Friday, 30 January 2026

Nasi Kandaq Tak Sedap

 30.01.2026 | Jumaat

Minggu ni ada cuti 3 hari. Maka, langkah panjang sikit balik rumah Perak 😁😁. Lagipun memang ada urusan yang belum selesai dengan kedai perabot dan SSF di Ipoh.


Apa fungsi mic ni aku x sure 😁😁

Saja teringat kedai nasi kandaq. Kat Nilai ada satu kedai mamak yang menjadi sebutan masyarakat Nilai. Kalau dulu2, Restoran Al-Salam jadi tumpuan ramai, tapi kini pelanggan Al-Salam tak semeriah dulu dan jumlah restoran pun hanya tinggal 2 cawangan di kawasan Nilai.

Dah lama aku dengar org kata kedai mamak ni sedap.. Aku pun pi la kedai mamak ni di cawangan yang baru beroperasi. Nak cari parking susah. Maka, jauhlah aku parkingkan kereta aku. Bila tengok keadaan pelanggan, macam sedap lah nasi kandar. Sampai beratur lah aku nak makan. Aku mcm biasa ambik nasi kuah mesti banjir.. Bubuh ayam goreng dada seketul.. Mem aku teruih takmau makan sebab dia dah dapat rasa perasaan taste kedai mamak ni.

Maka, selepas suapan pertama.. Sesungguhnya ternyatalah tak sedap.. Full stop. 

Macam mana lah org boleh ramai mcm tu sekali sampai nak cari meja pun susah. Nasi Kandar Pelita sedap 10x dari kedai mamak ni. 

By the way, ni tekak aku yang berkata. Kalau hangpa OK, silakan.. Untuk aku, kalau nak ngetea pun belum tentu lagi untuk masa akan datang. 

Sekian. 

No comments: