Monday, 17 November 2014

SK Desa Jasmin @ Anugerah Cemerlang Kelas Agama Petang

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah.. Bersyukur aku kepada Allah SWT yang Maha berkuasa.. Memberikan hati yang cerah, minda yang cerdas serta hati yang tenang untuk memberikan keizinan kepada anak ku, Nurul Nabilla Irdina untuk mendapat Tempat Pertama di dalam Kelas Agama Petang Sesi 2014. Hasil daripada didikan ustazah / ustaz serta didikan berterusan daripada ustazah di rumah a.k.a wife aku, berbaloilah dengan kejayaan yang anak aku kecapi untuk Tahun 2014 Kelas Agama Petang.. 

Keseronokkan anak aku jelas tergambar betapa puas hati dengan pencapaian nya sendiri.. Hasil titisan air mata di atas buku tidak sia-sia dengan kepuasan hati anak aku sendiri.. Secara tidak langsung menjadi kebanggaan aku sebagai ayah & isteri aku sebagai ibunya... Untuk kelas KAP ni, hasilnya telah kelihatan.. Alhamdulillah syukut nikmat.. 

Aku juga ambik kesempatan ucapkan TAHNIAH kepada semua murid Kelas Agama Petang yang menerima anugerah masing-masing petang tadi di SK Desa Jasmin. Usaha ustaz , ustazah serta ibu bapa murid-murid berkenaan telah menghasilkan insan yang berkualiti bukan sahaja dari segi akademik asas malahan juga nilai-nilai keagamaan yang tinggi. 



TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!

p/s:
1. Entry ni adalah post ke 201 aku sepanjang aku berblogger.. Tahniah untuk aku!!
2. Pengunjung blog aku secara tak rasmi dah mencecah 100,000.. Terima Kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini.. (hehehehe)
3. Kejayaan anak aku adalah ibarat anugerah & ganjaran senyap daripada Allah sepanjang usaha aku dalam mendidik anak murid aku selama ini.

No comments: