Tuesday, 31 December 2013

Sayonara 2013



Selamat Tinggal 2013..

2013 tidak akan kembali lagi.. Aku & keluarga meninggalkan 2013 dengan pelbagai kisah suka-duka.. Antara yang suka sebab dapat pi melancong / bercuti bersama keluarga.. Pertama kali ke luar negara iaitu Bandung, INDONESIA.. Walaupun org kata, alaa.. biasalah setakat Bandung tu.. Tapi bagi aku terlalu teruja sebab dr kecik sampai ke besaq tak pernah termimpi pun nak pi obersea.. Hahaha.. 

Tapi kesah yang laing menyedihkan hati aku bila mak aku pergi menyahut panggilan Ilahi pada Syawal ke-7 yang lalu.. Masih tengiang-ngiang ditelinga aku suara mak aku menyambut panggilan telefon aku.. Teringat dulu masa kecik-kecik aku meneman mak aku kayuh basikal jam 5,00 pagi hantar nasi lemak untuk Pak Man bawak motor meniaga satu kampung di Batu Maung.. Aku jugak yang bangun tolong mak aku siapkan nasi lemak untuk dijual.. Allah lebih sayangkan mak.. 13 tahun mak aku menderita pelbagai penyakit badan.. Dan akhirnya pergi meninggalkan kami semua akibat kompilasi pada paru-paru.. Semoga Allah menucucuri rahmat ke atas roh mak.. Amin..

Sepanjang 2013, kita biarkan lah dijadikan memori didalam ingatan kita sama ada memori hitam atau putih.. Yang penting, tanamkan azam baru pada 2014 untuk menjadi insan yang lebih sempurna & berguna untuk keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara...

No comments: