Tuesday, 29 September 2026

Mohon Award Pemberian Awal GCR

29.09.2026 | Selasa

Iklan dari JPA

Baru ni aku ada mohon Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat GCR utk Tahun 2026. Aku dan beberapa orang kawan yang layak pun mengisi dengan letak sikit harapan kot la ada rezeki tahun ni dapat tembusi redeem awal GCR. 




Masa proses hantar pun nampak mcm x lancar sebab CC aku mcm tak cukup pengetahuan untuk uruskan namun aku dan kawan2 tetap menaruh harapan. Nak melengkapkan pun byk benda kena siapkan. 

Lepas 4 bulan isi, esok 30.09.2026 tarikh tutupnya. Senyap sunyi tanpa ada apa2 update. Aku pun emel admin yang uruskan Q&A berkenaan permohonan awal ini. Akhirnya.. Aku dapat reply yang menyedihkan.. Pihak admin GCR maklumkan no. ic aku tak ada dalam urusan permohonan. Ya Allah.. Mana borangnya kalau gitu? Siapalah yang x buat submission ke JPA? 

Kpd yang tak selesaikan menguruskan urusan submission ni, kenapa tak selesaikan. Aku tak kisah kalau gagal sekali tapi ada bukti "Permohonan Anda Tidak Berjaya". 

Jangan la pulak gunakan istilah yang selalu sangat aku dengar..  "Kalau senyap tu, maksudnya tak ada laaa".. Tak betul.. Kalau gagal, kena ada notification bahawa permohonan itu gagal. 

Kenapa ada orang yang malas bekerja begini? Tak faham aku. Kan tanggungjawab kau untuk selesaikan amanah tu. Semoga kamu mendapat pembalasan yang setimpal jika kamu tak laksanakan tugas dan tanggungjawab kamu dengan sepatutnya.

#mynameisanuar 

Thursday, 24 September 2026

Rutin @HPUPM

24.09.2026 | Khamis

Hari ni seperti biasa.. Appointment rutin setiap 6 bulan. Menunggu result darah. Pilih appointment petang sebab pagi boleh hadir bekerja.

Kita nantikan result sekejap lagi.. 

#mynameisanuar 

Tuesday, 22 September 2026

Proton eMas 5 Review Jujur

22.06.2026 | Selasa

Harini.. Cukup 11 hari menikmati "kesedapan" memandu Proton eMas 5. Untuk tempoh yang singkat ni, aku buat beberapa kesimpulan tentang eMas 5:

1.Kereta senyap sangat sebab tak ada enjin.

2.Tiada push start button. Masuk kereta, tekan brek, masuk gear D, terus jalan. 

3.Handling sedap. Sound speaker sedap jugak la sebab ada 6 bijik speaker.

4.Ada function auto high beam. Yang di try masa jalan malam dalam felda. Bila tak ada kereta, auto high beam. Bila ada kereta/motor/cahaya lampu, auto normal.

5.Service setiap 20,000km atau setahun 1x service. Ok ke?

6.Testimoni utk perjalanan jauh dari Tg Malim - KL - Nilai (170km)

-Tenaga yg digunakan 20kWh

Caj DC di luar: RM1.50 X 20kWh = RM30

Caj AC di rumah: RM0.37 X 20kWh= RM7.40

Kalau petrol (Almera) = RM35

Kesimpulannya, untuk tempoh 11 hari ni, aku rasa sangatlah berpuashati dengan performance eMas 5. Harap kekal berpanjangan. 

#mynameisanuar 



Monday, 21 September 2026

Capati Kari Daging, Titi Gantung, Bota

20.09.2026 | Ahad

Alhamdulillah.. Harini, pagi ni.. Sempat ke Titi Gantung pekena capati kari daging kegemaran mama Dina dan aku ler.. Ada jugak kari kambing, tapi kami lebih gemo kari daging.. 


Setiap kali balik rumah Tronoh, mostly lah pasti akan ke Titi Gantung cari capati. Seronok makan pagi area Perak Tengah ni sebab vibe original kampung. 

Harap next month masih ada kesempatan untuk aku ke Tronoh. Hanya Allah saja yang tau seronoknya jalan2 cari makan.. Semuanya rezeki Allah SWT.. Alhamdulillah

#mynameisanuar 

Wednesday, 19 August 2026

Antara Kisah Kehidupan Seorang Anak

19.08.2026 | Rabu

Harini aku ke Pantai Dalam ada urusan sikit dengan Dina. Sementara tunggu Dina balik dari kampus, aku mengetea la sorang2 di Restoran mama area rumah Dina. Aku memang suka minum sorang2. Kadang2 masa sorang2 ni mcm2 boleh fikir itu ini 😁😁.



Bila duduk di kerusi kedai mamak ni, aku teringat masa Tahun 2024 tahun yang boleh aku anggap hitam dalam sejarah kehidupan keluarga aku. Aku jumpa Dina di sini lah. Aku dengan Dina saja. Mama Dina tak datang masa tu sebab memang hari kerja. Aku jumpa Dina sebab urusan rumah sewa. Kerusi, meja dan mamak kat sini jadi saksi betapa sedihnya seorang anak ketika itu. Berlinang air mata anak aku menceritakan apa yang berlaku dalam kisah hidupnya. 

Aku kuatkan hati dan semangat supaya semangat aku masuk ke dalam jiwa anak tunggal aku yang sorang ni. 

Sesungguhnya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Sejak dari kejadian itu, maka lahirlah Dina berwajah baharu yang lebih kuat, berjiwa keras dan berusaha melawan segala cabaran dalam kehidupan.

Klimaks nya bila Dina seorang diri dengan yakin dan jiwa kental, terbang ke Eropah selama 3 minggu. Alhamdulillah.. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu telah ada aturan dari Allah SWT untuk hambaNya. 

Sunday, 16 August 2026

Man Taiping Yong Tau Foo, Seremban & Senawang

16.08.2026 | Ahad

Baru ni, minggu lepas laa.. mem ajak pi pekena Yong Tau Foo di Seremban. Man Taiping Yong Tau Foo nama kedainya. Sebab selalu masuk FYP dalam Tiktok.. Dah bukak dua cawangan. 1 di Senawang dan 1 di Seremban. Bila ada nama Taiping, mungkin asal YTF ni dari Taiping la kot nya. 😁😁 


Nampak harga yg jelas

Alhamdulillah.. Dalam seminggu, aku dah sampai di kedua2 cawangan. Memang sedap kuah YTF nya. Mama Dina kata, memang rasa kuahnya mcm dia makan dulu2 di sekitar Taiping. Dan aku pun setuju dengan ayat mem aku. Kuah memang sedap. Pekat dan campuran cili buatkan lagi best.



Selain YTF, banyak makanan lain ada. Bukan semata2 YTF. Nasi Lemak Beras Basmathi ada, fries ada, mee kari ada.. Dan macam2 lagi lah ada. Dannnn.. Yang paling aku puji dan suka.. Ialah...

Ketelusan.. Masa nak memilih bahan2 YTF, memang dah tertera harga. Jelas nampak. Sosej jumbo cheese RM5.00.. Kalau rasa OK, ambik.. Kalau tak OK, tak payah ambik. Dan masa bayar, jelas harga setiap bahan YTF yang kita ambik. Ni namanya ketelusan dalam perniagaan.

Harga jelas.. Mantab!! 👍 

Cuba pergi pasar malam. Sambil potong bahan YTF, sambil mengira.. Pastu sebut RM25.. Kita pun bayo.. Pastu pening, mahalnya.. Mungkin betul la harga, tp tak ada ketelusan dalam mempamerkan harga (harga di banner dan tulisan kecik saja) dan tiada resit.

Kpd owner Man Taiping Yong Tau Foo, semoga terus berjaya dalam business YTF. 

#mynameisanuar 

Friday, 14 August 2026

Redeployment: Suka atau Duka?

14.08.2026 | Jumaat

Bila aku saja duduk-duduk dan termenung.. Terfikir kembali kisah lama.. Walaupun harini okey, baik2 dan tenang, tapi tetap jugak sesekali akan terfikir.. Ibarat kata-kata orang lama.. "Luka lama dah sembuh, tapi parutnya masih ada sampai harini.." 😁😁😁

Julai 2023, keputusan temuduga sebagai Guru Penolong Kanan berjaya memihak kepada aku (mmg sapa apply akan dpt 😁😁) walaupun tak serius masa temuduga. Namun aku, menolak tawaran sebagai GPK atas sebab2 tertentu. Sepatutnya Julai 2023 aku dah keluar dari sekolah lama dengan rela hati sebab naik pangkat, tapi aku menidakkan. Akhirnya Februari 2024, "ditunjukkan jalan keluar" secara berhemah oleh JPN utk redeployment ke sekolah baru. Nama program pun HIJRAH. 



Yang jadi pertanyaan aku sampai ke hari ini. Kenapa aku tersenarai? Kenapa tidak yang lebih senior dari aku di sekolah yang sepatutnya di redeployment. Sepatutnya dan secara faktanya, bukan aku.. Kenapa? 

Sebab 01:

Aku baru genap 15 tahun berkhidmat di sekolah pada Januari 2024. Semestinya proses serahan nama dari sekolah ke JPN untuk guru yang lebih 15 tahun diproses seawal Oktober atau selewat2nya Disember 2023 (secara logiknya). Semestinya la ketika nama diminta dari pihak sekolah, aku belum lagi cukup 15 tahun di sekolah. Sebab rakan lain yang naik nama, memang lebih 15 tahun hingga 20 tahun lebih. Kenapa nama aku yang masih belum "cukup umur" 15 tahun ketika tu boleh naik? 

Persoalan: Adakah ada percaturan untuk keluarkan aku dari sekolah? Mungkin la kan. Jika ya, aku memang tak akan maafkan sapa2 yang terlibat dalam percaturan tersebut. 


Sebab 02:

Jika alasan sebab penukaran guru Matematik. Ada seorang lagi guru Matematik yang ketika itu lebih lama berada di sekolah, kenapa tidak dia dikeluarkan? Aku guru Matematik tp belum 15 tahun tapi dia guru Matematik yang dah lebih 15 tahun mengajar di sekolah. Kenapa aku dan kenapa bukan dia? 


Sebab 03:

Ada guru sepasang suami isteri di sekolah yang sama. Kenapa tidak tukarkan salah seorang dari depa sedangkan salah sorang dari depa dah lebih 15 tahun di sekolah. Kenapa aku dan kenapa tidak dia? Semuanya aku rasa berfakta. 


Sebab 04:

Jika nak buat redep, buat lah seadil2nya. Ada yang dah lebih jauh lama dari aku disitu, tapi tak ditukarkan. Jangan sentiasa bagi alasan tentang opsyen. Semuanya tu alasan. Kalau memang dah mengajar 15 tahun dan ke atas, ok fine.. Silakan. Tapi berlaku redep berat sebelah. Kenapa 2025 dah tak buat redep lagi sebab masih ramai yg "terlepas" diredep masa 2024 dulu.

Hanya yang kena redep yang faham betapa kecewa, betapa tertekan nya bila dipaksa bertukar sekolah sehingga ada yang terus mohon bersara awal. Jangan samakan memintak tukar sekolah, bertukar sekolah sebab naik pangkat sebagai pentadbir dan di redeployment. Ketiga-tiga sebab ini sangat tidak sama. 

Iya lah.. Selagi bernama manusia, kita akan sentiasa terasa dengan keputusan yang dibuat oleh siapa, aku pun tak pasti. Yang aku rasa, pihak JPN tak kenal cikgu2 di sekolah. Hanya pentadbir yang tahu cikgu mana yang patut dikeluarkan dari premis sekolah mereka. Wallahualam..

Cuma, harini dah masuk sesi ke-3 persekolahan (2024,2025 & 2026), alhamdulillah.. Baru sedar kenapa Allah hantar aku ke sekolah sekarang ni..

 Alhamdulillah 

#mynameisanuar