirkan hal sekolah anak

9.Memikirkan hal pelajaran anak

10. Dan mcm² lagi kerja si ibu ni kena buat

Dimanakah ayah atau suami si isteri ni? Bekerja ke? Minum dengan kawan² lepas balik kerja? Main futsal? Main badminton? Atau memang dah terbiasa isteri yang menguruskan semua hal² anak.

Tepuk dada, tanya diri sendiri..

Kalau zaman dulu², mak² kita memang tak bekerja. Tak apalah kebanyakan hal urusan anak² dan rumah diuruskan oleh ibu kita. Tapi zaman sekarang ni, ramai wanita yang berkerjaya.. jadi, perlu lah ada sikap bertolak ansur antara suami dan isteri dalam menguruskan hal keluarga.

Tapi, aku tak nafikan, ramai jugak ayah atau suami yang sangat rajin dalam menguruskan urusan anak² dan rumahtangga. Tahniah. Apa yang aku bagi contoh diatas tu, hasil tinjauan aku di taska sahaja dan ada lah 2-3 contoh insan² disekeliling aku.

Akhir sekali, semoga rumahtangga kita kekal bahagia sejahtera. Inshaallah..

p/s: Semua penulisan diatas adalah pandangan peribadi penulis. Jangan sedih, marah, atau terlalu gembira pulak yer.. 😁😁



No comments: