Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. Dengan izin-Nya dapat lagi aku masukkan entry.. InsyaAllah..
Hari ini cuma nak bercerita tentang KRT Perdana College Heights.. Dalam Mesyuarat Agung KRT-PCH yang berlangsung pada 24.11.2013 yang lalu, aku telah dilantik sebagai Pengerusi KRT-PCH dalam pemilihan Jawatankuasa yang baru untuk sesi 2014-2015.. Aku ucapkan terima kasih kepada semua rakan2 di pelbagai peringkat usia dan pelbagai latarbelakang yang masih lagi memberikan kepercayaan & pengharapan untuk aku meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh sahabat ku iaitu mantan Pengerusi KRT-PCH yang lalu iaitu Tuan Masri bin Mansor..
Memegang jawatan dalam satu-satu organisasi yang melibatkan komuniti merupakan satu amanah yang begitu besar untuk dipikul dan dilaksanakan secara sukarela.. Selama 7 tahun aku di Perdana College Heights ini, dah mcm-mcm jawatan dalam komuniti yang pernah dipertanggungjawabkan.. Namun ianya sekadar jawatan.. Yang penting adalah keikhlasan kita dalam melaksanakan amanah & tanggungjawab tersebut.. Kalau nak diikutkan hati, memang aku nak saja menolak perlantikan jawatan ni tapi aku mengenangkan ramai sahabat-sahabat lama yang dulu & sekarang masih aktif dalam bermasyarakat inginkan tenaga aku dalam KRT-PCH, aku gagahi jugaklah untuk menerimanya.. Selain daripada itu, aku mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada rakan-rakan yang boleh dikategorikan sebagai warga emas di PCH seperti Haji Azmi, Pak Hassan, Pak Rashid & Pak Sharip yang sentiasa menggalakkan aku dan memberikan sokongan moral untuk jawatankuasa menjayakan apa sahaja perancangan dan agenda dalam komuniti..
Oleh yang demikian, gandingan Timbalan Pengerusi yang dipegang oleh Tuan Masri b. Mansor serta jawatan yang paling penting iaitu Setiausaha, disandang oleh Tuan Kamarulzaman Shafie, Bendahari pula Puan Hazida yang telah 2 tahun memegang akaun KRT serta rakan2 lama & baru yang telah disenarai sebagai AJK / Menteri Kabinet KRT-PCH, aku percaya KRT-PCH untuk sesi akan datang lebih cemerlang & terus gemilang diantara yang terbaik..
Diharapkan, penduduk Perdana College Heights yang meliputi Perumahan Fasa Orchid, Bayan, Suria Residence, DCamellia, Ivory Villas akan membalas budi AJK ini hanyalah dengan mengikuti sebanyak mungkin aktiviti yang telah dirancang.. Kerana apa? Kerana anda adalah penentu kejayaan aktviti yang dijalankan..
TAHNIAH buat semua Ahli Jawatankuasa KRT-PCH Sesi 2014-2015 yang telah dilantik..
"1Taman - 1Ikatan - 1Wawasan"
1 comment:
Salam Tuan Pengerusi;
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kerana telah dilantik sebagai Pengerusi KRT-PCH 2014-2015.
Nama saya Nadirah Izyan dan merupakan penduduk di D'Camellia, PCH. Saya dan suami mula berpindah pada Januari 2014. Melalui blog ini , barulah saya tahu bahawa persatuan penduduk di PCH sangat aktif. Tahniah diucapkan kepada semua AJK KRT -PCH atas usaha tersebut.
Sebagai penduduk baru disini , saya ingin meminta bantuan daripada Tuan Pengerusi. Saya dan suami sedang mencari pengasuh untuk anak-anak saya yang berumur antara 2 bulan- 5 tahun di sekitar PCH untuk kemasukan bulan September 2014 ini. Saya dan suami ada berjumpa sebuah taska pajam di PCH tersebut, namun begitu kami dapati harga yang dikenakan agak mahal. Tambahan lagi saya dan suami lebih memilih pengasuh yang boleh menjaga anak-anak kami di rumah berbanding di taska. Saya memerlukan pengasuh yang boleh dipercayai, penyayang ,berminat untuk menambah pendapatan dan juga mempunyai pengalaman menjaga bayi di sekitar PCH.
Sementara ini saya masih menghantar anak-anak saya di KL memandangkan saya masih bekerja di KL. Namun begitu , oleh kerana anak sulung saya akan bersekolah tadika pada tahun hadapan di Putra Nilai, saya amat memerlukan pengasuh di sekitar PCH untuk dijadikan tempat anak saya transit dan juga mengasuh 2 orang adiknya yang lain.
Saya amat memerlukan bantuan dan maklumat daripada Tuan pengerusi untuk membantu saya mencari pengasuh untuk anak-anak saya tersebut. Memandangkan tuntutan kerja saya memaksa saya keluar rumah pada subuh untuk menghantar anak-anak saya di KL dan pulang pada waktu malam mengekang saya untuk mencari pengasuh di area PCH. Oleh itu saya amat memerlukan bantuan Tuan jika sekirannya Tuan boleh memberi maklumat kepada saya jika ada mana-mana pengasuh/wanita di sekitar PCH yang sudi menjadi pengasuh anak-anak saya sementara saya keluar bekerja. Saya boleh dihubungi di talian 012-7939062, manakala suami Mohd Fazli : 019-3556339.
Sekian Terima Kasih.
Post a Comment