Wednesday, 11 December 2013

Media Sosial Melalaikan Kita.. Betoi ka??

Assalamualaikum wbt..



Adakah media sosial sedia ada kini seperti Facebook / Twitter / Whatsapp / Dan apa2 lagi laa yang aku pun tak tau MELALAIKAN kita?? Tepuk dada tanya diri sendiri kan.. Mungkin ada pro & kon untuk kegunaan semua alat medial sosial masa kini.. Tapi berdasarkan penglihatan peribadi, banyak perkara yang tidak bagus yang lebih kecenderungan ke arah kesan negatif.. Berkongsi perkara berfaedah tidak menjadi salah malah dituntut.. Tapi adakalanya, keaktifan kita di dalam arus media sosial ini akan menunjukkan diri kita yang sebenar.. Kadang2 tanpa disedari, kita dah buka sendiri keaiban diri kita disebabkan ketaksuban untuk bercerita.. Namun, tidak dinafikan, banyak jugak faedah yang diperolehi melalui penggunaan media sosial ni..

Aku cuma nak berkongsi 2 kisah yang sendiri aku lihat dan perhatikan.. Bukan cerita Maharaja Lawak noo..

Cerita 1: 
Masa aku ke KL bulan lepas, masa tu jam 6pm aku berada di Jalan Tunku Abdul Rahman, jalan jem teruk masa tu.. Aku bersaing dengan kereta sebelah.. Aku perhatikan sepasang suami isteri (mungkin la).. Si isteri yang dok kat tempat penumpang, tak lepas telefon kat tangan.. Agak lama jugak la aku bersaing sebelah kereta dia, tapi memang tak ada komunikasi antara pasangan suami isteri tu.. Aku cuba2 la tgk dr jauh apa yg isteri dia tgk.. Yang aku nampak logo Facebook.. Huhhh.. Punya la taksub dgn FB sampai terlupa suami ada di sebelah.. 

Cerita 2:
Masa aku makan kat Kedai Makan sebelah Court Mammot Nilai.. Aku sampai dulu dan order makanan.. Dalam 3-4 minit aku order, ada sepasang suami-isteri yang duduk sebelah meja aku.. Lepas duduk, masing2 bukak telefon masing2 sementara menunggu ambik order.. Ok.. Pastu masa ambik order, suami tanya isteri.. "Nak makan apa??" ada la sikit dialog.. Lepas ja ambik order, sambung menegok hendpon masing2.. Makanan aku sampai.. Masih lagi depa sibuk dengan handphone... Aku makan punya makan sampai habis makan.. Makanan depa tak sampai lagi.. Sepanjang aku duduk kat meja makan tu, sepanjang depa dok sebelah meja aku tu, tak bercakap-cakap langsung.. Bercakap cuma masa ambik oder saja.. 

Punya la pening aku memikirkan kehidupan mcm tu.. Fuh.. Mujuq la handphone aku handphone RM68 saja.. Dan kalau rosak handphone aku ni pun, tak akan aku beli handphone yang canggih2 ni.. Lebih kepada melalaikan.. Bagaimanapun, semua kenyataan diatas adalah bersifat peribadi aku saja.. Jangan dok terasa hati nooooo.. Kalau terasa hati, minta maapp.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin,

5 comments:

Anum said...

bergantung pada individu

Chegu Anuar said...

Salam Cik Hanum.. All d best.. Terbaekkk..

Maria Firdz said...

mmg biasa sy tgk dua2 situasi tu.. nk lagi sedih..sy biasa tgk satu family bawa anak2 mkn..tpi ank2 biar aje snyap sunyi di meja mkn smntra mak bapak sibuk dgn gadjet msing2... sedih tgk.. huhu...

Cikgu Anuar said...

Itu la kan.. kesian anak2 kan.. naya sungguh.. memang bagus dgn kecanggihan teknologi masa kini.. Tapi nama pun manusia.. terlajak sudah selalu.. Masing2 tepuk dada tanya la diri nooo.. -)

Unknown said...

Cikgu Anuar, saya baca semua cerita cikgu semasa di bandung. Saya akan ke sana lusa. Saya sedang berhubung dengan Par Irfan. Boleh saya mintak no telefon Cikgu nak tanya sikit2 supaya confident semasa di sana. Atau missed call saya secepat mungkin, No saya 017-7706462.