Friday, 1 March 2024

01 Mac 2024: Suatu Permulaan Singkat

 01.03.2024 | Jumaat

Salam Jumaat penghulu segala hari. 

Harini secara rasminya aku bertugas di SK Batang Benar, Nilai, NSDK. Sekolah yang jaraknya hanya 2.7km dari rumah aku. Aku bukan mohon berpindah ke sini tetapi dipindahkan kerana berkhidmat di sekolah lama melebihi 15 tahun, walaupun ketika sibuk² hal hantar nama ni, perkhidmatan aku masih belum pun cukup 15 tahun. Prog perpindahan besar²an oleh JPNS dengan istilah mulia "Hijrah".😁😁

Secara takdirnya, aku terima diatas anugerah Allah yang menukarkan lokasi pekerjaan aku ini. Mungkin inilah yang terbaik aturan Allah utk aku ketika ini. Namun, rupa²nya bukan semua guru yang 15 tahun ke atas ditukarkan. Sepatutnya ikutlah priority yg lebih lama didahulukan. Lebih cantik.

Namun, apa yang aku nampak, mungkin aku ni "insan terpilih" kot dimana secara teknikalnya, aku belum cukup 15 tahun atau 12.01.2024 tempoh hari baru cukup 15 tahun. Sepatutnya utamakan yang lebih lama berkhidmat dahulu. Ikut susunan kan lebih nampak matang dan berintegriti.

Dalam dunia ni, bila kita berjawatan, dan boleh membuat keputusan, biarlah keputusan itu dibuat dalam bentuk lebih adil dan telus supaya kehidupan lebih bermakna dan sempurna.

Kadang² pelik la jugak dunia ni.. Orang yang selalu x datang kerja, m.c berbulan², beri masalah kepada rakan sejawat, tapi boleh disimpan dengan pelbagai alasan. Tapi tak apalah.. simpanlah sebagai liabiliti tu.

Rumah kami di Perak

Walaubagaimanapun, aku dah melapor diri di sekolah baru aku. Alhamdulillah.. dapat berjumpa ketua jabatan dan kelihatan sangat positif. Semangat aku tetap ada sebab aku menganggap ini adalah.... 

"Satu Permulaan Yang Singkat" 

kerana mengharapkan kurniaan Allah SWT supaya dapat bertukar ke Negeri Perak dalam masa 3 ~ 4 tahun akan datang. 15 tahun boleh tunggu, takkan 3 ~ 4 tahun tak boleh tunggu. Mudah²an insyaallah.. 

Wallahualam

#mystory

No comments: