Tuesday, 16 December 2025

Selepas 2 musim di Batang Benar

 1.Diam tak diam, sedar tak sedar, semakin hampir aku melabuhkan tirai persekolahan musim ke-2 di SK Batang Benar.. sekolah kampung yang tak rileks.. Banyak jugak benda yang aku pelajari disini sepanjang 2 musim di Kampung Batang Benar.. Ya lah.. kampung yang aku pernah aktif satu masa dulu walaupun bukan kampung sebenar. 😁😁

2.Memang kena imbas balik masa mula² masuk sini, perasaan tu Allah saja yang tahu. Macam post aku sebelum ni la.. Mintak tukar dan ditukarkan tu adalah dua benda yang berbeza. Aku pernah mintak tukar dari Selangor ke N9, takdak masalah.. Tapi bila "ditukarkan", perit brader.. Tapi, nama aku terselit utk "dijemput" keluar ke Batang Benar ni memang ada hikmahnya.. Kebetulan pula (walaupun sebenarnya tak ada istilah kebetulan 😁) masa 2024 dibuat "Program Hijrah" (bab nama sedap² konon ni serah kat depa) yg kononnya 15 tahun ke atas perlu hijrah (walaupun ramai yang lebih 15 tahun masih stay). Sekarang ni ada jugak hijrah ni cuma bukan berskala besar.

Ucapan akhir.. Kdg2 rasa mcm x perlu aku hadir masa ni 😊

3.Harini..aku boleh dikatakan ok la di SK Batang Benar.. kerja dalam suasana yang bagus.. kawan² yang bagus.. dan kepercayaan antara satu sama lain yang bagus.. ada kawan sek aku bgtau aku..

"Aku tak sangka kerja hang bagus, pengurusan hang bagus.. mulonya aku nampak hang ni macam hauk jer.." 😁😁😁

Memang harey sungguh kawan ni.. dia nampak aku hauk katanya.. Tp ya la.. Memang mcm hauk saja aku ni.. Buat kerja tak perlu angkat nama sendiri.. buat setakat mana yang mampu. Bagi aku, apapun, kepercayaan org tu penting.. Ya, penting.. tapi bila org percaya, kita pulak yang penat.. Tapi walaupun penat, dapat team yg bagus, tak ada masalah. Macam aku di SKDJ dulu la.. nak buat Graduasi di luar.. Dapat team yg bagus, bagus lah jadinya walaupun bukan benda yang mudah..

4.Tahun ni, sekali lagi ada yg nak libatkan aku jugak dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2025. Tak diangkat sebagai Penyelaras, tp dilantik sebagai Floor Manager. Masa HAC 2024, lantik aku sebagai penyelaras. Tapi ok la.. FM ka, penyelaras ka, asalkan boleh bekerjasama, no problem. Walaupun aku dah menolak, tapi nak jugak Cikgu Anuar bersama2 team.. Boleh la.. Aku bantu sikit mana2 yg boleh. 

4.Byk siren yg suruh aku apply lagi sekali sebagai pentadbir.. Tapi utk harini, memang aku tak mahu.. Berapa kali GB Semarak, usaha nak bawak aku naik GPK, tapi aku memang taknak.. Tak payah jadi boss la.. Mungkin hingga harini aturan hidup aku macam tu.. aku selesa dengan kerja harini. Aku selesa mengajar Maths sampai 6 kelas di sekolah.. sebab aku yg mintak nak ajar Maths saja.. boss aku OK.. Approve.. So, utk seketika, aku mmg lupakan utk apply jadi pentadbir. 

5.Betul.. bila berjawatan ni, org sekeliling sanjung kita sebab ada jawatan tinggi (wpun gaji lebih kurang).. Tapi itu bukan keperluan dalam hidup aku.. Mcm di taman aku dulu² la. Aku tak nak pegang jawatan Pengerusi KRT, Pengerusi Persatuan Penduduk dalam tempoh masa yang lama.. Sampai masa, undur la diri.. Tak perlu org sanjung kita dengan jawatan walaupun ada yg suka begitu. Tapi itu bukan aku. 😁😁

#mynameisanuar 

No comments: