Tuesday 16 August 2022

Part 1: Coretan Daftar IPG KL

 15.08.2022 | Selasa (Part 1) 

Dari kaca mata seorang ayah dan seorang warga pendidik serta orang awam.

Harini hari ke-15 Dina stay kat IPG.. Dan harini baru lah sempat aku nak menulis sedikit coretan ttg permulaan Dina masuk ke IPG hinggalah hari ini hari ke-15.. Coretan aku ni sikit sebanyak satu hari nanti, bila aku dah warga emas, boleh lah terimbas balik kenangan 2022 ni 🀭🀭🀭


Apa mcm?

Selama 18 tahun aku dan mama Dina bagi "protection" mcm screen protector la kan supaya elok dan dilindungi sepanjang masa. Tp bila dah tamat sekolah, mau tak mau kena lah lepaskan jugak walaupun hati aku as a papadom dan mama Dina berat sangat nak lepaskan. Dina lagi la.. seminggu sebelum tarikh 01.08.2022, dah nampak mcm susah hati saja sebab nak mulakan chapter baru dalam hidup dia. Sebenarnya, bukan chapter baru tu hidup Dina saja, malah termasuk kehidupan aku dan mama Dina auto akan berubah sebab hanya Dina saja lah anugerah Allah SWT untuk kami.

Hari pendaftaran ok saja. Semuanya berjalan lancar. Daripada 96 org pelajar baru yang patut mendaftar, kalau tak silap aku cuma dimaklumkan hanya 70 org saja yg hadir daftarkan diri. Mungkin bakinya tu ada pilihan lain yang lebih diminati. Lepas pendaftaran, terus ke Kolej Kediaman yg dah didaftarkan. Dina dapat Kolej Kediaman di Blok 9. Untuk pengetahuan, seperti biasa lah.. Blok Kolej Kediaman ni dah lama. Dikhabarkan Blok 8 & Blok 9 tu kategori baharu, tp aku sendiri x nampak mcm mana kategori baru tu sb lif pun x boleh digunakan khabarnya juga makan tahun. Its OK. Parent memang x dibenarkan masuk ke rumah pelajar. Maksudnya semua barangan yang dibawa pelajar depa kena bawak naik sendiri. Its OK. Biasalah tu.. Pelajar baru.. Ada juga JPP yang membantu dan sebaliknya. 6x jugak lah Dina naik turun naik turun ke tingkat 2. Nampak sangat keberdikarinya anak aku yang sorang ni walaupun sebelum ni tak la agresif mcm tu. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.. Keadaan bilik yang Dina dapat, sebenarnya agak menyedihkan lepas Dina send gambar. Bilik sempit diletakkan 4 katil rapat² agak tak selesa. Tapi, aku paham sebab aku pun keluaran maktab perguruan, tp bilik aku dulu xlah sesempit mcm tu punya bilik. Nak study sendirian didalam bilik pun x selesa. Kalau matlamat nak kekang Covid-19, maka, ianya sangat lah tidak praktikal. Namun, aku rasa bangga jugak dengan anak aku sebab dia x rasa susah pun dengan bilik kediaman dia tu. Dia terima dengan hati yg redha. Aku yang bapak nya ni pulak rasa sedih. Tp Its OK ja. Kita faham bagaimana keadaan bangunan kerajaan yang dah berpuluh tahun binaannya.

Viewing dari balkoni rumah Dina

Saat kita berpisah (mcm lagu IKLIM 🀭)

Sebaik lepas selesai angkat semua barang ke bilik dia, depa terus kena pi surau utk program seterusnya yang diuruskan oleh JHEP dan JPP.. maka, berpisahlah buat sementara antara aku, mama Dina dan Dina.. Dina ni x pernah masuk asrama walaupun ada peluang ke TKC masa Form 1 dulu.. Ni kiranya 1st time Dina akan melalui kehidupan baharu dengan cara tersendiri. Kami memang takdak nak peluk cium beriya² menangis walaupun Dina tu anak sorang kami dan pertama kali dia meninggalkan rumah. Just, salam cium tangan peluk sikit, Dina terus kata, bye² mama abah.. dan teruih pi mcm tu saja. Aku paham sgt. Dina mmg x boleh lama² peluk cium bagai sb nanti dia akan sedih sangat. So, kami pun bye² kan saja sambil berdoa kepada Allah SWT supaya terus memberikan perlindungan kepada puteri kami yang sorang ni.


Minggu Orientasi

Secara jujurnya, aku paling menyampah dan meluat dengan istilah "Minggu Orientasi". Sejak aku sekolah menengah dulu.. Aku rasa, patut ada pihak yg tukar la nama tu kepada nama yang lebih komersial. Contohnya, KANTIN.. Zaman dulu iya la.. zaman la ni tukar lah ke BISTRO ka.. CAFE ka.. lebih moden dan sesuai serta millenium. Ok. Stop.

Dina terus dengan minggu orientasi. Memang agak padat. Aku sangka, musim² endemik Covid19 ni, tak lah begitu padat jadual nya. Sampai jam 12am-1am jugak la baru tamat setiap hari. Aku dok perati tempat² lain macam Matrikulasi / Uni x pack sangat. Byk jugak yang program yang campur².. online separuh, bersemuka separuh. Its OK. Terpulang la pada pengurusan.. maybe ada sebab la kot jadual orientasi penuh. Merapatkan ukhwah maybe salah satu objektif asas untuk mana² minggu orientasi yang dijalankan.

Alhamdulillah.. sampai Sabtu (6 hari), Dina dan batch PPISMP 2022 berjaya selesaikan minggu orientasi walaupun dikhabarkan ada dikalangan pelajar yang demam dan sebagainya. Untuk pengetahuan, dalam pertengahan minggu orientasi ni, aku ada ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) berjumpa dengan Ketua Jabatan HEP. Untuk apa aku jumpa?

Nantikan next episode

Kalau org yang sayang anak, cornfirm dia rasa rindu sangat dengan anaknya tambahan pulak macam aku yang tak ada anak lain untuk difikirkan kisah hidup depa.. 15 hari direct Dina dah pandai berdikari tidur malam bertemankan cahaya Stadium Hoki Kuala Lumpur dan Menara TM Avengers. 😁😁😁😁Yang penting, dah 2 minggu kuliah, Dina nampak happy dan kelihatan bertambah serasi dengan kawan² serumah. Semoga berkekalan kebahagian depa..

Harap minggu ni pihak sepatutnya benarkan aktiviti outing / bermalam supaya dapat 'cucikan' mental pelajar yang dah masuk hari ke-19 pada hari Jumaat ini tidak dibenarkan keluar dari Kolej Kediaman.

Anyway, thanks utk semua team pengurusan JHEP dan JPP yang berjaya memberikan jalan serta panduan kepada pelajar baharu utk melalui fasa baru kehidupan mereka sepanjang 5 tahun pengajian di IPG.


No comments: