Harini 31.12.2025.. hari terakhir kita di Tahun 2025. Terasa sekejap sangat berakhirnya 2025 ni.. macam² kisah suka, duka, sedih, pilu, gembira, hampa, teruja dan pelbagai mimik muka yang muncul. Harini juga post terakhir didalam ceritasaya2u.blogspot.my utk Tahun 2025.
Kehidupan dan keluarga
✅️Bila diimbas semula, pembukaan 2025 dengan penuh bergaya bila daftar kereta baru.. Proton X70 TGDI 1.5 Turbo yang dibeli tanpa ada apa² planning pun sama ada aku ataupun Mama Dina. Ada satu haritu dihujung Tahun 2024, pi beli bahan mentah di Pasaraya CS Bangi Lama. Ada salesman buat showroom Proton. Kebetulan ada X70. Aku try duduk. Memang rasa selesa dan berteknologi sangat. Diskaun RM9,000 mamat tu bagi. Biasa lah.. bila buat carian tambahan, ada salesman dari Bangsar yang sanggup bagi diskaun RM11,000 masa tu. Apa lagi, congak lo congak mai, terbeli lah Proton X70. Harini dah hampir setahun pakai. Memang berbaloi² la bagi aku. Terlalu sedap untuk aku ceritakan kat hangpa 😁😁😁. Terima kasih Allah diatas rezeki ini.
✅️MAKAN ANGIN: Sepanjang 2025 ni, aku rasa tahun yang paling banyak makan angin. Tahun ni dah ke:
●Johor Bahru
● Singapore
● Betong, Thailand
● Hat Yai, Thailand.
● Pulau Langkawi
● Cameron Highland tapi x bermalam
● Ulang alik Nilai - Tronoh ada 11x aku rasa
● Pulau Pinang 5-6 kali rasanya
Paling kerap balik ke Perak sebab dah ada rumah nak berehat.. dan ambik feel jauh dari bandar. Begitulah nikmatnya bila ada rumah singgah di Perak. Alhamdulillah.. Terima kasih rezeki dari Allah SWT 🤲.
✅️UPGRADE SIKIT² RUMAH PERAK.. Alhamdulillah.. sepanjang 2025 ni, ada lah aku dan Mama Dina buat sikit² yang termampu untuk rumah Tronoh. Antaranya:
● Beli dapur
● Buat kitchen kabinet
● Beli peti sejuk
● Beli mesin basuh dan penyidai baju
● Meja makan khas dari KL
● Set bilik tidur lengkap termasuk tilam
● Microwave
● Oven
Saban hari, semakin lengkap keperluan di rumah Tronoh. Kalau pindah, silap² bawak kain baju saja.. Tiada lagi keraguan rezeki Allah SWT.. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.
✅️Banyak yang Allah berikan kepada kami sekeluarga.. Bila bercakap hal kesihatan, aku dan Mama Dina sentiasa mendoakan dikurniakan kesihatan yang baik² dan sempurna. Tahun 2025 ni, ada sedikit yang kurang sedap didengar tapi kami terus mengharapkan semuanya baik² sahaja. Aku mohon bantuan anda (pembaca post ni), doakan lah daripada Allah SWT supaya kami sekeluarga sihat tubuh badan bagi mengerjakan amal ibadah dan diberikan kehidupan yang baik² sahaja.
✅️Tahun 2025 juga menyaksikan puteri kami utk bakal menghabiskan baki pengajiannya di IPGM lebih kurang 18 bulan lagi ataupun 1 tahun 6 bulan. Tahun 2026 setahun penuh di IPGM dan baki 6 bulan seterusnya untuk praktikum 2.0 dan intern sebelum tamat pengajian ijazah perguruannya. Sebagai ibubapa yang dikurniakan anak tunggal semestinya berdoa dan mengharapkan penempatan di kawasan yang sesuai untuknya. Amin³ yra..
✅️KEBAJIKAN - Alhamdulillah.. tahun 2025 banyak jugak infak, sedekah dan wakaf yang dah dilaksanakan mengikut kemampuan.
Banyak lagi kalau nak diceritakan. Alhamdulillah.. semoga Tahun 2026 lebih baik dari Tahun 2025. Insyaallah.
#mynameisanuar
#mystory



No comments:
Post a Comment