Thursday, 22 August 2024

Naik ETS dari KL Sentral ~ Batu Gajah, Perak

 22.08.2024 | Khamis 

Jam 6.50am gerak dari PCH

Harini aku cuma menulis tentang trip solo aku ke Seri Iskandar menggunakan ETS dari KL Sentral. Ni kira pengalaman pertama naik ETS la yer komer.. 😁😁😁 

2 minggu lepas nak dijadikan cerita, rumah aku di Tronoh dah tiba giliran untuk tambah rod pada earth chamber nya [kesilapan developer]. Kalau aku tak ada dirumah, giliran rumah aku tak pasti bila boleh buat sebab kena tunggu pulak rotation dengan rumah² lain. Hasil perbincangan dengan mem aku, kami decide untuk mama Dina dan Dina gerak dulu ke Seri Iskandar pada hari Jumaat pagi. Yang membawa maksud, Dina buat pertama kalinya akan drive hampir 300km ke Seri Iskandar dengan mama Dina. Aku tak boleh join sebab Jumaat pagi ada Dialog Prestasi bersama ibubapa murid & esoknya Sabtu ada tuisyen sekolah. 

Inilah koje kontraktor.. wujudkan lubang


Jadi, berbekalkan semangat dan keyakinan Tecer Bella Irdina, dan juga persetujuan dari Dina, pi lah depa berdua ke Seri Iskandar pada Jumaat pagi sebab dah deal appoinment dengan technician supaya kontraktor mai buat waktu petang. Alhamdulillah Dina berjaya bawak kereta sendiri ke Perak dengan ditemani mama di sebelah. Keberanian dan keyakinan Dina memandu ni memudahkan urusan akan datang Dina sendiri. Akhirnya sampai lah ke S.I.. bukan main lagi dua beranak ni ronda² S.I malam tu. 

Monitor driving Dina

Aku pulak esoknya lepas kelas tuisyen, terus gerak ke KL Sentral sebab tren ETS jam 3.00pm. Dari rumah, aku ambik Grabcar RM8.. Kemudian ambik tren Komuter dari Batang Benar ke KL Sentral RM5.60 dan akhir sekali belian tiket ETS dari KL Sentral ke Batu Gajah RM40. Tren komuter memang dah biasa naik tapi ETS ni kali pertama naik. Tapi tak ada lah teruja apa² sebab macam biasa saja. 

Komuter Station Batang Benar

KL Sentral

Ni turun nak ke tren ETS

Perjalanan dari KL Sentral ke Batu Gajah lebih kurang 2 jam 20 minit.. Tapi naik tren lama² ni dapatlah tengok pemandangan yang macam². Ok lah.. 😁😁. Sebaik sampai di Stesen KTM Batu Gajah, Dina dan mama Dina ambik aku. Bukan main lagi anak aku ni dah boleh drive kat kawasan Perak. Lepas pickup aku, terus pi cari Nasi Kandar Majedia sebab banyak review kata sedap. Memang sedap pun. Alhamdulillah..



Acah-acah pengembara 🤭🤭


Lepas makan, ronda² sekejap di Ipoh, dan terus ke Seri Iskandar dalam 35 minit perjalanan. 

Conclusion nya.. Alhamdulillah.. Allah SWT berikan keyakinan dan kekuatan serta keberanian kepada Dina untuk memandu kereta. Dengan bilangan jam dan kilometer yang dibawa Dina termasuk sebelum tu dari S.I terus drive ke Brinchang, Cameron Highland, rasanya dah hampir melebihi 2000km.. 

Basuh dulu kat depan niiii..




Dah wujud di Seri Iskandar

Bye bye rumah


Next... 


#mystory

Wednesday, 17 July 2024

Begitulah Kehidupan...

17.07.2024 | Rabu

Apa khabar semua? Semoga semua silent readers blogspot teman ni sihat² lah hendaknya yer komer...



 

Jangan buat muka macam akak 👆👆 ni tau kalau ada content blogspot / FB / IG / Tiktok teman yang tak menyenangkan hati kawan²..

Semoga semua urusan seharian kita dipermudahkan oleh Allah SWT.

#mystory #kehidupan #hidupinikeras

Thursday, 11 July 2024

Satu Perjalanan, Seribu Kenangan: Bab 3 - Kerjaya Waktu Sekolah

DUNIA KERJAYA DIZAMAN MASIH SEKOLAH & BELAJAR 

Kantin Jabatan Perikanan Batu Maung [1993]

Kalau disebut tentang kerja atau kerjaya, seawal usia 13 tahun aku dah mula kerja part-time. Masa keluarga aku pindah ke Batu Maung dari Gelugor, kawan² pun masih tak ramai sebab baru pindah ke kawasan baru. Tapi Batu Maung memang lah kawasan kerabat sanak saudara mak aku bermula di Batu Maung, Teluk Tempoyak, Matang Damar Laut, Bayan Lepas bawak ke Teluk Kumbar. Wilayah jajahan kaum kerabat arwah mak aku. 😁😁

Ada satu masa tu, bila tau ada sedara belah mak aku meniaga di kantin Jabatan Perikanan, agaknya guna kabel mak aku kot, dapatlah aku part time job. Kerja lah aku di kantin Jabatan Perikanan, Batu Maung. Tolong Mat Jen [dah arwah - nama sebenar Mohd Zain] uruskan kantin. Mula² skop kerja aku tolong kutip² cawan, pinggan dan hantar air minuman. Bila dah pandai sikit, aku dah boleh bancuh air. Tea, kopi, milo, nescafe dah jadi mudah utk aku bancuh utk customer. Paling aku igt, tea tarik depa panggil "Tea Komtar" 😁😁 

Jam 7.00 am aku dah turun ke kantin tu sb dekat saja dengan rumah aku, kuarters Jabatan Perikanan. Jam 11.00 am balik la ke rumah sebab masa Tingkatan 1 tu sekolah sesi petang di SMK Sungai Ara. Masa tu Mat Jen bayar kat aku RM4/hari [kerja dalam 4 jam]. Kerja di kantin ni agak seronok dan lama jugak la aku kerja dengan Mat Jen Dari meniaga dalam kantin Jabatan Perikanan, sampailah dia meniaga di kedai makan luar kuarters Jabatan Perikanan [betui² depan Pondok Polis Batu Maung ketika tahun 90an tu].

Kantin dalam kawasan kuarters Jabatan Perikanan, Batu Maung


Kak Pah Roti Canai [1993 ~ 1994]

Bila bisnes Mat Jen "kurang maju" di kantin Jabatan Perikanan, akhirnya Mat Jen tak sambung kontrak lagi. Bisnes Mat Jen kurang menjadi sebab yang mai minum dan makan hanya staf Jabatan Perikanan saja & kadang² ada la job pegawai buat meeting. Jadi, aku dioffer la pulak oleh jiran aku, Kak Pah, untuk jawatan sebagai pembantu kedai roti canai. Kak Pah ni rumah dia sebaris dengan rumah aku di kuarters Jabatan Perikanan. Cuma Kak Pah ni meniaga jauh sikit lokasinya. Aku kena kayuh basikal dalam 10-15 minit ke Pekan Batu Maung [la ni dah habis dirobohkan buat jalan utama]. Ketika kawan² seusia aku masih lena diulit mimpi, jam 6.45am aku dah kayuh basikal ke kedai Kak Pah. Kayuh basikal awal pagi ni dah biasa bagi aku sebab kadangkala "weekend", aku dan mak aku [kalau bapak aku "outstation" ke laut] tolong hantar nasik lemak ke rumah Pakman di Batu Maung. Sebelum jam 5.30am dah kayuh basikal dah. Kekuatan atau kerajinan apakah yang ada pada aku ketika tu, aku pun tak pasti. 

Untuk bantu gerai roti canai Kak Pah ni, dapatlah gaji harian RM6/sehari. Better la dari Mat Jen. 😁😁. Dah seronok aku sebab kerja 5 hari sekolah, dah ada RM30 dapat dompet. Hari² makan roti canai telor free. Tugasan aku bukan lah berat sangat. Bungkuskan roti canai dan kuah, basuh pinggan, hantar makanan. Bukannya tebar roti canai. Masa usia 13 tahun, dapat RM6 sehari tu dah rasa seronok. Bila aku pi sekolah, rasa seronok sb dalam dompet duit tu ada lebih pada orang lain. Tp duit belanja harian, mak aku tetap bagi jugak walaupun aku kerja part time.

Dulu kat sini tapak kedai Warung Pak Brahim dimana Kak Pah tumpang meniaga


Warung Mat Jen depan Balai Polis Batu Maung [1995~1996]

Antara Form 3 ~ Form 4, cuti sekolah, Mat Jen panggil aku tolong kedai makan dia di depan Kuarters Perikanan [depan Pondok Polis Batu Maung]. Sebabkan cuti sekolah, aku pun pi saja lah kerja dengan dia. Bukan lama pun. Sampai jam 1.00pm macam tu tutup la kedai. Kali ni ada jual nasi campur yang diuruskan oleh adik Mat Jen. Nama Kak Mah kalau tak silap aku. 

Seperti biasa, tugas aku bancuh air, cuci cawan, ambik order kadang², kemas meja dan macam² lagi lah. Kerja kat sini agak sibuk sebab ramai pelanggan tetap yang kebanyakannya kerja buat kapal di Pulau Jerjak dan kerja kilang. Tak macam aku kerja dalam kantin Jabatan Perikanan dulu. Hanya staf jabatan saja sebagai pelanggan. 

Mat Jen memang percaya kat aku di mana bahagian bancuh air, aku yang "take over". Milo tin cepat habis sebab aku lah. 😁😁😁. Bila masuk order milo ais bungkus, aku bubuh 4-5 sudu Milo.. mau nya x padu.. Hahahaha.. Sampai Mat Jen pernah merungut la kat aku sebab Milo cepat sangat habis. 

Aku ni memang seorang pekerja yang macam mana aku pun tak pasti. Setiap hari Kak Mah masak kari ikan. Macam² jenis ikan lah ikut harinya. Setiap hari Kak Mah suruh aku ambik nasi dan kari ikan tapi aku memang akan menolak. Sepanjang aku part time kat kedai Mat Jen tu, seingat aku dan kalau tak silap aku la, hanya 1 kali saja aku makan jugak nasi putih dengan kari ikan. Punya lah sedap rupanya. 

Aku bekerja di Warung Mat Jen tu bila cuti sekolah dan setiap Sabtu aku pi jugak tolong. Kalau tak silap aku, masa tu gaji aku dah up sikit, RM10 sehari. Alhamdulillah. 

Tapak Warung Mat Jen dulu


Operator Kilang Emico [1996]

Masa tamat PMR Tingkatan 3, masa cuti sekolah lebih kurang 2 bulan, kawan aku ajak pi kerja kilang sebab nak mengisi masa lapang dan cari duit poket sikit untuk enjoy [kononnya la]... Kami pun mulakan operasi cari kerja kilang di sekitar Bayan Baru. Ada 5-6 kilang jugaklah pi cari kat area Bayan Baru. Hasil interview, aku bernasib baik sebab dapat keja kilang jugak. Nak tau kilang apa? Kilang Emico. Kilang ni bukanlah kilang yang besar macam Bosch atau Seagate [pada tahun 1990an memang top]. Cuma kilang kecil sahaja dan menghasilkan pelbagai produk. Yang paling aku ingat kilang Emico ni buat rak yang boleh letak Wrigleys Chewing Gum yang gula² getah bungkusan warna hijau dan kuning. Biasanya rak ni kita boleh jumpa dikedai-kedai runcit. Kilang Emico pada waktu tu tak ikut shif. Cuma beroperasi ikut waktu pejabat 8.00-5.00pm. Selain benda tu, Emico pun ada hasilkan produk bingkai gambar dan sebenarnya banyak lagi produk cuma tak ingat. [ketika tahun 1995]. 

Alhamdulillah.. dapat bertahan cuma 14 hari. Sudah jadi kebiasaan kalau kita fikir, masa remaja mcm tu, tak mahu lah kerja tetap di kilang Emico tu.Masa tu pi kerja dengan geng kepala angin. Hahaha.. Asyik nak bergaduh saja dengan geng² bangla. Dengan HR pun bergaduh jugak tapi bukan aku la. Kawan aku yang kaki gaduh tu nama dia Apit duduk di Teluk Kumbar. Kepala angin sungguh. 😁😁😁. So far, dapat bertahan kerja dalam 14 hari saja kalau x silap aku. Ada lah pi selisih faham dengan HR tak silap aku, kami berhenti macam tu saja. Bila claim gaji akhir, tak dapat la penuh, sebab main berhenti macam tu saja tanpa sebarang notis. Semuanya pengalaman. Pengalaman itu perlu dalam kelangsungan kehidupan seharian kita di muka bumi Allah SWT ini. 



