Monday, 11 February 2013

Seri Inai Cafe @ Kampung Batang Benar

Salam semua..

Pagi tadi pi beli roti canai kat Seri Inai Cafe, Kg. Batang Benar.. Tengah tunggu mamak tu tebar roti, aku sempat snap 2-3 keping gambar utk post and share dalam blog ni.. Meh aku cerita sikit pasai Seri Inai Cafe ni..





Seri Inai Cafe ni dimiliki oleh Tuan Haji Mohd. Salleh b. Othman, iaitu Pengerusi JKKK Kampung Batang Benar merangkap sahabat otai aku.. Aku kenai Tok Salleh ni sejak 2008 sebab dia ambik aku sbgai AJK JKKK utk wakili taman aku Perdana College Heights. Itu sikit la kenangan dulu2 dgn Tok Salleh.. Sampai ke hari ni still aku ke Seri Inai Cafe...

Lokasi: Terletak di dalam kawasan Kg. Batang Benar.. Berdekatan Taman Bukit Inai.. Kalau dari Nilai ke Mantin, kat traffic light Batang Benar ambik kiri.. Sampai jumpa bulatan.. masuk bulatan dan terus saja.. Nanti nampak la kedainya sebelah kiri.. Kalau dr taman Aku dalam 1km tak sampai rasa aku.. Dekat sangat laaa.. 

Menu: Kalau pagi, mcm biasa la Nasi Lemak, Meehon, Mee goreng, Roti Canai.. Dan baru2 ni Tok Salleh ada bgtau dia dah mula buat Bawan.. Apa benda aku pun tak pasti.. Kalau Tengah hari, mcm2 lauk-pauk ada.. Hangpa pilih la sendiri dan menu harian yang pasti ada sesuai dgn org Nogoghi iaitu Masak Lomak Cili Api mesti ada.. Kalau malam pulak, macam2 ada.. Ala-Carte menu, Western Food, Ikan Bakar (On d Way), Sate (pun masih belum operasi lagi kot), Burger, Ice-Blended... Dan mcm2 laaa.. 

Kemudahan lain : Ada WIFI, TV LCD baik punya, dan ruang makan yang pelbagai dan selesa... Dan yang paling penting, kebersihan amat terjaga di Seri Inai Cafe ni.. Selamat Mencoba...


No comments: