Saturday, 30 September 2023

Membeli atau menyewa rumah? Mana yang lebih bermanfaat?

 30.09.2023 | Ahad

Semalam 29/9, genap 21 tahun ulangtahun perkahwinan aku dan mem aku lah semestinya.. Alhamdulillah.. Allah SWT berikan kami perhubungan yang panjang sehingga saat ini dan sebagai hamba-Nya yang tawwaduk, aku terus berdoa bersujud memohon supaya dikekalkan perhubungan ini sehingga akhir nafas dan berjumpa di syurga.. Insyaallah..

Rumah kami di Perak

Bercakap hal perkahwinan, semestinya sebuah kehidupan dan rumahtangga, memerlukan sebuah bumbung untuk berteduh atau meneduhi pasangan dan anak² terutamanya. Memiliki sebuah rumah idaman sudah tentu menjadi impian setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. 

Tahun 2006, seusia 26 tahun, selepas 5 tahun aku bekerja, aku sudah membeli sebuah rumah mengikut kemampuan poket sendiri. Sebuah rumah teres 2 tingkat sudah memadai bagi aku dan keluarga walaupun bukan sebuah rumah banglo. Masa tahun 2006 tu, rumah yang aku beli berharga RM131K dengan bayaran bulanan RM717 selama 25 tahun, tp harini, selepas 17 tahun, harga jualan rumah aku dah mencecah RM370K. Bila dibuat kiraan kasar, aku dah bayar rumah aku sejumlah RM137K.. So, bermaksud, jika aku jual rumah harini, aku masih ada keuntungan RM170K. Tambahan pula, ketika berusia belum 27 tahun, aku dah pindah menginap dirumah sendiri. Tak perlu la aku memiliki Mazda atau Honda CRV tapi duduk dirumah sewa. Biarlah aku pakai kereta jenama tempatan, asalkan sudah memiliki sebuah kediaman sendiri utk keluarga.

8 tahun selepas itu, tahun 2014, selepas bincang dengan mem aku, kami beli sebuah apartment di Nilai juga yang berharga RM172K. Apartment 3 bilik 2 bilik air ini memang kami beli untuk tujuan pelaburan atau pun sebagai satu aset dimasa depan. Rumah ni aku sewakan dengan nilaia sewaan RM700/bulan. Walaupun perlu add-on +-RM200 sebulan utk monthly installment + maintanance fee, tapi ianya still berbaloi sebagai aset pelaburan masa depan. Apartment ni dapat kunci pada penghujung 2017 dan awal 2018 aku dah mula bagi sewa rumah kami tu. Pada hari ini, setelah +-6 tahun, nilai jualan rumah ni dah cecah RM230K-RM250K. Dalam masa 5-6 tahun saja, boleh lah dapat sedikit keuntungan jika dijual.

Rumah ke-2 di Nilai

8 tahun lepas beli rumah ke-2, tahun 2022, aku dan mem aku kembali berbincang nak beli rumah. Bila usia dah semakin meningkat, teringin beli rumah dikawasan yang lebih dekat dengan saudara-mara. Terjebak kami dengan beli 1 unit rumah semi-D di kawasan Tronoh / Seri Iskandar, Perak dengan nilai belian RM308K dan keluasan tanah agak berbaloi iaitu 45 x 80 kaki.. Unit ni memang aku simpan utk aku balik ke Perak tak lama lagi yang bermaksud planning soft landing sebelum bersara, bukan selepas bersara.

Pada harini tahun 2023, jumlah ketiga² aset hartanah ni hampir mencecah RM1j. Alhamdulillah.. Bukanlah satu yang mudah utk memiliki harta dunia ni setelah 4 tahun menyewa rumah yang sekadar touch and go. Kesemuanya memerlukan pengorbanan. 

