Salam to all bloggers dan followers aku yang ramai tu.. Hehe..
MENJELANG SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-10 PERKAHWINAN
Hari ni saja nak berceghita tentang awal kehidupan lepas dah beristeri dulu-dulu..
Menagis ka tidoq niiii? |
Tanggal 29.09.2002, aku telah selamat diijabkabulkan dengan isteri aku ( hai darling.. hahaha ).. di Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu.. Kiranya 29.09.2012 ni ULANGTAHUN KE-10 usia pernikahan aku.. Wah.. Dah 10-Tahun.. Alhamdulillah dengan izin-Nya.. Memang cantik la holiday aku minggu depan @ Pulau Langkawi.. Bole la celebrate kat sana nanti.. Jgn maghah noooo.. -)...
Aku nak bercerita perubahan kehidupan aku.. Masa mula-mula kahwin dulu, aku tinggal di Sungai Besi.. Tinggal di rumah flat ja.. Sewanya RM450 / month (2002).. Masa tu gaji aku jadi chegu cuma RM862.40.. Huhuhu.. Sedey niii.. Masa tu jugak dah ada kereta.. Proton Saga Iswara warna Hitam ( buatan 1993).. Tapi kira okla ada empat kaki.. Kalau dua kaki.. lagi susah noooo... Kalau hangpa masuk rumah aku ketika tu, cornfirm malu.. Sofa? Takdak.. Meja makan? Takdak.. Katil? Takdak.. Pakai la tilam saja.. Belasah saja la.. Ni kira 2 bulan pertama jugak la dok mcm nii.. Yang paling tak tahan, langsir pun amat sedih kalau diimbas kembali.. Huahuahuahua.... Susah betoi hidup masa tu. Jenis aku ni pulak yang jenis tak akan menyusahkan mak bapak aku.. Sejak aku masuk Lembah Klang 2001, tak pernah sekalipun aku 'loan' dengan mak bapak aku.. Ntah la.. Aku memang bukan jenis tu walaupun ada kwn2 yang selalu berceghita minta kat mak bapak depa.. Aku sanggup lagi berhutang dengan kawan2 lagi daripada berhutang dengan family sendiri. Pernah sekali, punyala sesak.. sampai handphone Nokia 3310 pun aku pernah juai kat mamak tokey kedai runcit. RM80.00... Wawawawa..
2004.. Masuk 25.03.2004 anak aku lahir.. rezeki Allah jugak.. alhamdulillah.. aku dapat mengajar tuisyen di Puchong Jaya.. Ada la jugak side income aku.. Lega rasanya walaupun takla seberapa sangat pendapatan tu. Orang tua-tua kata , rezeki anak.. betoi la kannn. Tapi masih jugak tinggal di flat tu sampai bulan Oktober 2004. Lepas tu aku pindah ke Sri Petaling sebab dekat sikit nak pi keja. Kat Sri Petaling ni sewanya RM500.00.. Tapi bila aku calculate duit petrol dok pusing-pusing, sama jugak la.. tu yang pindah ke Sri Petaling.. Ha, rumah mewah sikit la. Ghumah 2 tingkat. Fuyooo.. Tapi rumah kecik jugak la.. 2 bilik.. Tapi agak selesa sebab boleh parking 'porsche' depan rumah. Hehehe...
Masuk 2005, dah ok sikit.. Rezeki pun murah.. Anugerah Allah s.w.t.. April 2005, dari Proton Iswara tadi, dah boleh tukar ke Proton Waja.. Tapi aku beli yang secondhand saja.. Proton Waja aku tu buatan tahun 2002.. Selesa sikit sebab kalau tak jual Proton Saga aku, masak jugak nak merepair.. Dah banyak masalah.. Ialah.. dah 12 tahun usia Proton Saga tu.. Masih kekal bertuisyen. Tapi aku bersyukur sebab aku buat dapat mengajar di Pusat Tuisyen Sukses di Bandar Kinrara. Sebab apa? Sebab income aku kat sini agak tinggi.. Taukey aku tak bayar ikut jam ( biasanya sejam = RM25.00), tapi bayar ikut jumlah murid. Dia bayar kat aku 2/3 daripada jumlah bayaran murid untuk matapelajaran yang aku ajar. Contohnya aku mengajar B.Melayu. Yuran pelajar RM32.00 untuk satu subjek. Dia bayar 2/3 dan aku ada murid dalam lingkungan 80 - 90 murid.. Hangpa darab sendiri la noooo... Tu yang rasa la senang sikit.. Tapi agak tekanan jugak pi tuisyen ni. Hanya Allah saja yang tau betapa letihnya kepala otak.. Hari-hari dari Isnin - Khamis malam kena pi tuisyen.. Memang letih.. Sebab nak memikir pulak pengajaran kat situ.. Huh!! Walaubagaimanapun, syukur la pada Allah dan thanks to Mr. Joshua Tay ( my boss).. Tuisyen = Tensionnnnnnnn!!! -)
Itu saja dulu.. kalau rajin, ai sambung lagi.. Bye..
2 comments:
good entry
Thanks anum.. selalu oghang pompuan yang suka mengarang cerita2 mcm ni.. Huhuhu..
Post a Comment