Thursday, 16 July 2026

Part 01: Dari KL ke Warsaw, Poland

Dah seminggu balik Malaysia, baru sempat aku menulis.. Menulis sebagai satu coretan.. Sebuah perjalanan seorang anak.. 

1.Bila balik Malaysia.. Banyak yang dikongsikan dengan aku dengan mama nyer.. Banyak pengalaman yg dapat dijadikan panduan. Betul la kata Dina. Pergi melancong tak sama dengan pergi program yang Dina join. Pergi program ni memang bergaul, berkomunikasi 100% dalam English dan memahami kawan2 dari pelbagai negara. 

2.Kadang2, tak sangka dia dapat jejakkan kaki di negara Poland, salah sebuah negara Eropah. Bagi yang sudah selalu travel, maybe biasa bagi depa tapi tidak bagi aku, Mama Dina dan Dina. Luar biasa bagi kami semua. Bukan senang nak lepaskan anak perempuan bergerak solo ke negara Eropah.

3.Lepas Dina masuk Balai Pelepasan, perlahan2 aku dan Mama Dina ke Masjid KLIA untuk solat maghrib. Lepas solat, cepat2 ke Anjung Spotter KLIA nak tunggu Qatar Airways terbang ke Doha dari KLIA. Flight take off lewat 30 min dari jadual asal. Sepatutnya 8.20pm tp terbang jam 8.50pm. Hanya Allah saja yang tahu perasaan bila Qatar Airway betul2 atas kepala aku dan Mama Dina. Aku rasa, jauh sangat anak aku nak terbang sampai ke Poland. "Ya Allah.. Kau berilah perlindungan untuk anak kami".. Hanya itu yang mampu hati berkata2. 

4.Siapa pernah terfikir untuk lepaskan seorang anak perempuan dan tunggal, seorang diri.. Menerbangkan diri ke sebuah negara Eropah dengan penerbangan sehingga 15-16 jam penerbangan dengan hanya bertemankan doa perlindungan dari Allah SWT. Penerbangan Dina dari Kuala Lumpur ke Doha, Qatar ambik masa dalam 7 jam. Transit di Doha dalam 3 jam sebelum tukar kapal terbang dari Doha ke Warsaw, Poland. 

5.Budak seusia 22 tahun untuk pertama kali, dan secara solo berjaya jejakkan kaki di Qatar terlebih dahulu. Cuba bayangkan lah.. Kalau aku sendiri, pun rasa bercelaru dan tak berani melainkan ada kenalan kita sama turut serta. 

6.Bak kata Mr. Thiru, pensyarah Dina di IPG.. "Once you dah masuk flight, you sudah tak boleh patah balik lagi.. You kena teruskan apa yang telah dicatat dan dirancang. Tapi, ketika you masih di kawasan departure hall, masih ada peluang untuk patah balik.." Betul lah kata Mr Thiru tu. Untuk info, harini (14/7), Dina ke IPGKBA jumpa JHEP dan mentornya, Mr Thiru utk bagi souvenir dan share story. Memang lecturer JHEP support program yang Dina join di Siedlce, Poland. 

7.Penerbangan dari Doha ke Warsaw, Poland ambik masa dalam 6 jam lebih kurang. Aku cuba bayangkan, tibanya Dina di airport Warsaw, bukan ada jemputan. Yang jemputnya adalah transportation hotel tempat Dina bermalam untuk malam pertama di Poland. Masa sampai di hotel, nasib baik atas negotiate Dina, dapat check in awal hotel. Masa tu sampai di hotel jam 8.30am (waktu Poland). Nak tunggu check in sebenar, jam 3.00pm. Kan lama lagi tu. 😁😁

8.Ketika di Malaysia, dapat text sorang kenalan di Thread yang buat master di Warsaw. Sharifah, orang Malaysia yang pertama Dina boleh ngopi2 😁. Alhamdulillah.. Boleh lah ada sorang kawan dari Malaysia yang mungkin boleh bantu kalau ada masalah sepanjang 20 hari di Poland. Sharifah pun baru belajar di Warsaw bulan Mac 2026. Masih newbie jugak lah tapi at least dah ada pengalaman.

9.Malam pertama Dina di luar negara berlalu dengan baik. Dengan suhu yang cecah 15 darjah celcius kata Dina walaupun di Poland menghampiri musim summer. Aku dan Mama Dina dah Subuh, tapi waktu di Poland jam 12am. Sebelum Dina tidur, sempat lah kami bervideo call sebab ketika tu kami sibuk nak ke tempat kerja. Penangan waktu berbeza buatkan aku dan Mama Dina biasanya jam 4am dah terjaga sebab nak tanya perkembangan anak. Nama pun anak. 😁😁 

10.Keesokan hari, dah janji dengan sorang kawan sama program, dari Turkey. Jumpa di bandar Warsaw untuk tren ke Siedlce (macam KL Sentral la 😁). Sepanjang 2H1M di Warsaw, masih ada jualan makanan halal. Nak cari makanan halal di Warsaw tak susah sangat sebab ramai orang Arab / Pakistan yang meniaga kebab dan beriani. 1 set nasi beriani lebih kurang RM45 tapi portion makan untuk 2-3 orang kata Dina. 

Begitulah kisah Dina di hari pertama dan kedua di bandar Warsaw, Poland. Belum lagi ke universiti di Siedlce yang ambik masa perjalanan tren dalam 1 jam 30 minit. 

Bersambung...... 

#mynameisanuar 



No comments: