Wednesday 3 January 2024

Terkena Jugak Virus Covid 19 Kali ke-2

 02.01.2024 | Selasa

Tahun 2024 aku dimulakan dengan kisah yang kurang manis bila mana aku kurang sihat. Balik dari bercuti selama 5 hari 4 malam, masih OK.. Malahan pada 01.01.2024 masih bertenaga boleh briskwalking lagi petang tahun baru 2024. Tapi menjelang malam, mula rasa sakit tekak yang amat³ dasyat dan tiba² badan rasa tak sedap..


Pagi esoknya, memang badan rasa tak bertenaga nak pergi kerja walaupun 02.01 tu hari pertama sepatutnya bekerja tapi apakan daya kita.. tak mampu nak bekerja, eloklah ke klinik dapatkan rawatan. Aku decide ke Poliklinik Dr.Azhar di Mantin. Doktor sahkan memang aku demam, sakit tekak dan selesema. Doktor maklumkan cuba buat covid test di rumah. Sebelum balik, doc bagi m.c 2 hari untuk aku berehat kalau result aku -ve covid19.

Sebaik sampai dirumah, tanpa lengahkan masa, terus aku buat test dirumah. Cubaan pertama, memang naik 2 line.. Rasa mcm x percaya.. Mem aku bgtau byk kahak utk cubaan pertama. Jadi, aku try lagi sekali.. Cubaan ke-2 sama jugak. Naik 2 line. Maka, dengan rasminya aku dijangkiti kuman Covid19. Cuma yang pertama aku mohon pada Allah SWT.. "Jauhilah kuman Covid19 ni daripada terkena kepada isteri dan anak aku, dan Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka.." - amin³ yra...

Terima kasih yang tak terhingga utk isteri kesayangan aku sebab sanggup ambik cuti selama 3 hari utk uruskan makan minum dan jaga kesihatan aku walaupun ambik risiko yang tinggi. Aku bercerita tentang mem aku [bini hgpa aku taktau la] yang selalu utamakan hal² kesihatan anak dan suami. Sanggup ketepikan urusan kerja untuk jaga kebajikan kesihatan suami dan anak nyer.. 😁😁😘😍.. Semoga isteri aku terus diberikan kesihatan yang sejahtera.


Masa hari pertama aku kena, mem aku drive sendiri ke tempat kerja walaupun diluar jangkaan. Tapi sekarang ni alhamdulillah semakin senang pergerakan sebab anak aku pun dah ada lesen memandu. Kalau ada berlaku kecemasan, selain mem aku boleh memandu, anak aku pun dah jauh dia memandu sampai ke Seri Iskandar. Alhamdulillah..

Kesimpulannya.. jika kita sakit, kita tak sihat.. tiada siapa yang akan pedulikan kita selain keluarga kita sendiri. Jika ada kawan² yg prihatin, sampailah kiriman doa "semoga cepat sembuh.." melalui whatsapp.. begitu juga dengan majikan kita.. bila kita maklumkan keadaan kesihatan kita, jika dapat majikan yang bagus, dapat lah sedikit kekuatan dan sokongan jika dibalas mesej kita dengan.. "Semoga dipermudahkan urusan kesihatan..".. "Semoga cepat baik dan sembuh".. "Berehatlah dulu..." Ok jugak kan? Macam boss No.1 aku, ada juga reply ucapan yang manis.. Boss hangpa mcm mana? 😁😁

So, itulah faktor aku berikan fokus utama kepada keluarga aku jika dibandingkan dengan kerjaya atau sekeliling aku sebab keluargalah yang memahami keadaan kita dan keluargalah yang akan ada dikala kita susah dan senang.

Harini hari ke-2 aku cuti kuarantin dirumah. Kalau sampai Jumaat, aku ada 2 hari lagi utk cuti kuarantin selain Sabtu Ahad cuti hujung minggu. Insyaallah.. aku harap boleh mula bertugas pada hari Isnin 08.01.2024 minggu depan sebab minggu tu aku terpaksa handle high volume event di Bukit Merah Resort.

Semoga Allah SWT memudahkan semua urusan seharian kita. Insyaallah.

No comments: