Thursday 29 February 2024

Hidup Di Perantauan

 29.02.2024 | Khamis | 9.35am

Sambil² aku tunggu AEON Nilai ni bukak

Harini hari ke-29 utk bulan Februari yang akan hadir 4 tahun sekali di tahun lompat. Benda yang selalu aku ingatkan budak² bila masuk topik Masa dan Waktu. 😁😁 .. Bila usia dah jejak separuh perjalanan antara 40an ke 50an, semakin sayu memikirkan perjalanan usia.

Bila tgk group wasap kawan² maktab yang dah berkhidmat di kawasan asal, rasa seronok tengok depa.. Dapatlah duduk dekat dengan mak ayah. Nasib kita semua berbeza². 

Tahun 2001, tamat diploma perguruan di Maktab Penang, batch kami semua posting ke seluruh negara. Tapi lokasi paling ramai dipostingkan di Klang Valley la iaitu Selangor dan KL. Masa tu seingat aku opsyen English majoriti ke Terengganu. Aku opsyen Matematik memang ramai ditempatkan di KL Selangor termasuk aku yang posting di SK Puchong Jaya bermula Jun 2001. Harini dah Tahun 2024.. Sedar tak sedar dah 23 tahun aku berada di perantauan. Sebelum bermaustatin di Nilai, Negeri Sembilan ni, 6 tahun aku menyewa di Sri Petaling, KL. Begitulah cepatnya perjalanan hidup kita.



Bercerita ttg nasib baik bekerja, berkediaman dekat rumah mak ayah.. Ada kenalan aku yang habis belajar degree pendidikan terus dapat posting negeri kelahiran.. bukan saja posting negeri kelahiran tapi jarak sekolah dengan rumah mak ayah hanya 5 minit. Seronoknya mcm tu kan.. Maksudnya dari muda sampai bersaralah duduk sekolah area rumah parent..

Sebab tu aku kata, nasib kita berbeza².. Wallahualam

#ceritasaya

No comments: