Wednesday, 3 January 2024

Terkena Jugak Virus Covid 19 Kali ke-2

 02.01.2024 | Selasa

Tahun 2024 aku dimulakan dengan kisah yang kurang manis bila mana aku kurang sihat. Balik dari bercuti selama 5 hari 4 malam, masih OK.. Malahan pada 01.01.2024 masih bertenaga boleh briskwalking lagi petang tahun baru 2024. Tapi menjelang malam, mula rasa sakit tekak yang amat³ dasyat dan tiba² badan rasa tak sedap..


Pagi esoknya, memang badan rasa tak bertenaga nak pergi kerja walaupun 02.01 tu hari pertama sepatutnya bekerja tapi apakan daya kita.. tak mampu nak bekerja, eloklah ke klinik dapatkan rawatan. Aku decide ke Poliklinik Dr.Azhar di Mantin. Doktor sahkan memang aku demam, sakit tekak dan selesema. Doktor maklumkan cuba buat covid test di rumah. Sebelum balik, doc bagi m.c 2 hari untuk aku berehat kalau result aku -ve covid19.

Sebaik sampai dirumah, tanpa lengahkan masa, terus aku buat test dirumah. Cubaan pertama, memang naik 2 line.. Rasa mcm x percaya.. Mem aku bgtau byk kahak utk cubaan pertama. Jadi, aku try lagi sekali.. Cubaan ke-2 sama jugak. Naik 2 line. Maka, dengan rasminya aku dijangkiti kuman Covid19. Cuma yang pertama aku mohon pada Allah SWT.. "Jauhilah kuman Covid19 ni daripada terkena kepada isteri dan anak aku, dan Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka.." - amin³ yra...

Terima kasih yang tak terhingga utk isteri kesayangan aku sebab sanggup ambik cuti selama 3 hari utk uruskan makan minum dan jaga kesihatan aku walaupun ambik risiko yang tinggi. Aku bercerita tentang mem aku [bini hgpa aku taktau la] yang selalu utamakan hal² kesihatan anak dan suami. Sanggup ketepikan urusan kerja untuk jaga kebajikan kesihatan suami dan anak nyer.. 😁😁😘😍.. Semoga isteri aku terus diberikan kesihatan yang sejahtera.


Masa hari pertama aku kena, mem aku drive sendiri ke tempat kerja walaupun diluar jangkaan. Tapi sekarang ni alhamdulillah semakin senang pergerakan sebab anak aku pun dah ada lesen memandu. Kalau ada berlaku kecemasan, selain mem aku boleh memandu, anak aku pun dah jauh dia memandu sampai ke Seri Iskandar. Alhamdulillah..

Kesimpulannya.. jika kita sakit, kita tak sihat.. tiada siapa yang akan pedulikan kita selain keluarga kita sendiri. Jika ada kawan² yg prihatin, sampailah kiriman doa "semoga cepat sembuh.." melalui whatsapp.. begitu juga dengan majikan kita.. bila kita maklumkan keadaan kesihatan kita, jika dapat majikan yang bagus, dapat lah sedikit kekuatan dan sokongan jika dibalas mesej kita dengan.. "Semoga dipermudahkan urusan kesihatan..".. "Semoga cepat baik dan sembuh".. "Berehatlah dulu..." Ok jugak kan? Macam boss No.1 aku, ada juga reply ucapan yang manis.. Boss hangpa mcm mana? 😁😁

So, itulah faktor aku berikan fokus utama kepada keluarga aku jika dibandingkan dengan kerjaya atau sekeliling aku sebab keluargalah yang memahami keadaan kita dan keluargalah yang akan ada dikala kita susah dan senang.

Harini hari ke-2 aku cuti kuarantin dirumah. Kalau sampai Jumaat, aku ada 2 hari lagi utk cuti kuarantin selain Sabtu Ahad cuti hujung minggu. Insyaallah.. aku harap boleh mula bertugas pada hari Isnin 08.01.2024 minggu depan sebab minggu tu aku terpaksa handle high volume event di Bukit Merah Resort.

Semoga Allah SWT memudahkan semua urusan seharian kita. Insyaallah.

Monday, 1 January 2024

Bayar Zakat Simpanan

 31.12.2023 | Ahad | 08.35pm


Balik dari Seri Iskandar Sabtu smlm.. memang dah tau biasanya Pusat Zakat N.Sembilan akan bukak sampai malam utk tarikh 31.12.2023 sb nak bagi kesempatan kepada pembayar zakat nikmati rebat cukai.

Lepas solat Maghrib, aku dan mem aku pantas siap² nak ke Pusat Zakat NS di Nilai. Takut ramai orang dan takut tak sempat. Aku bgtau mem aku, mau nya beratur sampai luar pejabat zakat ni sb last day utk 2023. Rupanya jangkaan aku meleset. Bila sampai PZNS, hanya ada 1 pengawal keselamatan + 1 pegawai zakat [anak murid sendiri pulak tu 😁😁😁]. Aku membayangkan at least ada la 10 org yg ambik no.giliran nak bayar zakat pendapatan ka, simpanan ka atau apa² zakat la sebab itulah kewajipan kita sebagai umat Islam dan menunaikan zakat di Rukun Islam yang ke-4.

