24.03.2026 | 04 Syawal 1447H | Selasa
Alhamdulillah.. Raya ke-4 dapat buat Majlis Tahlil, Jamuan Raya dan Buzzday Dina.. Yang paling best, semua adik beradik, saudara mara yg dijemput hadir, sudi melapangkan masa datang ke Tronoh.
![]() |
| Keluarga besar |
![]() |
| My family |
Apa yang seronoknya buat jamuan raya kali ni, dapat dihadiri oleh adik beradik sendiri, pakcik makcik, sedara mara sebab buat kat rumah Perak. Dirumah Nilai sebelum2 ni pun pernah buah tahlil, doa selamat, jamuan raya tapi hanya dihadiri kawan2 setaman dan sekerja. Adik beradik memang tak datang lah sebab jauh. Bila buat di Tronoh, alhamdulillah ada sedara mara yang datang. Terima kasih semua yang hadir ke rumah kami yang x lengkap tu 😁😁.
Asalnya nak order katering saja. Tapi bila tanya katering yang kami target, dah fully booked. Jadi, lepas discuss aku dan mem, kami decide masak lah ikut kemampuan. Terima kasih mama Dina masak sedap2 belaker. Antara menu:
Nasi putih
Ayam masak merah
Kari daging batang pisang (order)
Ikan goreng
Ulam dan salad
Ayaq asam
Mee kari padu
Cheese Tart
Iceberg Cheese Kek
Buah Tembikai
Buah oren (Chu taja)
Kuih koci (Maklong taja)
Kuih Raya
Alhamdulillah.. Majlis selesai jam 5.00pm.. Syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk bertemu saudara mara di Syawal yang indah. Semoga ikatan jalinan berkekalan. Insyaallah
#mynameisanuar







No comments:
Post a Comment