Wednesday 28 February 2024

Lepakcation rumah sendiri @ Tronoh, Perak

 24 ~ 27 Februari 2024 


1. La ni sejak anak dah keluaw belajaq, aku jarang² dah pi makan angin.. Tambahan pulak bila rumah di Perak dah boleh bermalam sambil² slow² masuk brg sikit sebelum soft landing ke sini dengan izin Allah SWT [belum ada tahun yang sesuai nak pindah masuk πŸ˜…πŸ˜… tapi kalau boleh, hujung tahun ni nak pindah mai sini 🀣🀣🀣]. Last pi makan angin Feb 2023 pi Langkawi & Okt 2023 pi Cameron Highland.. selain daripada tu, bila tinggai berdua, makan angin di Seri Iskandar saja ler.. 😁🀣😁🀣😁 

2. Smlm 4H3M aku di Seri Iskandar. Patut la rakyat yang susah hidup di bandar, balik ke kampung kerja² kampung. Kalau nak ckp soal makan, apa yg aku rasa disini la, memang amat² dasyat.. makan kedai murah sangat. Contoh: Nasi putih 2, ikan nyok² masak kari 1 ketui [bahagian ekoq], tolo masin 1/2, daging masak hitam, begedil, sayur, air sirap 1, air kosong 1 = RM15.. Normally di bandar dgg + ikan kari saja pun mau RM15. Pandangan aku, memang murah la.. lagi satu, rasa ikan, udang memang segar dan fresh [segar & fresh tu sama la maksud]. Agaknya supplier mai dari Pantai Remis kot.. 

3. Ketenangan.. hari bekerja Isnin dan Selasa, lebuhraya Ipoh - Lumut, kedua² arah ke Lumut & ke Ipoh, banyak jugak la kenderaan dlm jam 7.40am masa aku pi cari breakfast tp aku still rasa tenang tak kalut, x serabut.. aku rasa la.. kat Tronoh / Seri Iskandar ni antara bandar mesra pencen πŸ˜…πŸ˜πŸ˜…πŸ˜. 

4. Sepanjang di S.I minggu ni, dapat la aku siapkan pasang zebra curtain yg x complete.. Dan D.I.Y tanam rumput carpet Japanese dalam saiz 8 x 8 ft lebih kurang walaupun kawan² advise susah nak jaga, tp aku teringin nak tanam jugak sb rumah la ni xdak tanah. Hihihi.. Ada rezeki, hidup.. takdak rezeki, kita kasi tukaw.. 😁😁 Penat jugak la nak proses nya wpun cuma 8x8.. kalau nak buat seluruh kawasan, aku rasa 1 tahun baru siap.. kalau x mau penat, upah saja tp x merasa cara tanam rumput la kan. Selain tu, settle mesin rumput seluruh kawasan. Bermodalkan beli mesin rumput RM80, dah byk kali dah aku mesin rumput sendiri. Kalau tak upah org RM100 sekali mesin. Jiiiimat!! πŸ˜πŸ˜πŸ˜… 



5. Selesai percutian "Rahmah" di rumah sendiri di Perak. Lepas ni, ghaya pulak la kot baru balik sini. 

#mystory

No comments: