Wednesday, 6 August 2014

Perkhidmatan MAYBANK @ Tanjong Malim Yang Sangat Teruk

Assalamualaikum..



Hari ni cuma nak berkongsi cerita tentang Maybank Cawangan Tanjong Malim. Aku ni dah lama dah jadi pelanggan Maybank.. Sejak keja kilang BOSCH di Penang tahun 90-an dulu aku dah bukak akaun Maybank.. Sehingga hari ni aku selesa menggunakan perkhidmatan Maybank terutamanya online banking.. Bagus betul Maybank.. Ikhlas ni..

Cuma pada 01.08.2014 hari Jumaat raya ke-5 minggu lepas, aku sangat panas hati Maybank cawangan Tanjong Malim.. Tujuan aku ke Maybank Tanjong Malim tu sebab wife aku nak tolong mak mentua aku mohon kad ATM ( akaun dah ada dah ) sebab selama ni dok pakai buku bank leceh kalau emergency nak pakai duit.. Okey.. Aku nak start ceghita..

Jam 2.20pm wife aku dengan mak dia dah masuk ke kaunter untuk ambik number.. Utk buat kad ATM, tempatnya tak sama dengan urusan withdraw duit ka atau lain-lain.. Kalau urusan lain, ada sorang staf akan picit number untuk pelanggan.. Utk mohon kad ATM, number dia special sikit sebab guna kad manila yang dipotong segi empat.. Ah.. Tak kisah la.. Mak mentua aku dapat number 20. Ok la.. Kena berdiri pulak sebab kerusi untuk menunggu ada 8 unit sahaja kat area tu.. Dalam 15 minit tunggu, aku dengaq staff kaunter tu panggil "NOMBOR 6".... Phuhhh.. Manual tu.. Tak kesah lagi la.. Yang aku nampak, ada 2 kaunter yang aktif panggil customer.. ada lagi 3 kaunter sebelah kiri tu, ada ja staf nya, aku tak tau la depa buat apa.. Tunggu punya tunggu.. Punya la lamaaaaaa.. Aku dah mula panas hati.. Dari satu number nak ke satu number, ambik masa sampai 20 - 30 minit.. Apa ni..??? Aku dah mula nak tanya la staff yang tercongok bagi number kat customer tu.. Tp wife aku kata, sabaqq... Untuk info, akhirnya number mak mentua aku tu dipanggil jam 4.10petang.. Sampai pintu masuk ke bank pun dah dikunci oleh Tuan Jaga pun masih tak panggil lagi.. Punya la teruk Maybank Tanjong Malim niii.. Mentang-mentang la lokasi area kampung, berani hangpa buat keja LEMBABBBB!! Cuba kat Lembah Klang.. Sah dah kena maki punya.. Selesai urusan dalam 4.25pm.. Itu pun nasib baik lah banyak number yang dipanggil tu customernya dah hilang sebab meluat kena tunggu lama kot.. Kalau dak, aku rasa mau jam 5pm baru selesai... Memang tak patut Maybank ada staf yang mcm ni.. 

Cuba la hangpa bayangkan, tak ka gila namanya?? Mak mentua aku tu umuq dia dah 65 tahun.. Patutnya bila nampak warga emas, tolonglah buat sesuatu untuk mempercepatkan.. Dah la lembab, kot la masa mak mentua aku tu pi kaunter, staf nak kata MINTA MAAF MAKCIK, TERPAKSA TUNGGU LAMA... Mampuih la depa nak bersopan-santun mcm tu.. Secara kesimpulannya, aku sangat tidak berpuashati dengan perkhidmatan Maybank Cawangan Tanjong Malim, Perak.. Branch Manager pun tak alert.. Sepatutnya Branch Manager pantau aktiviti staff.. Oooo.. Masih cuti Raya kot.. Wpun cuti, mesti la ada yang cover.. Kalau dah rasa lembab buat keja, sediakanlah kerusi tu banyak-banyak, takdak la pelanggan berdiri lama.. Buat malu nama Maybank saja.. Maybank yang dah establish ni boleh lingkup kalau ada staff yg mcm ni dengan jumlah yang ramai.. 

Aku tak pernah nak marah dengan Maybank cawangan2 lain yang pernah aku dapatkan perkhidmatan.. Mcm di Nilai dan Mantin, bagus.. Cepat.. Aku harap kalau ada staff Maybank yang baca cerita aku ni tak pulak melenting.. Sebab aku bercakap based on fact.. Pengalaman.. Takkan lah nak mohon Kad ATM sampai 2 jam 05 minit nak menunggu.. Sangat tak patut.. 

Sapa yang marah tu, sempena Hari Raya Aidilfitri ni, aku minta maaf zahir dan batin..

Sekian.

3 comments:

Unknown said...

Salam kenal, selamat hari raya, saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

Chegu Anuar said...

Terima kasih buat En. Shamsul maybe officer dari Maybank Tg. Malim yang dah call aku Rabu lepas utk memohon maaf.. Bukan niat aku nak komplen, tp lebih baik aku komplen belakang daripada aku maki depan-depan.. Hopefully tak berlaku lagi.

Malaysia Hotels said...

Lanskap memang cantik. Pemandangan indah banjaran Titiwangsa.