Restoran Tambuah Mas, Sungai Nibong [1998~2001]

Di Pulau Pinang, ketika tahun 90an, Restoran Tambuah Mas ni salah sebuah restoran bertaraf 5 bintang yang bagi aku sangat ekslusif. Taukey seorang lelaki berbangsa Cina tetapi dari tukang masak sampai lah ke tukang basuh pinggan semuanya Melayu dan ada sebilangan kecik chef dikalangan orang Indonesia. Tambuah Mas ni kalau tak silap aku memang asalnya menu makanannya kebanyakannya dari Indonesia. 

Aku mula bekerja sebagai pelayan restoran Tambuah Mas ni masa cuti maktab perguruan. Bila cuti lama, sampai hampir dua bulan dihujung tahun, aku saja pi cuba nasib mintak kerja. Akhirnya memang dapat lah mungkin memang rezeki aku. Hari pertama aku pi kerja, supervisor ketika tu namanya Syed serahkan kat aku baju seragam dan kopiah wak mastar. Baju batik Indonesia memang special sebagai ikon menu makanan yang kebanyakkannya dari Indonesia. Tugas aku ambik order, hantar order, layan tetamu dan seangkatan dengannya. Kebanyakan pelanggan yang makan di restoran ni dikalangan orang² yang darjat agak tinggi lah sebab bukan macam kedai tomyam biasa. Restoran berhawa dingin dan ada 3 bilik khas kepada VIP yang perlukan privasi. 

Aku rajin bekerja masa disini. Bila ada event katering, aku akan mintak bantuan kawan² maktab aku turun support. Boss aku bagi bayaran RM4/jam. Kerja biasanya 7-8 jam boleh dapat RM30-40 utk satu event. Pernah sekali aku serve 1 meja tokey kedai motosikal Pulau Pinang. 1 meja tu ada 10 orang tokey. Jadi, penganjur ambik katering dari Tambuah Mas. Aku pi dengan anak boss aku. Serve cost by cost. Memang pengalaman untuk aku. Berpuluh² meja lagi semuanya tokey² kedai motor berbangsa cina. Bayangkan.. 1 saja meja tokey melayu dan depa patut berbangga sebab boleh duduk sekali dengan tokey² cina. Itulah antara pengalaman aku sepanjang di Tambuah Mas Restoran. 

Gambar Google: Tambuah Mas di Sungai Nibong dah tak wujud ketika ini

Mungkin boss nak berterima kasih dengan aku sebab selalu bekalkan tenaga kerja kawan² maktab aku dan kadang² semua adik beradik aku angkut mana² yang nak ikut pi event. Oleh itu, boss aku belanja 1 table makan malam aku dan famili aku. Boss memang bersungguh² mintak aku bawak famili aku makan di Restoran Tambuah Mas dia. Alhamdulillah.. Dapat lah jugak mak aku merasa makan di restoran mewah.

Kesimpulannya: 

Sejak zaman remaja aku memang suka cari duit sendiri.

p/s: Tunggu next episod, "Kerja Selepas SPM Selain Cikgu"

#mystory #mynameisanuar

Tuesday, 9 July 2024

Tembusi Fasa Kehidupan Baharu

09.07.2024 | Selasa

1st time ikut kereta Dina bawak ke KL

 1. Hari ni lebih kurang 2 minggu Dina memulakan kehidupan baru sebagai pelajar IPG yang menyewa di luar kampus. Di kawasan Lembah Pantai, KL, faham² lah nilai sewaan unit kediaman yang agak keras walaupun menyewa bilik pun nilai sewaan antara RM350 ~ RM550 untuk 1 unit bilik yang lengkap perabot. Jadi, menyewa di luar ni adalah mengikut kemampuan dan keselesaan pelajar itu sendiri. Kalau mampu bayar lebih sedikit, boleh lah dapat bilik yang selesa, bersih, dan penghuni tak ramai. Tapi jika bajet kecil, kena lah terima hakikat bilik yang mungkin bersaiz kecil, kurang keselesaan dan mungkin juga penghuni yang lebih ramai untuk meminimakan bayaran bulanan. Jadi, pilihan ada ditangan masing² mengikut kemampuan diri. Jadi, sebagai ayah, aku mestilah mahukan anak aku tinggal didalam suasana yang selesa untuk dihuni dengan harga yang berpatutan. Alhamdulillah.. Setakat 2 minggu ni, nampak selesa lah Dina tinggal tempat sewaannya tu. Kadang² apa yang Allah SWT bagi kat kita itulah antara jalan yang terbaik untuk kita lalui. 


2. Bila dah menyewa diluar, perlu juga memikirkan pengangkutan.. Pada mulanya, aku dan mama Dina risau bagi pelepasan Dina bawak kereta di KL. Tapi bila difikirkan balik, sangat advantage kalau pandai dan berani bawak kereta di sekitar Kuala Lumpur. Dina dah dpt lesen memandu tahun lepas lagi cuma jarang² bawak kereta. Bila nak bawak kereta ke KL, mahu atau tak, kena training memandu setiap hari. Hampir 2 bulan dirumah, memang hari² aku suruh Dina bawak kereta. Makin lama semakin bagus cara pemanduannya. Aku juga bagi latihan memandu dari tempat sewa nya ke kampus untuk biasakan laluan utama tu dulu. Alhamdulillah.. Harini dah minggu ke-3 Dina memandu di sekitar kawasan Lembah Pantai. Aku dan mama Dina terus tak putus berdoa agar Dina bertambah cekap memandu kereta supaya keyakinan diri akan meningkat disamping memudahkan pergerakan harini, esok dan akan datang tanpa perlu mengharapkan orang lain. 


3. Pejam celik pejam celik, cuma berbaki 2 tahun 10 bulan lagi pengajian Dina di IPG. Masuk tahun 2025, ada PBS 2.0 dan Praktikum Fasa 1 selama 12 minggu.. Masuk tahun 2026 adalah 1 tahun terakhir belajar dalam IPG dan masuk Januari 2027, akan melalui Praktikum Fasa 2 sehingga tamat semester akhir dan ads internship 1 bulan. Aku boleh baca takwim ni sebab dah biasa mentoring pelajar IPG Enstek sebelum² ni. Jadi boleh lah aku agak² saki baki pengajian anak sendiri, itupun kalau IPGM tak ada buat rombakan besar lah. Aku dan mama Dina sentiasa doakan supaya Dina dapat mengikuti pengajian dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang gangguan. Mudah²an insyaallah.. 


4. Bila anak semakin mendewasa, selalu² lah kena ingatkan anak supaya tiang utama jangan ditinggalkan adalah solat 5 waktu sehari dan baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 1 muka surat. Dalam kehidupan kita, akan lalui dengan warna warni supaya perjalanan kehidupan tidak membosankan. Di luar sana anak, akan kamu jumpa pelbagai ragam manusia yang mungkin kamu akan memendam perasaan dan rasa.

🍎 Adakalanya penat kita menjaga hati & perasaan manusia, tapi tiada siapa pedulikan hati & perasan kita. 

🍎 Adakalanya kita sentiasa ingati orang lain sekeliling kita, tapi orang lain tidak mahu ingati kita. 

🍎Adakalanya sekeliling kita akan mencemburui kita tanpa kita sedari walaupun bagi kita, tiada apa² yang perlu dicemburui. 

🍎 Adakalanya kita dah lakukan yang terbaik dalam kehidupan, namun masih diberikan ujian². Percayalah.. setiap ujian Allah tu maknanya Allah mahu kita ingat padaNya, mendampingiNya.. 

🍎Adakalanya, kita letih lihat kejahatan terus disanjung, kebaikan terus dipijak, tapi juga perlu percaya sebaik² perancang adalah perancangan dari Allah SWT. 

5. Biarpun apa yang berlaku dalam kehidupan kita, ingatlah bahawa Allah SWT tak pernah tinggalkan kita selagi kita ingat kepadanya. Belajarlah berdamai dengan takdir kerana percayalah, sesungguhnya bahagia akan muncul di masa depan. Aku juga selalu berpesan, jika ada salah silap sesama manusia, mohon lah kemaafan... termasuk sujud mohon keampunan dari Allah SWT jika melakukan kesalahan kepadaNya.

Sebagai ibubapa, aku dan mama Dina akan terus berdoa supaya Allah SWT sentiasa menjaga kamu, melindungi kamu, memelihara kamu dan memberikan yang terbaik dalam kehidupan fasa baru yang dilalui hari ini sampai lah bila² nanti. Semoga Dina terus kuat dari sudut mental dan fizikal dalam melalui cabaran dan liku² kehidupan yang penuh onak dan berduri. 

"Menjadi dewasa itu memerlukan kita berteman dengan kelukaan.. membiasakan diri mencipta bahagia yang kecil, ketawa yang sederhana dan senyuman yang dipura².. kerana itulah hakikatnya.. Kita mendewasa dalam kelukaan.." 

All d best my dotter.. "May Allah bless you"

Friday, 5 July 2024

Balik Staycation Rumah Perak.

 05.07.2024 | Jumaat

Memandangkan 07/07 genap 1 tahun ulangtahun ambik kunci rumah, maka aku dan mem ambik keputusan balik jenguk rumah di Tronoh ni sebab dah lama tak staycation kat sini. Baru² ni ada juga singgah tapi cuma Touch & Go saja masa kenduri Syahirah kawin.

Plan rileks sini 2-3 hari sebab nak potong rumput dan ada benda nak cat sikit sambil² pikior apa benda nak di godek².

Bertolak dari KL (ambik Dina dulu) jam 5.30pm mcm tu, sampai di rumah ni lebih kurang jam 10pm. Alhamdulillah.. rumah semuanya dalam keadaan baik² saja.

Kita sambung story next eposide.

#myhomesweethome #mystory #mynameisanuar

Saturday, 1 June 2024

Apa Nak Jadi Kesesakan Laluan Nilai ke Batang Benar?

01.06.2024 | Sabtu

Jam 4.30pm harini, dari rumah nak menghala ke Bandar Nilai, baru keluar simpang rumah, dah melekat jem.. kiri kanan laluan ke Nilai dan ke Batang Benar, sangat teruk jem. Biasanya waktu puncak pagi dan petang hari biasa sahaja yang jem, tp akhir² ni, Sabtu dan Ahad pun jem teruk.

Jalan Btg Benar - Nilai


Apa kesudahannya kesesakan jalan raya di kawasan Pajam - Kampung Batang Benar - Taman Semarak? Apa respon pihak berwajib atau kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di kawasan "kampung" ni bukan sahaja pada hari biasa malahan kini, hari Sabtu dan Ahad pun menyebabkan trauma kecil utk warga Pajam keluar menghala Bandar Nilai.

Laluan Nilai - Btg Benar [lampu isyarat]

1. Aku berpindah ke Pajam pada bulan Julai 2007 selepas membeli rumah hasil projek Seri Pajam Development. Perdana College Heights dan Taman Mulia adalah 2 fasa pertama projek perumahan yang dibangunkan oleh pemaju Seri Pajam. Ketika itu, laluan jalan raya bermula dari Kg.Gebok untuk ke Nilai melalui Pajam terlalu tenang dan lengang. Menjelang jam 9.00 malam ke atas, memang jarang kelihatan kenderaan yang melalui jalan raya.


2. Saban tahun, projek perumahan semakin banyak. Anggaran kasar, asalnya jumlah unit kediaman di Perdana College Heights hanya 147 unit Fasa Orchid dan 104 unit Fasa Bayan, kini Perdana College Heights sahaja yang terdiri daripada beberapa fasa kediaman sudah mencecah 1000 unit rumah dan berpenghuni. Selain itu, Pangsapuri Rakyat Pajam juga semakin ramai yang tinggal berbanding 2007 masa aku mula² berpindah ke Pajam dimana 1 unit kedai pun tak ada. Terdapat juga peenambahan unit kediaman di Suria Residence, Taman Bukit Citra yang aku anggaran hampir 3000 - 4000 unit kediaman. Boleh bayangkan daripada 200 unit hingga ke ribuan unit?

3. Di sebelah kanan laluan ke Mantin pula, dimulai projek perumahan di Taman Mulia pada tahun 2007-2008 jumlah unit juga anggaran ratusan sahaja. Kemudian wujud pula unit kediaman di Nada Alam yang anggaran aku juga ribuan unit kediaman. Dibawa ke Mantin, dan Mahkota Hills.. Memang harini kalau dijumlahkan, dibuat bancian dari kawasan Batang Benar sehingga Mantin, Mahkota Hills dan sekitarnya, hampir 10,000 unit kediaman baru [anggaran kasar] dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini. Namun, apa yang tak berubah??

4. Kita berbicara tentang jalan raya. Apa yang ditambahbaik sejak 2007? Kita ambik dari simpang Kg.Gebok menuju ke Nilai. Masih jalan raya satu lorong. Tiada perubahan. Sedikit perubahan selepas laluan masuk ke Tol Pajam [LEKAS] sebab wujud Petronas. Tambahan lorong tersebut cuma 100 meter tak sampai juga membantu menambahkan kesesakan selepas Petronas. Hebat juga perancangan bila wujudkan satu lampu isyarat di laluan masuk kawasan perumahan baru iaitu Nada Alam. Lampu isyarat ini memang membantu penduduk Nada Alam tapi punca utama "heavy traffic jem" waktu pagi hari biasa diwaktu pagi. Jalan raya masih satu lorong di Nada Alam terus menghala ke Taman Semarak. Jadi memang tiada perubahan dari segi pelebaran jalan.

5. Punca kesesakan di kawasan Kg Batang Benar ni juga bila di Lebuhraya PLUS berlaku kesesakan teruk, Waze / Google Maps akan arahkan ke laluan highway LEKAS. Malahan pada hujung minggu atau hari biasa juga, laluan kilang Huolon hala ke Plaza Toll Pajam sesak sangat teruk. Jadi, apa solution yang terbaik untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di sini. Bandar Nilai pun tak sesesak jalan Pajam ke Nilai.

6. Kesimpulannya, sejak 2007 sehingga 2024 [17 tahun], keadaan jalan raya satu lorong masih sama selama 17 tahun walaupun jumlah unit kediaman dibina sehingga ribuan unit. Ambil kiraan ringkas.. ambik saja lah 7,000 unit kediaman baru dibina dan berpenghuni dalam tempoh 17 tahun ni.. 1 rumah= 2 kereta.. maksudnya penambahan lebih kurang 14,000 kereta bertambah pada masa kini tetapi jalan raya masih 1 lorong ditambah pula dengan kelancaran lalulintas terhad akibat lampu isyarat.


Cadangan rakyat marhaen yang bukan jurutera;

1. Penambahan laluan 4 lorong bermula dari lampu isyarat kilang Huolon sehingga lampu isyarat Batang Benar [1.5km].

2. Lampu isyarat di Nada Alam "diblinking"kan pada waktu puncak [hari biasa] antara jam 6.30-8.30am contohnya.

3. Tambahbaik lampu isyarat masuk ke LEKAS Highway terutamanya hujung minggu.

4. Yang paling tinggi kos: Membina laluan bertingkat bermula di hadapan Perdana College Height bersambung ke flyover selepas lampu isyarat Kilang Huolon.

Terkini: Bakal dibina Stesyen minyak & pembinaan unit kediaman bakal menambahkan lagi kesesakan laluan Pajam ~ Nilai

Semoga pihak berwajib, Jabatan Perancang Bandar MBS, atau JKR dapatlah fikirkan sesuatu supaya laluan Taman Semarak - Batang Benar - Pajam - Mantin tidak terlalu sesak pada setiap hari. Kembalikanlah ketenangan yang pernah warga Pajam / Batang Benar nikmati 15 - 20 tahun dahulu. Biarlah pembangunan bergerak seiring dengan sistem jalan raya yang lebih efisien.


Mohd Anuar Saed

Nilai, Negeri Sembilan.

Friday, 31 May 2024

Selamat Pengantin Baru Fatin Nursyahirah

 31.05.2024 | Jumaat

Minggu lepas, balik ke Nibong Tebal sebab kenduri kahwin anak menakan sulong aku.. Jadi, balik awal 1 hari sebelum kenduri boleh lah tolong kakak aku dan famili dia serba sikit apa yang patut..

Selamat diijabkabul pada 25.05.2024. Tahniah!!

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. Tahniah buat along Fatin Nusyahirah ❤ Izzat selamat disatukan..




Semoga berbahagialah selamanya dan bersabar dengan setiap dugaan dan cabaran kehidupan berumahtangga.. Bahagia sehingga ke anak cucu..