Aku menulis hal pemilikan rumah ni sebab 3-4 hari lepas, influencer ataupun ahli perniagaan. Khairul Aming [KA] seorang jutawan muda mengejutkan dunia media sosial kerana hanya ada sebuah kereta Perodua Bezza dan tak pernah membeli rumah. KA hanya ada kilang yang digunakan untuk operasi perniagaan Sambal Nyet nya. Rata² penasihat², pakar² hartanah media sosial mulalah job skop depa untuk meracuni fikiran anak² muda terutamanya bahawa, untuk jadi jutawan, tak perlu berkereta mewah dan tak perlu membeli rumah kerana membeli rumah dengan cara berhutang, hanya merugikan sahaja sebab interest bank yang tinggi. Dinasihatkan oleh Tuan Penasihat ni supaya menyewa dahulu rumah. Boleh beli rumah cash dengan simpan duit sikit². Jika beli cash, lebih bagus utk pengurusan kewangan yang baik.

Jom kita buat sedikit perbandingan:

BELI RUMAH

Membeli hartanah bernilai RM300,000

Bulanan: +-RM1,400 [35 tahun]

Status rumah: Memang milik peribadi aku la.

SEWA RUMAH

Menyewa rumah flat/apartment: RM800/bulan, baki RM600 simpan bulan² untuk beli rumah cash bak kata penasihat kewangan media sosial. Yang RM800 hangus lah sebab bayar sewa rumah OK.

RM600 x 35 tahun = RM252,000 yang disimpan secara konsisten setiap bulan. Mula menyewa diusia 25 tahun. Selepas kumpul duit sebab nak beli rumah cash selama 35 tahun sehingga usia 60 tahun, anda memiliki cash money = RM252,000.. banyak tak? Banyak kan?

Persoalan: Masa tu, tahun 2058, rasa² ada lagi ke rumah banglo / teres / semi-D yang berharga RM250K sebab coach hartanah media sosial kita suruh kita menyewa sampai terbongkok² usia tua? Jawapannya: Semestinya tiada.. 

Kesan & akibat: Sampai ke tua x memilik hartanah. Sangat merbahaya kehidupan ini kerana menyewa sahaja tidak menjamin kita kekal disitu. Anytime boleh kena halau oleh tuan rumah.

Sedikit tambahan. Ada sesetengah org bertuah kerana mempunyai tanah warisan ibubapa dikampung dan selalu berkata akan buat rumah dikampung suatu hari nanti. Perancangan yang baik juga. Tapi, sebaiknya memilikilah sebuah rumah didalam radius kawasan bekerja kita supaya anak² akan membesar dalam suasana yang lebih selesa dirumah kita sendiri berbanding rumah sewa. Jika kita terus merancang untuk buat rumah dikampung, rumah yang bakal didirikan dikampung suatu hari nanti tu tidak dapat dinikmati oleh anak² kerana ketika itu anak² dah dewasa dan mereka sudah ada kehidupan mereka sendiri.

Kesimpulan:

Khairul Aming tak apa. Dia jutawan.. Katalah esok dia teringin beli sebuah rumah banglo di Nilai atau di Damansara, its OK sebab dia ada cash money. Terus esoknya dia beli.

Cuba kita. Banyak sangat ke cash money yang kata nak beli rumah cash tu. Hari ni boleh semak simpanan, kerja 10 tahun berapa ratus ribu dah dapat kumpul? Mau menggigil ketiak sebab duit tak ada nak beli rumah cash. Akhrinya, menyewa lah rumah sehingga pencen atau sehingga dihalau oleh tuan rumah atau aku jalan dulu.

Pandangan peribadi aku, belilah rumah kediaman utk tempat berteduh. Janganlah terpengaruh dengan agen² FB yg suruh ikut style KA yang kaya tp x beli rumah. Kita perlu cermin diri kita adakah poket kita sama dengan poket KA. Kalau nak kira interest, semua pinjaman ada interest. Beli kereta sepit ketam pun ada interest. 

Akhir sekali, tepuk dada, tanya selera kita. Wallahualam..

#mystory

Tuesday, 29 August 2023

Cuti Penggal Persekolahan [Ogos 2023]

29.08.2023 | Selasa


Cuti sekolah pertengahan tahun dah start Sabtu lepas. Cuti selama 1 minggu. Kepada warga sekolah, memang seronoklah kan sebab ada cuti yang ditunggu² tanpa perlu memohon.



Walaupun mendepani pelbagai cabaran dalam usaha menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak² murid yang disayangi, namun hal cuti sekolah ni memang tak perlu dikompromi. Sesibuk mana kerja di sekolah, tp masih mempunyai cuti yang panjang untuk berehat. 

Semua jenis pekerjaan mempunyai skop kerja yang berbeza-beza. Sesibuk² seorang guru, tp bagi diri aku, masih banyak mempunyai masa untuk menguruskan diri sendiri. Kena lah pandai bahagikan masa ketika bertugas disekolah.

Berbalik kisah cuti sekolah, la ni aku hanya rileks² lepak² dirumah lah.. Sebab mem aku bekerja.. dan my dotter Dina dah pulang ke IPG sebab cuti IPG dan sekolah dah bergerak x seiring. Kalau dulu² zaman aku dimaktab, cuti sekolah sama dengan cuti maktab perguruan. Tapi tak kisah lah sebab bukan bidang kuasa aku nak samakan cuti sekolah dan cuti IPG 😁😁😁

Kepada yang tengah bercuti, SELAMAT BERCUTI.. kepada yang tak bercuti, rajin²kan lah bawak anak² dan isteri/pasangan utk makan angin. Ada sesetangah ketua rumah tangga ni jenis langsung tak kisah nak bawak anak bini pi bercuti. Ini realiti.. In real life dalam circle aku.. Kalau 1 tahun 1 kali bawak anak bini pi bercuti, tak jatuh miskin. Malah Allah SWT akan lebarkan lagi rezeki kita.. Insyaallah..

Selamat bercuti

p/s: Buat jugak cerita ringkas ni sebab nak lekatkan 1 post untuk bulan Ogos 🀣🀣🀣

Monday, 24 July 2023

Ambik Kunci Rumah di Ipoh

 07.07.2023 | Jumaat

Syukur alhamdulillah 

1. Harini terpaksa ambik cuti sb appoinment dengan office pemaju utk ambik kunci rumah. Nak pi Sabtu tak boleh sb office beroperasi Isnin ~ Jumaat saja. So, terpaksa ke Ipoh harini.

2. Lepas Subuh +-6.15am, gerak ke Ipoh. Ambik kunci di office pemaju di Ipoh jam 10.30am. Lepas dia explain itu ini, gerak ke office lawyer pun di sekitar Ipoh, nak ambik beberapa dokumen penting.


3. Habis office lawyer, urusan seterusnya utk submit beberapa dokumen ke Majlis Daerah Batu Gajah [MDBG]. Tapi KIV dulu sebab dokumen salinan geran dari pejabat lawyer x lengkap. Jadi, lepas hubungi MDBG, boleh di hantar melalui emel ke Jabatan Penilaian. Terbaikkk MDBG.

4. Harini jugak dpt solat Jumaat di Masjid Ar-Rahmaniah, Tronoh.. ni kira masjid kariah kawasan baru aku la.. Masjid memang kategori terlalu lama. Tp sebelah masjid lama, dah hampir siap Masjid Ar-Rahmaniah versi baru. Aku tgk progress dalam 80-90%. Alhamdulillah. Mungkin x lama lagi, kat sini lah masjid yg akan aku selalu solat jemaah.

5. Masuk rumah.. "Bismillah...".. Alhamdulillah.. 22 tahun berkhidmat + 21 tahun menikah, dapat la beli rumah ke-3 saiz kecik².. 😁 nak beli banglo memang la x mampu.. Installment rumah ni boleh lepas bayar Honda CRV Black Edition tiap² bulan.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ ... Rumah ke-2 nak dicairkan asetnya tp x lepas lagi. Mudah²an selesai la x lama lagi. Untuk info, aku sain SPA rumah ni 2022 genap 20 tahun usia perkahwinan kami. Rumah kami juga nombor 20. Lot number pulak sempena tarikh lahir Dina 25.3.2004 [Lot no.253]. Semuanya kebetulan.. Alhamdulillah..





6. Urusan di rumah baru tadi, buat full defect inspection. Dalam 4-5 jam jugak tadi. Nak upah org, dekat RM1000 jugak.. takpa slow² aku dan mem buatkan.. Jimaaatt.. Hahaha..





7. Malam ni di Ipoh.. esok pagi turun ke Seri Iskandar lagi sekali sebelum balik ke South Klang Valley @ Nilai sebab nak settlekan hal report defect. Complain lah selagi ada warranty 2 tahun ni.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜πŸ˜

8. Persoalan: Sebenarnya, bila lah aku nak berpindah dari N9 ke Perak ni komer..?? 😁😁 

Jawapannyaaaaaa: Mungkin tak lama lagi.. Insyaallah..

Kemaskini: 24.07.2023

🧭4 hari lepas, abang ipar aku, Abang Kamal kemalangan jalan raya. Parah jugak la.. Mohon rakan² yang baca blog aku ni panjangkan doa semoga kesakitan abg Kamal dapat diringankan seterusnya diberikan kesembuhan yang segera serta berikan kekuatan kepada kakak aku sekeluarga menghadapi ujian Allah ini.

🧭Bila berlaku mcm ni, kadang² teringin cepat pindah ke Perak sb banyak tanggungjawab terhadap keluarga.


#myjourney 

#mystory

#cheguanuarnilai

Tuesday, 20 June 2023

Kesesakan Hospital Kerajaan

 20.06.2023 | Selasa

Keadaan parkir di kiri kana jalan Hospital Serdang

Tengah hari tadi, dari Nilai aku ke Hospital Sultan Abdul Aziz Shah [dulunya dikenali sebagai Hospital Pengajar UPM] sebab ada appointment dengan doktor. Sudah menjadi rutin aku dan mem aku setiap 5 atau 6 bulan ke HPUPM untuk pemeriksaan kesihatan berkala.

Bila nak ke HPUPM, mestilah kena lalu ikut Hospital Serdang.. setiap kali lalu, tak dpt aku nak gambarkan keadaan kenderaan kiri kanan bahu jalan bermula di flyover hala ke Hospital Serdang sampai lah ke lampu isyarat nak masuk hospital, punyalah sesak dengan kereta. Bukan sampai lampu isyarat saja, malahan lepas lampu isyarat sampai lah ke lagi satu lampu isyarat [nak ke MAEPS] kiri kanan bahu jalan penuh dengan kereta pesakit mungkin, atau waris pesakit atau yang ada temujanji hospital. Apa yg cuba aku share ni tentang kesesakan di luar hospital dan semestinya didalam hospital pun cornfirmlah sesak sangat. Aku yakin, bukan hanya di Hospital Serdang ni saja sesak dengan tetamu, tapi semua hospital diseluruh negara lebih² lagi di bandar besar.

Aku pernah dengar luahan seorang kawan yang mana ada temujanji kali pertama di Hospital Serdang [Pusat Kardiologi Hospital Serdang] atau hospital jantung yang baru beroperasi dalam 2-3 bulan kebelakangan ni.. Kawan aku tu datang dari Rembau sebelum Subuh sebab beranggapan nak dapat giliran antara yang terawal. Sampai di hospital jam 6.30am mcm tu.. dia terkejut bila tengok barisan dah melingkar orang menunggu giliran. Siap bawak bangku mudah alih lagi. Kalau yang datang dengan anak, ok la sikit sb anak boleh la beratur ambik giliran, cuba bayangkan kalau dah berusia, kena beratur awal pagi mcm tu.. Kan mcm susahkan diri.. Tapi kadang² dah jadi keperluan, terpaksa lah datang juga ke hospital. Kawan bgtau lagi, dia selesai keluar pintu Hospital jantung tu jam 4pm.. Cuba lah kita bayangkan.. Punya lah lama berurusan di situ sebab apa? Mestilah sebab ramai sangat pesakit yang perlukan rawatan jantung.

