Tuesday, 4 March 2025

Suatu Ketika Dulu..

Dulu, sekitar Tahun 2009, aku antara pioner yang berusaha membina kesatuan masyarakat di Perdana College Heights. Bersama² team yang cukup padu dan bertenaga gabungan orang muda dan orang lama berjaya membentuk sebuah komuniti yang diberikan nama Persatuan Penduduk Perdana College Heights.


Ketika tu, hanya ada komuniti Bayan & Orchid sahaja dimana belum dibina lagi perumahan Ivory Villas, D'Camelia, Raflesia dan lain² fasa perumahan. Semangat bermasyarakat sangat kuat ketika itu sehingga banyak masa, tenaga dan wang ringgit dikorbankan untuk komuniti.

Semuanya hampir 15 tahun yang lalu. Kini aku kembali menjadi rakyat biasa yang menjalani kehidupan seharian seperti masyarakat lain yang tiada berkepentingan dalam apa² jawatan komuniti.

No comments: