Wednesday 29 November 2023

Rutin Medical Check-up

 28.11.2023 | Selasa

Kembali bertemu.. Temujanji dengan Dr.Chew di Hospital Pengajar UPM [ HPUPM ] ataupun sekarang dikenali sebagai Hospital Sultan Abdul Aziz Shah.

Harini jumpa Dr.Chew kali ke berapa dah x ingat. Minggu lepas pi ambik darah. So, hasil ujian darah bawak ke harini utk didiagnose doc. Aku dgn mem aku memang setkan date yang sama dan jumpa doc yg sama. Utk info, aku dan mem memang rutin 1 tahun 2x akan jumpa Dr.Chew.. Thanks Dr.Chew sebab pilih kami as a patient..


Kali ni doc buat full medical check-up.. utk result kali ni:

👉 Glukose [OK]

👉 Kolestrol [OK]

👉 Liver [OK]

👉 Buah pinggang [OK]

👉 Asid Urik [OK]

👉 BMI [Hancurrrrr], tp mmg sejak kecik dah hancur.. hahaha

Alhamdulillah.. setakat harini masih dijauhkan penyakit² yg biasa² / menggerunkan.. Akan datang, wallahualam.. 

Dr.Chew pun ada bg beberapa suggestion utk aku follow supaya dapat reduce berat badan aku, aku mengiyakan saja.. 2 benda utama, cut sugar + kurangkan nasi bykkan makan sayur [lemah betoi bab ni.. lembut lutut kalau nasi kurang makan].. Takpa.. aku akan cuba jugak utk buktikan pada appoinment bulan Mei nanti.. Insyaallah..

Utk mem aku.. dia x bagi tulis sebenawnya.. tp aku tulis jugak la sikit..😁😁... masih kekurangan darah seperti yang sepatutnya bagi org pompuan.. dapatlah ubat baru dose berbeza, saiz gundu punya..

Sebagai meraikan kejayaan laporan perubatan yang bagus, balik hospital, kona kat Kajang pi pekena Sate Kajang Haji Samuri di Stadium Kajang.. 😁😁😁



No comments: