Kadang2, kehidupan harian kita akan hadir masalah ataupun gangguan. Harini aku cuma nak share tentang kisah kejiranan.
Aku dah 20 tahun duduk di rumah yang aku beli pada tahun 2006 dulu. Bila dah 20 tahun, mestilah ok dan seronok saja duduk dirumah ni sebab keadaan normalnya selalu tenang dan rileks. Tapi sejak 1-2 tahun ni, privasi aku selaku pemilik kediaman yang aku beli ni agak terganggu dengan kerenah budak2, anak dan cucu2 jiran aku.
Nak ditegur, salah pulak. Tak ditegur, pendam rasa pulak. Setakat budak2 main depan rumah aku, tak kisah pun sebenarnya walaupun bising sebab bagi aku bukan tempoh yang lama dan yang penting tak buang sampah depan rumah. Depa main bising2 pun biasanya lebih kurang sejam. Ok la. Budak2 namanya. Aku pun bukannya gila nak jadi angin tak tentu pasal.
Tapi harini, sekarang ni, masalahnya budak2 main bolasepak atas jalan raya depan rumah. Aku parking kereta kat luar rumah kalau anak aku ada di rumah. Sebab parking dalam rumah dah full. Bola tu walaupun bukan bola sebenar, tapi aku dah tengok lantunan dia. Boleh tahan "gedegang" jugak bila kena kereta aku dan kereta jiran2 lain. Semalam aku dah tak tahan dengar bola tu kena kereta aku dan jiran depan rumah aku, aku tegur terus suruh main bola depan rumah sendiri. Ada ja keluarga budak2 yang dewasa depan rumah tapi tak nak tegur.
Yang jadi masalahnya, kenapalah mak bapak budak2 ni tak nak tegur anak sendiri supaya jangan main bola dekat dengan kereta orang. Lagi 1,taknak pulak main di depan rumah sendiri. Palang gol (guna kasut) boleh pulak buat betul2 dekat kereta aku. Apa lah punya pemikiran boleh biarkan anak main bola sampai "gedegung gedegang" kena kereta orang. Tegur lah anak tu.. Tegur la.. Bila aku tegur, kalau mak ayah nya dengar, mesti tak suka kan? Aku bab main tak kisah, tapi kalau sampai kena kereta jiran2 termasuk kereta aku, memang tak patut la. Kalau lah satu hari nanti, nak jadikan cerita terpecah cermin kereta, mahu kah ganti? Mesti perasaan rasa tak seronok kan?
Jadi, sebelum berlaku kejadian yang tak elok, pesan dengan anak atau cucu sendiri. Jangan main dekat kereta orang. Atau bila dah nampak anak tu main sampai kena kereta jiran2, jangan buat2 tak nampak pulak. Tegur lah... Haishhh..
Pelik betul la manusia zaman sekarang ni. Kadang2 benda yang salah, depa rasa betul. Kita pulak yang jadi tertekan dan serba salah.
Hidup ni tak lah susah sangat. Perlu ada sifat saling hormat menghormati privasi sesama jiran. Belum aku cerita lagi yang jenis sidai kain atas besi antara rumah aku dan jiran. Sabo je lah.. 😬😬

No comments:
Post a Comment