Mungkin ramai yang menggunakan kaedah pembayaran secara atas talian. Tapi bayar zakat direct di kaunter ni lain rasanya.. Lain perasaan nya.. Cuba lah kepada yang belum.

Maka, selesailah urusan pembayaran zakat simpanan sebab zakat pendapatan memang dah dibuat melalui potongan gaji setiap bulan. Alhamdulillah.. semoga bermanfaat kepada yang memerlukan di Negeri Sembilan.

Wallahualam.. 

Sunday, 24 December 2023

Jangan Lupa Tunaikan Kewajipan Berzakat

 23.12.2023 | Sabtu

Menunaikan zakat merupakan Rukun Islam yang ke-3 dan adalah wajib ditunaikan.. dalam kita memboikot produk rejim Zionis / Israel / US, jangan lupa ya bayar zakat terutamanya zakat pendapatan.

Bayar zakat itu adalah kewajipan kita.. Jangan profile picture sungguh² support Palestine padahal kewajipan Rukun Islam pun kita tak tunaikan. Aku menulis begini sebab realitinya berlaku didepan mata sendiri.

Berkereta mewah.. kehidupan mewah.. selesa tapi tidak membayar zakat pendapatan dengan alasan tiap² bulan tak pernah cukup macam mana nak bayar zakat.

Situasi ni anda perlu rujuk agamawan supaya tidak tersesat jalan.

So, akhir kalam.. kita terus istiqomah boikot produk yg support Israel tp dalam masa yang sama, jangan lupa yg lebih utama tunaikan kewajipan berzakat dahulu.

Wallahualam..

Tuesday, 19 December 2023

Rumah Apartment Untuk Dijual di Nilai, N.Sembilan

 19.12.2023 | Selasa

Harini just nak update rumah apartment aku yang memang nak dijual.. 

Lokasi: Apartment Taman Bukit Inai, Nilai

Level: Tingkat 1

Keluasan : 798 sqft [3 bilik, 2 bilik air]

Harga jual: RM230,000

[Pinjaman & peguam boleh diuruskan]

Tingkat 1

Terus terang aku katakan, lokasi apartment ni memang sangat² strategik kerana semua lokasi 👇👇 dalam radius 500m [1-2 minit]:

✔️ Sekolah rendah 

✔️ Tadika Kemas

✔️ Masjid Batang Benar

✔️ Dewan Orang Ramai

✔️ Petronas

✔️ MR.DIY

✔️ 99 Speedmart

✔️ Kedai makan yang macam²

✔️ 7-11

✔️ KFC

✔️ Klinik Rawatan Biasa & Pergigian

✔️ Richi Amor

✔️ Dobi Layan Diri

✔️ Toll LEKAS [ke KL & Seremban]

Dan macam² lagi kelebihan.. 


Berminat? Hubungi aku ditalian 0122344294

Wednesday, 29 November 2023

Rutin Medical Check-up

 28.11.2023 | Selasa

Kembali bertemu.. Temujanji dengan Dr.Chew di Hospital Pengajar UPM [ HPUPM ] ataupun sekarang dikenali sebagai Hospital Sultan Abdul Aziz Shah.

Harini jumpa Dr.Chew kali ke berapa dah x ingat. Minggu lepas pi ambik darah. So, hasil ujian darah bawak ke harini utk didiagnose doc. Aku dgn mem aku memang setkan date yang sama dan jumpa doc yg sama. Utk info, aku dan mem memang rutin 1 tahun 2x akan jumpa Dr.Chew.. Thanks Dr.Chew sebab pilih kami as a patient..


Kali ni doc buat full medical check-up.. utk result kali ni:

👉 Glukose [OK]

👉 Kolestrol [OK]

👉 Liver [OK]

👉 Buah pinggang [OK]

👉 Asid Urik [OK]

👉 BMI [Hancurrrrr], tp mmg sejak kecik dah hancur.. hahaha

Alhamdulillah.. setakat harini masih dijauhkan penyakit² yg biasa² / menggerunkan.. Akan datang, wallahualam.. 

Dr.Chew pun ada bg beberapa suggestion utk aku follow supaya dapat reduce berat badan aku, aku mengiyakan saja.. 2 benda utama, cut sugar + kurangkan nasi bykkan makan sayur [lemah betoi bab ni.. lembut lutut kalau nasi kurang makan].. Takpa.. aku akan cuba jugak utk buktikan pada appoinment bulan Mei nanti.. Insyaallah..

Utk mem aku.. dia x bagi tulis sebenawnya.. tp aku tulis jugak la sikit..😁😁... masih kekurangan darah seperti yang sepatutnya bagi org pompuan.. dapatlah ubat baru dose berbeza, saiz gundu punya..

Sebagai meraikan kejayaan laporan perubatan yang bagus, balik hospital, kona kat Kajang pi pekena Sate Kajang Haji Samuri di Stadium Kajang.. 😁😁😁



Tuesday, 21 November 2023

Eksplorasi SK Desa Jasmin ~ Gua Tempurung Siri 6.0

 18.11.2023 | Sabtu

Unit Lawatan & Rekreasi SKDJ berjaya buat kali ke-6 membawa pelajar Tahun 5 SKDJ meneroka eksplorasi alam di Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak. 

Anda boleh 👉👉👉 Klik SINI untuk video menarik sepanjang ekspedisi

Tahniah kepada Ustaz Izwan & Cikgu Muzammil as a organizer, serta krew² SKDJ [guru pengiring] dan semestinya tak dilupakan peserta² murid Tahun 5 SKDJ yang ohsem.

Hebat² belaker semuanya..


Tuesday, 14 November 2023

Malam Pertama di Uniparkland Residence

 11.11.2023 | Sabtu


01. Harini dari Nilai terus ke Tronoh berdepan dengan jem sebab cuti perayaan Deepavali.. disebabkan jalan jem highway atau jalan bawah, Google Map cadang ikut Felda Gunung Besout.. Aku pun follow lah ikut jalan hala ke Teluk Intan tapi tak la sampai pekan Teluk Intan. Kalau x silap aku, ikut Langkap.. Tp tak pulak lalu Kg Gajah.. potong kot mana aku pun main ikut ja map. Last sekali sampai simpang tiga antara Kampar ke jalan Tanjung Tualang. So, jalan ni dah memang aku faham sangat ler.. Ikut Kampung Bali dan akhirnya sampai lah ke Tronoh.

02. Misi pi ke rumah kami kali ni ada la 3-4 benda nak dibuat supaya tidak kebosanan. Utk rekod, 11.11.2023 ni adalah malam pertama kami 3 beranak bermalam di Uniparkland. Alhamdulillah.. malam pertama tidoq dengan jayanya walaupun aku x berapa lelap sangat sebab apa aku pun x sure. Mungkin sebab malam pertama kot.



03. Pasang divan + tilam ✅️
Perkara pertama kali ni tunggu kedai perabot hantaq divan + tilam. Asalnya nak ajer jer tido bawak toto tp tak tergamak pulak bini teman nak bagi laki nya tido atas toto sebab rumah mahai² buleh beli.. Katil x boleh beli pulak.. Thanks my darling.. 😍😍. Dalam jam 12.30pm abam lori sampai dan terus pasang katil dalam master bedroom. Alhamdulillah.. baru la nampak semart. So, utk rekod, divan & tilam ni perabot pertama masuk rumah Uniparkland.

04. Pasang rod langsir [master bedroom shj]✅️
Kali ni beli langsir readymade di Nilai 3. Bawak ke Uniparkland. Pasang rod siap² dan naikkan langsir. Barulah nampak lawa sikit. Lagipun langsir memang kena ada sebab walaupun dah tinted rumah, kalau bukak lampu, boleh nampak jugak belah dalam.

05. Mengecat Ruang Tamu & Dining Hall ✅️
Kalau ikutkan, memang kena cat semula semua bahagian dinding dalam rumah sebab cat asal pemaju buat nipis sangat. Masih kekalkan warna putih berseri supaya rumah nampak kelihatan luas. Beli cat Jotun utk construction special 20 liter. Cat gred premium boleh padam dan tutup crack/lubang halus. Aku memang terkejut bila tau harga cat. La ni kalau Jotun lah aku nak bgtau.. Yang 5 liter = RM160, Yang 15 liter = RM370, dan yang 20 liter aku beli ni RM420.. Memang harga agak kejam. Hahahaha.. tp nak mengecat bukan tiap² tahun kan.. Tak apa lah.. melabur modal sikit. Tapi urusan buruh mengecat, aku sendiri dan mem aku slow² yang mengecat. Kalau upah Brahim [pekerja developer], RM800 upahnyer.. biarlah aku jadi buruh.. Takdak masalah.. hahahaha.. Alhamdulillah.. utk Fasa 1, selesai jugak mengecat ruang tamu dan ruang makan. 👍





06. Mesin rumput ✅️
Kali ni bawak 3 bijik bateri. 1 bijik bateri mesin boleh la tahan +-20minit. So, dengan 3 bijik bateri boleh lah hampir 1 jam urusan mesin rumput. Selesai jugak mesin dari depan sampailah ke belakang. Lepas Subuh pagi Ahad aku dah mula ON kan mesin rumput.. Maaf jiran.. bising sikit ler.. nasib la mesin rumput wireless ni x bunyi kuat.





Alhamdulillah.. banyak la urusan dapat diselesaikan utk 2H1M di Uniparkland. Dina siap goreng cokodok bawang lagi sebab aku saja bawak dapur portable supaya boleh lah goreng² makanan ringan.

Insyaallah.. 18/11 minggu depan aku datang lagi sebab bantu team sekolah bawak budak² masuk Gua Tempurung. So, lepas aku selesai urusan Gua Tempurung, terus ke rumah aku. Bermalam lah lagi 1 malam.. bolehlah sambung mengecat bilik pulak. Insyaallah..

#mystory