Nah.. Baik punya Hindustani!!! Terbaik..
Dilwale.. Filem hindustan yang best jugak aku layan.. Tak pernah dalam sejarah aku tgk wayang, pi tgk hindustan.. Tapi mmg puas hati la.. Sebab bayaq tiket, dapat layan filem dekat 3 jam.. Fuh.. Puas hati laaa...
Sempena Negeri Sembilan cuti Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar NS, aku & anak bini aku bawak pi layan panggung wayang.. Cerita Dilwale.. Dok dengaq adik beradik, kawan-kawan ceghita mcm best ja.. Tu yang aku layan.. Tapi memang best laa.. Hero Sharukh Khan add-on dengan Kajol.. Mau kojol sapa yang kaki feeling.. Bagi aku, filem ni okey.. Jalan cerita ok, lagu ok, pelakon ok, ada humor, gangsters, cinta.. Mcm biasa.. Nama pun hindustan.. Tapi lagi baik la pada filem melayu..
Sikit ceghita pasai panggung TGV @ AEON Cheras Selatan ni.. Show aku beli jam 11.55am.. Kiranya 1st show la.. Aku org pertama yang tiketnya dikoyak.. Hahaha.. Masuk ja panggung no.3, aku rasa panas.. Skrin pun belum ON.. Aku ckp dengan wife aku, mungkin aircond belum buka atau baru buka.. Okla.. Sambil skrin menayang iklan-iklan.. Masih lagi rasa panas.. Peluh kat dahi dah mula keluaq.. Hero tamil ni dah mula naik hangin..
Aku bangun.. keluaq panggung. Ada Bangla dok sapu.. Aku tanya dia.. Panas la.. Dia kata, SEKEJAP BANG.. Aircond baru buka.. Ok la.. Aku pi duduk balik.. Dalam 5 minit, aku rasa takdak perubahan langsung.. Aku bangun sekali lagi.. Aku teruih pi cari india yang koyak tiket aku.. Ha.. Ambik hang!!! Aku kata, AWAT BILIK 3 PANAS?? Dia pun bergegas naik atas.. Dia masuk & kata betoi panas.. Dia jawab.. BANG, AIRCOND BARU BUKAK.. Ok la.. Sambil tu, dia dok ckp kot walkie-talkie.. Aku pun pi masuk bilik No.5.. Pehhhh.. Sejuknya.. Hampeh betoi..
Kalau kata aircond baru buka, semua bilik la panas.. Sedap la aku nak sound dia.. Aku pi cari dia balik.. Jumpa.. Aku kata: Halo bang.. Bilik 5 sejuk.. U cakap aircond baru buka, kenapa bilik 5 sejuk bilik 3 panas.. Dia pun dok buat kalut dia sambil ckp walkie-talkie.. Last sekali, dia bgtau aku. OK BANG.. Sudah ON.. Sudah OK.. Tadi ada prblem sikit.. Haaa.. Aku pun bagi ayat last.. LAIN KALI, KALAU AIROND PROBLEM, CAKAPLA PROBLEM.. JANGAN CKP BARU BUKA.. Hambik hangggg..
Dok dalam 5 minit.. Peh.. Sejuk tahap peti ais.. Ambik Aku... Hahahahahahahaha
Beli tiket 3 orang RM34.50.. Beli makanan dekat sama dengan harga tiket.. Popcorn & Minis Hotdog RM29.50.. Tapi, seronok jugak sekali sekala layan wayang dengan famili.. Boleh repeat..
Jom layan..
No comments:
Post a Comment