Tuesday 9 July 2024

Tembusi Fasa Kehidupan Baharu

09.07.2024 | Selasa

1st time ikut kereta Dina bawak ke KL

 1. Hari ni lebih kurang 2 minggu Dina memulakan kehidupan baru sebagai pelajar IPG yang menyewa di luar kampus. Di kawasan Lembah Pantai, KL, faham² lah nilai sewaan unit kediaman yang agak keras walaupun menyewa bilik pun nilai sewaan antara RM350 ~ RM550 untuk 1 unit bilik yang lengkap perabot. Jadi, menyewa di luar ni adalah mengikut kemampuan dan keselesaan pelajar itu sendiri. Kalau mampu bayar lebih sedikit, boleh lah dapat bilik yang selesa, bersih, dan penghuni tak ramai. Tapi jika bajet kecil, kena lah terima hakikat bilik yang mungkin bersaiz kecil, kurang keselesaan dan mungkin juga penghuni yang lebih ramai untuk meminimakan bayaran bulanan. Jadi, pilihan ada ditangan masing² mengikut kemampuan diri. Jadi, sebagai ayah, aku mestilah mahukan anak aku tinggal didalam suasana yang selesa untuk dihuni dengan harga yang berpatutan. Alhamdulillah.. Setakat 2 minggu ni, nampak selesa lah Dina tinggal tempat sewaannya tu. Kadang² apa yang Allah SWT bagi kat kita itulah antara jalan yang terbaik untuk kita lalui. 


2. Bila dah menyewa diluar, perlu juga memikirkan pengangkutan.. Pada mulanya, aku dan mama Dina risau bagi pelepasan Dina bawak kereta di KL. Tapi bila difikirkan balik, sangat advantage kalau pandai dan berani bawak kereta di sekitar Kuala Lumpur. Dina dah dpt lesen memandu tahun lepas lagi cuma jarang² bawak kereta. Bila nak bawak kereta ke KL, mahu atau tak, kena training memandu setiap hari. Hampir 2 bulan dirumah, memang hari² aku suruh Dina bawak kereta. Makin lama semakin bagus cara pemanduannya. Aku juga bagi latihan memandu dari tempat sewa nya ke kampus untuk biasakan laluan utama tu dulu. Alhamdulillah.. Harini dah minggu ke-3 Dina memandu di sekitar kawasan Lembah Pantai. Aku dan mama Dina terus tak putus berdoa agar Dina bertambah cekap memandu kereta supaya keyakinan diri akan meningkat disamping memudahkan pergerakan harini, esok dan akan datang tanpa perlu mengharapkan orang lain. 


3. Pejam celik pejam celik, cuma berbaki 2 tahun 10 bulan lagi pengajian Dina di IPG. Masuk tahun 2025, ada PBS 2.0 dan Praktikum Fasa 1 selama 12 minggu.. Masuk tahun 2026 adalah 1 tahun terakhir belajar dalam IPG dan masuk Januari 2027, akan melalui Praktikum Fasa 2 sehingga tamat semester akhir dan ads internship 1 bulan. Aku boleh baca takwim ni sebab dah biasa mentoring pelajar IPG Enstek sebelum² ni. Jadi boleh lah aku agak² saki baki pengajian anak sendiri, itupun kalau IPGM tak ada buat rombakan besar lah. Aku dan mama Dina sentiasa doakan supaya Dina dapat mengikuti pengajian dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang gangguan. Mudah²an insyaallah.. 


4. Bila anak semakin mendewasa, selalu² lah kena ingatkan anak supaya tiang utama jangan ditinggalkan adalah solat 5 waktu sehari dan baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 1 muka surat. Dalam kehidupan kita, akan lalui dengan warna warni supaya perjalanan kehidupan tidak membosankan. Di luar sana anak, akan kamu jumpa pelbagai ragam manusia yang mungkin kamu akan memendam perasaan dan rasa.

🍎 Adakalanya penat kita menjaga hati & perasaan manusia, tapi tiada siapa pedulikan hati & perasan kita. 

🍎 Adakalanya kita sentiasa ingati orang lain sekeliling kita, tapi orang lain tidak mahu ingati kita. 

🍎Adakalanya sekeliling kita akan mencemburui kita tanpa kita sedari walaupun bagi kita, tiada apa² yang perlu dicemburui. 

🍎 Adakalanya kita dah lakukan yang terbaik dalam kehidupan, namun masih diberikan ujian². Percayalah.. setiap ujian Allah tu maknanya Allah mahu kita ingat padaNya, mendampingiNya.. 

🍎Adakalanya, kita letih lihat kejahatan terus disanjung, kebaikan terus dipijak, tapi juga perlu percaya sebaik² perancang adalah perancangan dari Allah SWT. 

5. Biarpun apa yang berlaku dalam kehidupan kita, ingatlah bahawa Allah SWT tak pernah tinggalkan kita selagi kita ingat kepadanya. Belajarlah berdamai dengan takdir kerana percayalah, sesungguhnya bahagia akan muncul di masa depan. Aku juga selalu berpesan, jika ada salah silap sesama manusia, mohon lah kemaafan... termasuk sujud mohon keampunan dari Allah SWT jika melakukan kesalahan kepadaNya.

Sebagai ibubapa, aku dan mama Dina akan terus berdoa supaya Allah SWT sentiasa menjaga kamu, melindungi kamu, memelihara kamu dan memberikan yang terbaik dalam kehidupan fasa baru yang dilalui hari ini sampai lah bila² nanti. Semoga Dina terus kuat dari sudut mental dan fizikal dalam melalui cabaran dan liku² kehidupan yang penuh onak dan berduri. 

"Menjadi dewasa itu memerlukan kita berteman dengan kelukaan.. membiasakan diri mencipta bahagia yang kecil, ketawa yang sederhana dan senyuman yang dipura².. kerana itulah hakikatnya.. Kita mendewasa dalam kelukaan.." 

All d best my dotter.. "May Allah bless you"

No comments: