Sunday, 4 May 2025

Tomyam Niase di Ipoh Memang Sedap

 02.05.2025 | Jumaat

Minggu ni kembali ke Peghak sb nak start job hari pertama kabinet dapur. Kerja² hacking dan add on wiring bermula pagi ni kata kontraktor. Minggu lepas ke Ipoh sb kena beli siap² dapur utk dapatkan ukuran sebelum hack table top. Wpun perit 2 minggu berturut² mai ke Tronoh, tapi itu memang kepakaran aku dan mem aku perabihkan petrol kereta 🤣🤣🤣. Lagipun semuanya aktiviti ni memang kami suka. Nak ride beli motor besaq, moto yg ada kat rumah pun buat pi surau saja. Ride jauh² ni pun meletihkan jugak dan aku pun dah puas ride Penang ~ Kuala Lumpur masa pakai TZM muda² dulu. Jadi, teringin nak ride tu dah takdak dalam hati [buat masa ni lerrr 😄😄]. Naik keta lebih selesa ke sana sini.. 😁😁😁

Beratur panjang beno.. Berpeluh teman 😁😁

Sambung story.. Dah ke Perak, memandangkan mem aku suka tomyam Niase & teringin nak khaomok Diana Sidek ni, maka lajak lah sikit aku ke Ipoh komer.. Masa mai Ipoh lastweek, dah pi awai ke Niase, jam 4.45pm klu x silap aku. Ingatkan kita pi awai, takdak org la.. Tapi, nohhhh.. beratuq sampai kawasan x beratap. Dengan bahang kepanasan, tak jadi lah kami pekena tomyam Niase.

Set aku pilih RM27 Tomyam Campur + bihun

Nasi Khaomok Dgg Ghimau Nangis RM23


Alhamdulillah.. Malam ni dapat makan Tomyam Campur [Udang Ayam] + bihun = RM27 & Nasi Khaomok Daging Ghimau Menangis = RM25. Tomyam pun panas ya amat. Bagus. Daging pun lembut ya amat. Bagus jugak. Overall puas hati utk malam ni. Tapi kena banyak² bersabo ler komer.. sebab beratur saja +-40minit + menunggu order siap +- 40 minit = 80 minit [1 jam 20 minit] utk tempoh kesabaran. Bila perut dah kenyang, balik lah ke Tronoh. Perjalanan Niase -->> Tronoh = 40 minit.

#mystory



1 comment:

Anonymous said...

Anda adalah perkara terbaik yang pernah berlaku kepada saya, anda membawa kembali suami saya apabila fikir tiada apa yang akan berlaku untuk kita bersama lagi.. Saya benar-benar ingin menghargai kerja anda Dr Dawn, saya telah mengalami beberapa siri situasi malang dalam perjalanan kembali kepada kekasih saya. Anda akan sentiasa mendapat restu dan doa saya untuk mantera hebat yang telah anda lakukan untuk saya dan suami saya berhubung.
Ini nombor Whatsapp Dr Dawn: ( ​​+2349046229159 )bagi mereka yang menghadapi masalah dalam perhubungan/perkahwinan/ kehidupan,
Walaupun ia adalah isu kesuburan, kes Curt, nombor pemenang loteri, E.T.C.

DR Fajar Whatsapp: +2349046229159
E-mel dawnacuna314@gmail.com