Monday, 4 January 2016

Selamat Datang 2016.. Selamat Tinggal 2015

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..



Hari ni dah masuk 4 hari dalam tahun 2016. 4hb Januari 2016 hari pertama aku masuk sekolah. Dari aku kecik, sampai ke tua la ni pun masih lagi duduk dalam kawasan sekolah.. Tak apa lah.. Lokasi yang sama tapi situasi berbeza.. Hahahaha..

2015 dah berlalu dengan 1001 atau mungkin 10001 cerita suka duka kehidupan. Yang indah tu boleh lah kita jadikan memori & yang tak baguih / yang sedih tu biarlah terbenam di lubok jiwa yang paling dalam.. Kalau di sekolah dan kerjaya aku sebagai chegu, alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna walaupun berlaku jugak lah keciciran yang tak disangka.. Sekolah aku pulak, keputusan UPSR nya sangat cemerlang. 44 oran murid mendapat 5A & 32 orang murid mendapat 4A. Di pihak PIBG, dapat lah bonus utk murid2 yang berjaya ni RM50.00/murid. Tahniah semua murid yang berjaya, semua guru SKDJ yang cemerlang & ibu bapa yang bertungkus lumus berusaha untuk kejayaan anak-anak.

Untuk 2015 juga, kalau di taman aku.. Tamatlah perkhidmatan aku sebagai Pengerusi KRT Perdana College Heights. Bermula 01.01.2016, Abang Masri akan mengemudi KRTPCH bersama AJK yang baru. Aku rasa cukuplah aku & rakan2 generasi pertama PCH yang bermula 2008 berusaha membantu aktviti kemasyarakatan di PCH. Semoga kesepakatan yang jitu dapat dibina diantara semua fasa di dalam komuniti PCH tanpa prejudis.

Zam Zam.. Ala Khazammmmm.. Jom 2016

Semoga 2016 akan menjadi tahun yang lebih cemerlang dunia & cemerlang akhirat untuk kami sekeluarga.. InshaAllah


1 comment:

Liyana Anuar said...

insya'Allah..selamat tahun baru chegu