Kerajaan Madani melalui KKM aku rasa dah cuba yang terbaik utk penuhi aspirasi kesihatan rakyat. Tp iya la, sakit bukanlah "dijemput".. Bila² pun boleh sakit. Istilah mencegah itu lebih baik daripada merawat aku rasa sangat baik utk mula diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat rakyat Malaysia. Sepatutnya penjagaan makanan dan aktiviti senaman boleh membantu mengurangkan risiko terima pelbagai penyakit. Aku ulang.. "mengurangkan risiko".. bukanlah jaminan 100%.. 😁😁setidak²nya bila rakyat tahu dan berusaha menjaga kesihatan diri melalui kawalan penjagaan makanan seharian dan melakukan aktiviti senaman secara berkala, mungkin akan dapat membantu mengurangkan kesesakan pesakit di hospital dan secara tak langsung, membantu diri sendiri kekal sihat dalam melakukan pelbagai aktiviti seharian.Dengan cara begini, dengan kadar 80-90% rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat, semestinya dapat mengurangkan risiko penyakit. 

Kadang² di zaman sekarang ni, aku tengok mcm² makanan dan minuman viral yang kelihatan mengiurkan selera kita macam desert² merecik, yang secara tak langsung gunakan bancuhan kadar gula yang tinggi dan campuran bahan² yang kurang berkhasiat utk badan dijual dimerata² tempat. Makanan dan minuman pelik² ala-ala hipster ni patutnya dihentikan supaya tidak memudaratkan badan kita. Contoh paling senang, dulu² kita beli pisang goreng biasa saja. Zaman sekarang, pisang goreng disalut & dikisar dengan cheese tabur kat atas pisang goreng.. memang la sedap tp paham² lah.. aku pun kadang² belasah jugak la, tp 2-3 bulan sekali pun payah. Pisang goreng tu sendiri pun sebenarnya dah terlalu banyak kolestrol bila digoreng dalam minyak yang banyak. Inikan pulak di add-on dengan cheese.. Itu lah antara penyebab risiko pelbagai penyakit jika amalan ini diteruskan. Teringin nak makan tu boleh, tapi bukanlah menjadi tabiat. Sekali sekala tak ada masalah utk menikmati makanan begitu. [Teringat pulak kat goreng pisang cheese 🀣🀣]. 

Berbalik pada asal rencana aku ni, faktor kesihatan diri perlu ditingkatkan penjagaannya jika pada masa depan, kita berhajat untuk kurangkan kesesakan "tetamu" yang hadir ke hospital² kerajaan mahupun hospital swasta.

Semoga sedikit sebanyak artikel ringkas dapat bantu memburu impian kita untuk jaga kesihatan diri dan keluarga. Insyaallah..

p/s: Artikel ringkas ini adalah pandangan peribadi penulis. 




Thursday, 8 June 2023

Keputusan SPM calon 2022

 08.06.2023 | Khamis

Insan hebat, my princess

Harini keluar keputusan SPM bagi calon² SPM2022.. Bila saat mcm ni, automatik rasa sebak terkenangkan kenangan ambik result SPM Dina tahun lepas. Orang lain mungkin byk kali boleh ambik result SPM anak, tp kami ni lah sekali 😁😁😁

Alhamdulillah.. berkat usaha yg gigih Dina.. siang malam pagi petang.. buku sentiasa menemani.. diadun dengan tahajjud dan mengaji Al-Quran setiap malam, menghasilkan keputusan cemerlang gemilang sebab aku sendiri masa sekolah dulu bukan kategori pelajar cemerlang.. Dina dapat 11A.. Straight A.. Bukan pencapaian yang mudah sebab 2 tahun on off sekolah akibat Covid19.. dan ditambah pulak Dina ambik aliran pure Sains + Agama.. dan hanya sekolah harian biasa walaupun pernah dipanggil oleh TKC by call masa Tahun 2016 dulu.. Syukur kepada Allah SWT kerana walaupun sebutir puteri yang kami ada, Allah hadirkan pakej luar biasa kepada Dina.. Terima kasih Allah..

Kepada calon² SPM 2022 yang ambik result tadi, TAHNIAH kepada yang cemerlang.. Tahniah jugak kepada yang kurang cemerlang.. Laluan perjalanan masih panjang.. Kepada yang cemerlang, anda mempunyai pelbagai laluan utk masa depan utk memilih Asasi, Matrikulasi, Kolej Mara, IPG atau mana² yang sesuai.. tak kurang jugak kepada yang kurang cemerlang, masih byk ruang TVET dan kemahiran yang disediakan oleh agensi kerajaan utk sambung belajar di peringkat sijil dan diploma.

All The Best semua !!!

Sunday, 4 June 2023

Cuti Khas Kpd Kumpulan Ini

 03.06.2023 | Sabtu


Selalu kita dengar, kerajaan melalui kementerian berkaitan terutamanya mengusulkan pelbagai kemudahan untuk wanita dan keluarga. Di antaranya dulu ialah kemudahan cuti bersalin dilanjutkan ke 90 hari dan lain² keistimewaan kepada penjawat awam atau kakitangan wanita. Jika diperhalusi lagi, cuti² khas ini diberikan kesinambungan pulak jika anak² dijangkiti penyakit berjangkit dimana ibu atau bapa akan diberikan cuti kuarantin khas selama 5 hari untuk setiap anak. 

Aku tidak langsung menafikan kebaikan kerajaan untuk menambahbaik keistimewaan kepada kakitangan awam yang terlibat terutama dalam urusan melahirkan anak dan jugak cuti² khas kuarantin anak sakit ini sebab memang secara langsung memberikan kebaikan kepada keluarga.

Tetapi, adakah pihak kerajaan lupa kepada dua golongan ini? Siapakah itu??

Mereka ialah kumpulan kakitangan awam yang tidak berkahwin sehingga lanjut usia dan satu kumpulan lagi ialah pasangan yang berkahwin tetapi tidak mempunya zuriat

Adalah tidak adil jika pihak kerajaan langsung tidak memandang kepada insan² ini yang juga patut sekali diberikan sedikit ganjaran kepada mereka. Ada juga sampai ke bersara masih tidak dianugerahkan zuriat oleh Allah SWT. Mereka ini bukan tak mahu anak, tapi sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui. Bila tiada anak, bermaksud TIADA CUTI BERSALIN 90 hari & TIADA LAH CUTI KUARANTIN anak tak sihat.

Kumpulan lagi 1 adalah kakitangan wanita yang bujang atau tidak berkahwin sehinggalah mereka lanjut usia. Mereka ini bukan tak mahu berkahwin, tp jodoh mungkin belum tiba. Kumpulan mereka ini TIADA CUTI BERKAHWIN + TIADA CUTI BERSALIN + TIADA CUTI KUARANTIN.

Jom kita buat kiraan kasar:

Cuti bersalin 90 hari x 3 org anak = 270 hari sepanjang perkhidmatan.. Cuti kuarantin tu tak perlu lah kira sebab bukan semua orang anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit. Namun jika ambik cuti kuarantin, sepanjang perkhidmatan mungkin akan ambil dalam 50 hari ambik lumpsum.. Jadi, total cuti bersalin + cuti kuarantin = 320 hari sepanjang perkhidmatan. Dari segi angka, memang kelihatan sanagt besar cuti yanh diperuntukkan itu.

Jadi, kadang² aku rasakan kerajaan perlu wujudkan atau ambik peduli sedikit supaya diberikan sedikit keistimewaan kepada kumpulan mereka ini dengan sesuatu yang mengubat hati mereka. Sebagai contoh, kerajaan boleh memberikan "Cuti Khas Gantian" kepada mereka yang tidak berkahwin dan mereka yang tidak mempunyai anak.

Cuti Khas ini diberikan secara bersasar lah. Kalau dah berkahwin 10 tahun dan tidak ada zuriat, tahun ke 11 perkahwinan, diberikan cuti tambahan 2 hari untuk pasangan tu pergi bercuti atau sebagainya. Kalau 20 tahun berkhidmat selepas 10 tahun berkahwin, barulah 40 hari jumlah cuti yang diberikan. Apalah sangat jika dibandingkan dengan keistimewaan kepada mereka yang dimurahkan rezeki dengan zuriat sejumlah 300 hari.

Cuti Khas ini jugak patut diberikan kepada kakitangan yang tak berkahwin [pegawai² kanan fikir lah term & conditon].

Nampak lebih adil kan? 

Aku harap idea dan pandangan aku ni dapat diperhalusi oleh pihak kerajaan supaya rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih adil dan saksama dibawah pentadbiran kerajaan yang sangat cemerlang

Wallahualam...

Mohd Anuar Saed

Nilai, Negeri Sembilan.



Wednesday, 31 May 2023

Cabaran calon SPM 2020, 2021 dan 2022 [sebab Covid19]

 31.05.2023 | Rabu

Aku menulis sempena musim keputusan SPM nak diumumkan minggu depan. Kenangan ambik keputusan SPM 2021 iaitu anak aku Nurul Nabilla Irdina salah sorang calon masih segar dalam ingatan kami as a parent.. Alhamdulillah Dina berjaya dapat straight A [11A] dalam aliran Sains Agama.

This is my lovely daughter.. 😍😍😍

Minggu depan 08.06.2023 hari yg berdebar bagi calon² SPM 2022 sebab akan terima keputusan SPM masing². Seperti biasa, aku sebagai parent juga dah melalui fasa debaran masa SPM 2021 tahun lepas sebab anak aku salah sorang calon SPM 2021. Bila dikenang²kan semula, bukanlah nak cakap cabaran calon SPM 2021 lebih dasyat sebab anak aku, tapi sebab jika dibandingkan calon² SPM 2020, SPM 2021 dan SPM 2022, ada perbezaan disitu disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Jom kita buat sedikit perbandingan supaya kita nampak hal ini bukan auta, tapi berdasarkan fakta.

Calon SPM 2020 [kelahiran 2003]
- Terlibat dengan PT3 [mudah agihan aliran ke Form 4]
- Bersekolah penuh ketika Tingkatan 4 [2019]✅️
- Bersekolah on off ketika Tingkatan 5 [2020]❌️
- Ambik SPM 2020 pada Mac 2021

Calon SPM 2021 [kelahiran 2004]
- Terlibat dengan PT3 [mudah agihan aliran ke Form 4]
- Bersekolah on off ketika Tingkatan 4 [2020]❌️
- Bersekolah on off ketika Tingkatan 5 [2021]❌️
- Ambik SPM 2021 pada Mac 2022

Calon SPM 2022 [kelahiran 2005]
- TIADA PT3 [sb masa 2020 Covid19 agak kronik]
- Bersekolah on off ketika Tingkatan 4 [2021]❌️
- Bersekolah penuh ketika Tingkatan 5 [2022]✅️
- Ambik SPM 2022 pada Mac 2023

Berdasarkan fakta πŸ‘†, bolehlah dilihat SPM batch mana yang sangat² struggle prepararation sebelum menduduki peperiksaan SPM. Semestinya batch 2004.

Sebagai throwback balik atau sejarah tercatat, batch 2004 ni lah yang bagi kejutan diseluruh negara sebab keputusan UPSR 2016 merosot kepada hanya 1% sahaja daripada 400,000+- calon UPSR ketika tu yang dapat 6A. Mereka ni 1st kohort yang menggunakan silibus baru dari KBSR ke KSSR. Alhamdulillah.. anak aku salah sorang yg termasuk dalam 1% tu.. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Jadi, semoga keputusan SPM 2022 tahun ni mencatatkan kecemerlangan berterusan kepada calon² nya serta depa ni dapat lah melanjutkan pengajian dimana² IPT yang ada di Malaysia atau luar negara. Jika keputusan SPM kurang cemerlang, jangan putus asa.. Byk ruang dan peluang utk meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran seperti di Kolej Profesional Mara [KPM], dan lain² agensi kerajaan yang banyak menyediakan peluang untuk sambung belajar.

Selamat maju jaya

p/s: Penulisan ikhlas penulis berdasarkan fakta dan pandangan peribadi.