Assalamualaikum..
Cerita yang aku nak cerita hari ni dah basi jugak la.. Sebab kesah ni masa balik kampung Hari Raya Haji hari tu.. Cerita tentang Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..
Secara kebetulan anak aku teringin nak pi Rumah P.Ramlee yang lokasinya di Jalan P.Ramlee, Penang.. Sebelum pi Rumah P.Ramlee, seperti kebiasaanya kalau masuk Penang, mesti nak jalan Rope Walk ( Pasar Karat ). Memang sejak aku pandai naik motor dulu, kat Rope Walk ni lah antara tempat tumpuan aku bila hari Sabtu / Ahad.. Memandangkan Rumah P.Ramlee ni bersebelahan dengan Rope Walk, so, aku bawaklah anak & wife aku pi situ.. Semangat nak pi Rumah P.Ramlee ni lagi hebat lepas tengok Telefilem SALOMA.. Hahaha..
Aku yang memang no. kad pengenalan 07 ni tak lah kesah sangat sebab dah banyak kali jugak aku pi Rumah P.Ramlee ni.. Terdapat pelbagai barangan tinggalan P.Ramlee.. Selain memori dalam rumah tu, kat sebelah rumah tu ada Galeri P.Ramlee.. Lagi banyak informasi tentang perjalanan seni Seniman Agung P. Ramlee ni.. Agak sedih jugak walaupun arwah P.Ramlee tak pernah kenal aku.. Masa dok pusing-pusing dalam galeri tu, mcm mana ntah aku tersembang denga sorang mamu yang dok jaga galeri tu. Dia kata, dia ganti kawan dia ja.. Depa pi makan katanya..
Aku pun lupa nak tanya nama pakcik tu.. Tapi dia punya cerita pasai P.Ramlee memang ada kelas yang tersendiri.. Kiranya umur dia muda dalam 10 tahun kot dari P.Ramlee (kalau P.Ramlee masih ada).. Dia kata banyak keinginan awrah P.Ramlee yang tak dapat dilaksanakan.. Contohnya P.Ramlee berhajat besaq nak bukak studio orang melayu masa tu sebab ketika tu studio-studio dikuasai oleh orang bukan melayu. Shaw Brothers contohnya di Singapura pun bukan berasal dari Tanah Melayu ( Malaysia ).. Studio Merdeka pun aku rasa bukan pemiliknya orang melayu.. So, P.Ramlee dah deal dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ( Perdana Menteri Malaysia Pertama ).. Tunku dah bersetuju untuk bantu P.Ramlee bukak studio.. Tapi akhirnya, tak jadi jugak.. Kesian sungguh dengan perjalanan seni P.Ramlee.. Ketika arwah meninggal dunia, Shaw Brothers hanya bagi RM1000 kat Saloma.. Punyalah teruk.. Padahal, P.Ramlee lah yang menaikkan nama Shaw Brothers..
Kisah yang kedua yang pakcik tu cerita ialah pasai kematian P.Ramlee.. P.Ramlee meninggal dunia jam 3.00am. Kalau umur dia panjang masa tu, pagi-pagi dia dah nak kena pi mahkamah sebab dah jadi penjamin kat sorang kawan dia.. Akhirnya kawan dia tu menghilangkan diri dan tak bayar balik pinjaman.. Memang P.Ramlee tekanan masa tu.. Malu pun ada.. Mungkin salah satu punca kematian P.Ramlee ialah tekanan yang dia alami selain daripada ajal ketentuan Allah SWT.. Dan ketika tu jugak, filem-filem P.Ramlee dah tak berapa nak laku sangat.. Terima kasih kat pakcik mamu tu yang sembang dengan gaya yang sangat best!!!
Aku sebagai salah seorang peminat filem Allahyarham P.Ramlee, rasa terharu jugak mengenangkan perjalanan seninya yang berakhir dengan kesah yang sediah.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee..
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment