1.Diam tak diam, sedar tak sedar, esok Jumaat last day persekolahan musim ke-2 aku di SK Batang Benar.. sekolah kampung yang tak rileks.. Banyak jugak benda yang aku belajao kat sini sepanjang 2 musim di Kampung Batang Benar.. Ya lah.. Semakin serasi dan ok2 saja.. Sekolah kampung yang bandar 😁😁. Ada sungai, ada pokok rambutan, ada pokok durian, ada port minum tepi sungai, keretapi lalu dan dekat dengan rumah.
![]() |
| Kwn2 yg hebat 👍👍 |
2.Rasa mcm baru ja kena perambat (redep) ke SKBB ni. Sakit redep ni makan berbulan nak hilang. Memang kena imbas balik lepas kena redep, mula² masuk sini, perasaan tu Allah saja yang tahu. Macam post aku sebelum ni la, bertukar & ditukarkan lain maksudnya. Cuma kena ada kekuatan dalam dan sokongan dari keluarga. Terima kasih byk buat wife dan anak aku yg byk semangat waktu tu. Kebetulan pula (walaupun sebenarnya tak ada istilah kebetulan 😁) masa 2024 dibuat "Program Hijrah" (bab nama sedap² konon ni serah kat depa) yg kononnya 15 tahun ke atas perlu hijrah (walaupun ramai yang lebih 15 tahun masih stay). Sekarang ni ada jugak hijrah ni cuma bukan berskala besar. By the way, aturan Allah itu ada sebabnya dan memang elok dah aku rasa. Memang patutnya Julai 2023 aku dah keluar dari DJ masa dpt tawaran GPK, bila menolak, Feb 2024, aturannya kena keluar jugak.. Padan muka 😁😁😁.
![]() |
| Rasanya mcm tak perlu aku dtg masa ni.. |
3.Harini..aku boleh dikatakan semakin baik lah di SK Batang Benar.. kerja dalam suasana yang bagus.. kawan² yang bagus.. dan kepercayaan antara satu sama lain yang bagus.. Buat setakat mana yang mampu. Bagi aku, apapun, kepercayaan org tu penting.. Ya, penting.. tapi bila org percaya, kita pulak yang penat.. Walaupun penat, dapat team yg bagus, tak ada masalah. Macam aku di SKDJ dulu la.. nak buat Graduasi di luar.. Dapat team yg bagus, bagus lah jadinya walaupun bukan benda yang mudah..
4.Tahun ni, sekali lagi ada yg nak libatkan aku jugak dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2025. Tak diangkat sebagai Penyelaras, tp dilantik sebagai Floor Manager. Masa HAC 2024, lantik aku sebagai penyelaras. Tapi ok la.. FM ka, penyelaras ka, asalkan boleh bekerjasama, no problem. Walaupun aku dah menolak, tapi nak jugak Cikgu Anuar bersama2 team.. Boleh la.. Aku bantu sikit mana2 yg boleh.
5.Sampai harini, masih ada yg suruh aku apply lagi sekali sebagai pentadbir.. Tapi, memang aku dah tak mahu rasanya.. Beberapa kali jugak sorang GB ni, usaha nak bawak aku naik GPK, tapi aku memang taknak.. Tak payah jadi boss la.. Mungkin hingga harini aturan hidup aku macam tu.. aku selesa dengan kerja harini. Aku selesa mengajar Maths sampai 6 kelas di sekolah.. sebab aku yg mintak nak ajar Maths saja.. So, utk seketika, aku mmg lupakan utk apply jadi pentadbir.. In future, taktau la..
6.Betul.. bila berjawatan ni, org sekeliling sanjung kita sebab ada berjawatan tinggi (wpun gaji lebih kurang).. Tapi itu bukan keperluan dalam hidup aku.. Mcm dulu aku dalam komuniti taman.. Aku tak nak pegang jawatan Pengerusi KRT, Pengerusi Persatuan Penduduk dalam tempoh masa yang lama.. Sampai masa, undur la diri.. Bagi peluang utk org lain.. Tak perlu org sanjung kita dengan jawatan walaupun ada yg suka begitu. Tapi itu bukan aku. 😁😁
7.By the way, esok last day sekolah tp aku ada urusan di hospital. Semoga yang baik2 untuk kami sekeluarga.
Selamat bercuti kepada anda2 yg bergelar guru. Yang bukan guru, ambik ler cuti. Pi holiday. Mcm mem aku yg ambik cuti 5-6 hari utk balik rumah Perak. Rileks2 kat sana..
#mynameisanuar
#mystory





















































